Tuesday, June 28, 2011

Mungkin Inilah Petandanya

(Ehsan dari lebai google lagi)

HATI sudah membulat dengan tekad sebenarnya. Aku fikir, mungkin inilah petandanya. Act, dah dua tahun aku tamat belajar. Walaupun tak konvo-konvo sampai sekarang sebab akademi yang sengal tu, tapi tak apalah. Malas dah nak kesah. Sedar tak sedar dua tahun berlalu begitu saja dalam hidup. Tapi selepas dua tahun berada di tempat yang barangkali sebenarnya memang bukan untuk aku ini, akhirnya terbuka jalan untuk manuskrip aku diterbitkan. Aku jadi tersedar tentang cita-cita aku yang sebenarnya.

Seputar 6 tahun yang lalu, semasa aku berada di dalam bilik temuduga untuk masuk ke akademi, salah seorang penemuduga aku yang baik hati itu bertanya ;

"Bidang penulisan di sini ada dua cabang. Ada penulisan layar dan ada penulisan pentas dan cereka. Agak2nya awak menjurus ke mana?"

Aku pantas menjawab dalam tergagap (sebab aku ada masalah menyebut beberapa huruf terutamanya C dan H di samping aku juga sangat gemuruh orangnya)

"Oh, saya suka pentas dan cereka!"

Aku suka pentas dan cereka. Aku suka menulis novel, cerpen dan skrip drama pentas. Kadang2 aku rasa betulnya kenyataan ini ;

"Semua benda terjadi bersebab!"

Ia sangat benar. Kenapa aku fail dalam subjek mudah sehingga terpaksa mengulang dan menghabiskan diploma selama 4 tahun?

- Aku mengenali dan berkawan baik dengan si comel Mimie padahal sebelum ni aku tak sukakan budak comel ni.

- Aku berjaya memberanikan diri buat projek akhir novel sedangkan semasa di tahun 3 aku tak yakin (pasal subjek banyak dan berat. bila di tahun 4 hanya 1, 2 subjek je yang aku ambil).

Semua benda terjadi bersebab. Jadinya aku rasa mungkin inilah petandanya yang aku memang harus serius memikirkan untuk menjadi freelance sepenuh masa. Aku mungkin gagal tapi apakah kehidupan tanpa kegagalan. Aku masuk ke UPMKB selama setahun dan kemudian berhenti. Tapi hey! Tengok dari sudut baiknya. Ayah jadi lembut hati untuk memahami dan mengizinkan aku masuk ke akademi. Ini apa yang aku nak. Menjadi novelis. Aku tahu aku perlukan pekerjaan tetap tapi pekerjaan tetap bukanlah satu-satunya cara untuk menjamin masa depan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Aku balik kampung, buat kerja sambilan untuk tolong mak, sambil2 boleh temani dia dan dalam masa yang sama serius menulis novel. Alhamdulillah, kalau betul2 ada rezeki aku, beberapa orang teman asyik minta proposal untuk drama. Jadi inilah masanya.

Kalau aku gagal, tak apa. Aku akan berusaha lagi. Aku dah berkali-kali gagal dalam hidup. Gagal sekali lagi aku kira bukan apa-apa. Tekad sudah membulat. Sekurang2nya kalau aku bangun tido 10 tahun dari sekarang, aku tak akan tertanya-tanya pada diri, kenapa aku tak buat begitu dulu?

Buat masa ini, perkara terakhir yang aku fikirkan adalah impian aku dan Mimie di sini. Terasa sedikit ralat nak meninggalkan si comel itu sendiri di sini. Tapi... mungkin ini adalah yang terbaik buat aku.

Kerja tuhan siapa tahu...? ( Teh Sofia : Tunggu Teduh Dulu )

5 comments:

  1. ibu bapa tiada galang ganti...
    tu je nak beritahu.... ;)

    ReplyDelete
  2. betoi tu N, buat la apa yg terbaek tuk kita dulu..

    ReplyDelete
  3. Anne seorg yg cekal kan.. akak tau tu.. buat benda yg anne suka dan senang. Insyaallah..mesti ada jln.. Allah maha kaya. :-)

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah...
    Banyak perkara yang berlalu di sekeliling yang menyebabkan N yakin,
    Mungkin ini memang jalannya...
    Tuhan Maha Pengasih Maha Pemurah...
    InsyaAllah gagal @ berjaya,
    Rezeki ada di mana2...
    (^_^)

    ReplyDelete