Monday, June 28, 2010

Suatu Ketika



Ada masa-masa yang telah berlalu
Ada hati sendu
Ada airmata di situ
Ada rapsodi beku
Ada lidah yang kelu

Ada hari-hari yang telah menyepi
Ada hati benci
Ada rasa yang menjadi api
Ada rindu yang berlalu pergi
Ada sakit menguliti

Ada detik-detik yang akan tiba
Ada hati bakal dibalut ria
Ada musim semi yang memekarkan bunga
Ada bahagia yang menjelma
Ada penawar pada setiap luka

Sunday, June 27, 2010

Bulan, Laut Dan Kupu-Kupu...

Sejak dari zaman kanak, aku sangat suka dengan serangga. Hobi aku semasa itu adalah menyelinap ke celah2 semak dan kawasan berumput panjang, menguak denai dan mencari binatang kecil ini. Antara koleksi terbaik aku adalah belalang, ladybird, mantis, labah-labah dan kupu-kupu. Aku malah membela semut dan kerengga dari pelbagai jenis. Kesemua peliharaan aku ini kubela di dalam botol jem yang sudah habis jemnya. Kesayangan aku yang paling utama ialah ladybird. Namun apabila usia semakin tumbuh dewasa, aku mula menyenangi kupu-kupu. Tiada apa yang istimewa tentang kupu-kupu. Kecuali sayap yang mengepak kesuraman bertaburan di mana-mana. Oh, dan juga warnanya yang sederhana... serta impiannya terhadap rama-rama!

Begitu juga sejak zaman kanak lagi, ayahanda yang tercinta selalu membawa kami sekeluarga bersantai di tepi pantai. Sementelah aku tinggal di negeri yang sarat dengan pantai menyebabkan aku sudah begitu rasi dengan aroma laut yang masin hangat bercampur hanyir itu. Bau laut sungguh istimewa. Keistimewaan yang menghilangkan segala bauan yang ada... yang melenyapkan segala resah yang beraja...! Dua perkara tentang laut dan pantainya yang paling memegunkan aku adalah tengkujuh dan bulan penuh. Lautan kelihatan begitu dahsyat dan mengkagumkan dalam dua situasi ini. Pernahkah kalian menyaksikan dengan kanta mata sendiri bagaimana dahsyatnya ombak yang bergelombang dan tarian angin ribut yang dimainkan ketika tengkujuh bermusim...? Lautan seakan bergulung dan oh...! Betapa! Pernahkah pula kalian melihat bagaimana panorama ketika malam bulan mengambang penuh tersangkut di dada langit...? Cahaya peraknya yang melimpah ruah, menyelimuti riak-riak ombak sehingga pasiran pantai seakan berkilauan dengan hamparan intan. Aduhai... RABB! Betapa ciptaan-Mu yang Maha Sempurna...

Bulan juga sungguh istimewa. Aku sangat menyenangi malam. Serasa damai dan menyegarkan. Letih peluh waktu siang bertukar damai indah ketika malam menjelang. Sang ratu malam yang sering menemani dada langit yang terbentang seakan membelai dengan cahaya peraknya yang menyentuh. Ada sebuah mitos lama tentang bulan. Kata orang-orang lama, bulan adalah kediaman dewi-dewi. Betapa indah bulan, refleksi kejelitaan dan kesempurnaan para dewi yang menghuni. Lupakanlah seketika kebenaran sains tentang bulan yang hodoh dengan lompang kawah dan hanya membalikkan cahaya matahari semata-mata! Lupakan seketika dan bukalah mata lalu dongaklah ke langit tinggi. Nikmatilah suatu keindahan yang menggoda rasa. Petikan yang aku ambil percaya atau tidak ini adalah kata-kata dari Doraemon kepada Nobita ;

“Sains memang memperkayakan kehidupan manusia tetapi memiskinkan jiwa insan!”

Apa yang aku cuba sampaikan ialah, adakalanya biarkan jiwa menjadi seniman yang dibuai rasa... biarkan cinta mencari langitnya sendiri... dan biarkanlah angin berbisik memainkan irama melankolia...!

Thursday, June 17, 2010

Tiada Agenda Tersembunyi


HARI tu aku lepak dekat kedai mamak. Makan sambil menengok apa yang patut. Mungkin sebab makan sorang2 jadinya mata meliar sikit. Depan meja aku baik punya duduk dua orang wanita dan seorang lelaki. Wanita itu berbangsa India dan Cina manakala lelakinya pula Melayu. Bersama mereka ada dua orang kanak2, yang perempuan Melayu dan lelakinya Cina. Usia aku syak empat @ lima tahun.

Mereka berlima berbual dengan sangat mesra menggunakan bahasa Melayu yang fasih dan diselang-selikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Paling lucu apabila kanak2 lelaki Cina itu memainkan lagu Cuppy Cake Song di dalam hp ibunya dan mereka berdua menyanyikan lagu Inggeris itu dengan sebutan yang begitu baik sekali. Comel! Itu bukan bahagian yang hebat. Kerana kemajuan memang telah melakurkan etnik dan bangsa di dalam satu kawah. Namun yang mengejutkan aku adalah apabila kanak2 perempuan itu pula memainkan Asma Ul-Husna melalui hp bapanya, kedua kanak2 itu pun melagukan nama-nama ALLAH itu dengan baik sekali! Aku menjadi hairan campur kagum.

Satu meja yang menemukan tiga bangsa ini bukan salah satu adegan drama tempatan di TV yang sarat dengan agenda untuk mengampu kerajaan. Aku sentiasa percaya, kita semua sudah lama bersatu di dalam negara ini. Yang memisahkan kita sebenarnya adalah orang2 tua yang menjadi pemimpin dan memperjuangkan hak ketuanan bangsa itulah! Generasi hari ini telah lama menerima penyatuan kita. Bukan tiga bangsa ini sahaja, malah bangsa2 peribumi juga telah lama bersatu. Semasa aku menuntut di Sarawak dulu, namakan saja, Iban, Kayan, Melanau, Kadazan-Dusun, Bajau... apa lagi? Semuanya duduk semeja, bergelak, berganding bahu dan berkongsi pandangan. Tak ada masalah!

Kita kesemuanya sudah lama sedar yang kita memijak bumi yang sama, menjunjung langit yang sama, bernafas pada udara yang sama dan minum dengan air yang sama! Lalu apa sebenarnya yang membezakan kita? Jangan bicara soal agama! Agama adalah keutamaan yang peribadi. Itu kalau kita sama2 menghormati, apa masalahnya? Tidak ada satu agama pun yang mengajar umatnya berpecah-belah, sebaliknya saling menghormati, menyayangi dan harmoni.

Sedarlah, kita tak perlu disatukan oleh agenda yang mahu meraih undi. Kita telah lama bersatu. Ini tanah tumpah darah kita. Jangan terus diperbodohkan. Tanpa sedar aku turut sama menyanyi dengan kedua kanak2 ini dan ibu bapa mereka berpaling kepada aku sambil melemparkan senyuman. Dan aku membalasnya.

Tiada agenda tersembunyi di antara kami...!

Sunday, June 13, 2010

Akan Selalu...


If I should stay,
I would only be in your way.
So I'll go, but I know
I'll think of you every step of the way.

And I will always love you.
I will always love you.
You, my darling you. Hmm.

Bittersweet memories
that is all I'm taking with me.

So, goodbye. Please, don't cry.
We both know I'm not what you need.

And I will always love you.
I will always love you.

I hope life treats you kind
And I hope you have all you've dreamed of.
And I wish to you, joy and happiness.
But above all this, I wish you love.

And I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I will always love you.
I, I will always love you.

You, darling, I love you.
Ooh, I'll always, I'll always love you...

Tuesday, June 8, 2010

Betapa Bodohnya Sebuah Tajuk Berita!


HARI ini aku terkekek2 ketawa sambil menepuk2 dahi... mengenangkan betapa bodohnya tajuk berita hari ini... semuanya di muka depan. Tak kiralah di bahagian atas, bawah atau tepi ;


"Raja Seluar Dalam Dicekup"

"Penagih Curi 400 Seluar Dalam Wanita"

"Pakar Curi Seluar Dalam Wanita"



Sekarang korang dah sama sertai ketawa tepuk dahi aku atau belum? Di saat orang2 memperkatakan tentang kekejaman Israel, kebusukan politik, judi halal judi haram, demam Piala Dunia, barang-barang kawalan yang mahu diboikot dan segala macam isu penting yang lebih berkualiti untuk diutamakan, masih terselit berita sebodoh ini.


Soalan aku ;


"Apakah si penagih itu mencuri seluar dalam yang bernilai berjuta2 ringgit?"

"Apakah dengan tertangkapnya penagih raja seluar dalam ini, suatu sindiket besar berjaya dilumpuhkan?"


"Apakah seorang perogol bersiri telah berjaya ditumpaskan?"


"Apakah kecurian seluar dalam itu selama ini telah menyebabkan kerugian berjuta2 ringgit kepada rakyat?"


"Apakah penagih itu sebenarnya waras memandangkan dia seorang penagih?"


Perlu ke membesarkan cerita tentang pencuri dan seluar dalam sedangkan dah namanya pun penagih! Apa yang korang nak kesah sangat? Lain la kalau yang buat tu seorang menteri, ahli politik terkenal atau kerabat di raja! Kalau tak jangan nak bising sangatlah... nanti orang benci!!!

Sunday, June 6, 2010

Selamat Aku Ucapkan...


Aku selalu percaya
Hati yang mati takkan bisa disakiti lagi
Tapi benar langsung bicara seorang teman yang baru kukenali
Hati tetap hati
Walakin telah mati

Semalam masih sama seperti hari-hari yang telah berlalu
Nyali masih terluka kaku
Tidak bernyawa namun koyak mengalir darah lesu
Hairan kerana sakitnya masih mampu membunuh aku
Sedangkan sudah lama ianya lampus terbuku

Aku mencuba dengan seluruh swadaya
Menadah kedua belah tangan meminta kepada-NYA
RABB, KAU limpahkanlah selaut bahagia
Kepada dia dan dia
Biarkanlah cinta mereka mekar harum musim semi laksana

Aku masih ingin percaya
Walakin hati tetap hati
Biarlah ia mati tanpa dapat disentuh sakit lagi
Kematian yang sedang menyiat berulang-ulang
Biarlah kekal bersifat semalam

Lampus jiwaku bersemadi
Di pusara sumpah dan janji sehidup semati...

Thursday, June 3, 2010

Sekarang Aku Tahu Di Mana Primitifnya

Ini filem yang aku kena tonton atas sebab kerja. Entahlah, novel dulu aku pernah baca dan pernah suka... dulu...

BARANGKALI lewat untuk aku mengulas di sini tentang perkara ini. Mungkin saja keterlewatan ini disebabkan aku jarang2 sekali menonton televisyen lewat kebelakangan ni. Aku baru sahaja menonton sebuah program bual bicara yang memperkatakan tentang FILEM KITA. Aduhai... bosan sungguh isu ini sebenarnya. Sudah banyak kali dibicarakan dan sudah banyak kali dibahaskan!

Bila kita bercakap tentang filem, semua orang dalam industri akan menyebut-nyebut dan menyalahkan soal DUIT! Duit... duit... duit! Filem kita tak bagus sebab tak ada duit... filem kita PRIMITIF sebab tak cukup duit, filem kita setaraf SAMPAH pun sebab tak ada banyak duit untuk bikin filem yang bagus2. Kita tak cukup duit untuk buat PENYELIDIKAN yang mendalam untuk menghasilkan SKRIP yang baik. Adakah? Pengacara yang baik budi dan tak paham posisinya sebagai pengacara tu lantang mengambil contoh filem AVATAR yang meletup2 tu lalu mengatakan kita tak mampu untuk buat filem sehebat itu kerana tak cukup duit! Duit... duit... duit lagi! Hello! Filem itu bagus bukan dari sudut KEKAGUMANnya saja, tetapi JALAN CERITAnya juga harus diambil kira! Nampak ke tidak?

Sempurna sebuah filem bukan dari unsur kekagumannya sahaja. Bagusnya juga sebuah filem pun bukan dari sudut berapa banyak duit yang dikeluarkan untuk membikinnya saja. Alasannya kita tak mampu bayar PENULIS SKRIP dengan nilai yang banyak supaya skrip yang dihasilkan bagus2. Kita ambil PELAKON KAYU yang memang berlakon macam HAMPAS pun perlukan masa dan duit untuk latih mereka supaya jadi pelakon yang baik. Kenapa kita nak ambil pelakon kayu ni? Pasal khalayak yang mahukan pelakon2 ini kerana mereka didatangkan dengan susuk yang JELITA/KACAK dan dipercayai boleh DIJUAL! Memetik kata2 si prof yang gigih berkarya tu :

"Primitif di sini adalah bukan pada filem tetapi pada pemikiran para pengkritik yang hanya tahu mengkritik dan menilai sesebuah filem berdasarkan filem itu semata2 dan bukannya mahu mengambil tahu bagaimana kesusahan yang ditanggung dalam proses menghasilkan filem itu sendiri!"

Aduhai prof yang bijak pandai! Cuba cakap pada aku siapa yang bayar RM10 untuk ambil tahu tentang bagaimana filem itu dihasilkan. Orang2 keluarkan duit untuk mendapatkan kepuasan dengan menengok filem itu. Jalan ceritanya, unsur kekagumannya (ini dikira bonus kalau ada) dan mutu lakonan serta kualiti pengarahannya. Ada faham? SKRIP kita tak bagus. Jalan cerita mendatar dan tak ada PEMIKIRAN yang hendak disampaikan. Pakej pula dengan pelakon kayu yang bersandarkan pada rupa paras semata2.

Filem kita memang primitif! Primitif kerana penggiat tak mahu memandang kepada salah sendiri! Semua bercakap tentang duit dan kalau ada duit kita akan hasilkan filem yang MELETUP sana, meletup sini! Bawa kereta mewah, bawa jet ski kat Sungai Gombak, dan sebagainya! Itu sahaja... ada ke kita nak ambil tahu, jalan ceritanya bagaimana? PLOTnya bagaimana? Aduhai... susah! Fikir dulu apakah CIRI2 FILEM YANG BAIK yang sebenarnya dan bukannya hanya memikirkan duit... duit... duit sahaja!

Aku sebenarnya teringin sangat nak tengok FILEM MELAYU kita yang berkualiti dan boleh memuaskan aku. Bukannya aku ni terlalu menyanjung filem luar sangat. Cumanya aku masih tercari2 dan barangkali dah semakin SESAT dalam pencarian ni...

Aduhai...