Friday, June 17, 2011

Transformasi Blog! Wink*

(Ehsan Pakcik Google!)

BAGI sesiapa yang mengenali aku secara dekat, mereka pasti tahu yang aku ni sangat menggemari sisi hitam! Sejak aku mula berblog, dekorasi blog aku sentiasa memakai konsep 'dark'. Hal ini adalah kerana aku merasakan dunia kegelapan itu sangat elegan. Hitam, merah dan gold adalah kombinasi warna yang sangat2 aku suka! Cantik! Sementelah aku ini gemuk, jadinya bila memakai warna gelap @ hitam, aku berilusi merasa diri sedikit kurus. Wakakaka!

Aku pernah terfikir untuk mengecat dinding bilik dengan warna hitam dan merah. Aku juga percaya dengan mainan dekorasi yang baik akan menjadikan bilik aku benar2 gothic. Hahaha! Suka! Amat suka! Tapi cita-cita ini gagal terlaksana kerana agak sukar untuk mendapatkan warna hitam dan merah yang aku mahukan dengan harga yang berpatutan (kembali kepada konsep kedekut aku!).

Hari ini entah kenapa, tiba-tiba aku mendapat cahaya dari langit yang merasakan warna hitam dan kegelapan ini amat memurungkan. Aku merasa murung, kaku dan beku. Oleh kerana itulah, aku melakukan transformasi blog secara besar-besaran dari hitam merah kepada putih dan berwarna-warni! Wakakaka... tiba2 aku merasai ada aura ceria menguasai.

Mungkin sudah tiba masanya aku melalui perubahan warna. Mungkin ia boleh mendatangkan tenaga positif untuk menyingkir virus kemurungan yang sedang bermaharajalela di dalam hati sekarang ini. Oh, ya... aku masih memilih rama2 kerana aku selalu percaya, manusia dan rama-rama sama. Tidak jauh beza. Hayat yang singkat untuk menikmati seluruh hidup.

Ayuh! Kembangkanlah sayap dan berterbangan bebas... langit masih ada untuk memayungi dan bumi masih setia menanti...

3 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhh....ni betoi2 punya nak terbang tinggi nih..

    ReplyDelete
  2. Warna mencerminkan jiwa.... jiwa anda sedang berbunga2 haruslah!

    ReplyDelete
  3. Kak Ct,
    setinggi awan...

    Jiha,
    Rasa letih dimomokkan dengan kegelapan.

    Wink!* ;-)

    ReplyDelete