Monday, July 4, 2011

Kontraksi Pramatang

Sabar ye, si bayi sayang... ibu dan mummy akan sabar menunggu kelahiran anakku sayang. (Ehsan Lebai Google)

TAK banyak yang aku tahu tentang makna perkataan ni. Tapi awal pagi tadi, sekitar jam 6.30 pagi aku terjaga dari tidur seperti biasa. Seperti biasa juga aku akan tengok hp untuk pastikan pukul berapa. Terkejut juga bila mendapati ada 1 mesej yang belum dibaca muncul di skrin. Dengan kepala sarat, aku baca mesej. Tertulis ;

"Salam, sahabat. Aku tau kau tengah tido. Harap pagi nanti kau baca. Aku kat wad bersalin ni. Perut aku sakit. Doktor cakap premature contraction. Baby tak cukup bulan lagi tapi aku dah sakit nak bersalin. Doakan aku dan baby selamat, k?" - 4.08 am

Aku terbeliak biji mata dan terus melompat bangun sebab memang terkejut. Akibatnya, kepala aku terus menangkap pening. Kaki terasa tak stabil dan aku terjelepok jatuh ke katil semula. Aku berbaring untuk menghalau pening. Aku gagahkan jemari menaip mesej untuk bertanyakan khabar terkini. Tapi... oh, s*it! Kredit aku tamat tempoh pula. Sudahnya aku tertidur semula dan bangun sekitar jam 7.30. Pening beransur lega.

Sampai di pejabat, aku terus mendail nombor si sahabat. Alhamdulillah, dia baik-baik saja. Cuma suaranya kedengaran mengah. Menahan sakit barangkali. Katanya doktor bagi dia dua hari. Kalau kontraksinya masih berterusan, dia akan dipaksa melahirkan kerana dikhuatiri bayinya akan lemas. Ya, Rabb! Selamatkanlah sahabatku dan bayinya... amin!

Usia kandungan sahabatku itu baru mencecah 34 minggu dan dijangka bersalin pada bulan 8 kalau tak silap aku. Manakan tak terkejut beruk aku apabila mendapati dia kini sudah berada di wad bersalin dan mula mengalami kontraksi. Kasihan sahabatku itu. Kalaulah boleh, aku memang sungguh2 mahu menjengah dia di wad. Tapi waktu melawat berakhir pada jam 6.00 pm. Aduhai... hampa. Aku doakan dan sungguh2 berharap kontraksinya akan berhenti dalam masa dua hari ni. Kasihan si bayi kalau lahir tak cukup bulan.

Sahabat, aku merindui kau dan si bayi... semoga ALLAH melimpahkan rahmat dan memelihara keselamatan kau dan bayi. Amin!

No comments:

Post a Comment