Tuesday, June 28, 2011

Mungkin Inilah Petandanya

(Ehsan dari lebai google lagi)

HATI sudah membulat dengan tekad sebenarnya. Aku fikir, mungkin inilah petandanya. Act, dah dua tahun aku tamat belajar. Walaupun tak konvo-konvo sampai sekarang sebab akademi yang sengal tu, tapi tak apalah. Malas dah nak kesah. Sedar tak sedar dua tahun berlalu begitu saja dalam hidup. Tapi selepas dua tahun berada di tempat yang barangkali sebenarnya memang bukan untuk aku ini, akhirnya terbuka jalan untuk manuskrip aku diterbitkan. Aku jadi tersedar tentang cita-cita aku yang sebenarnya.

Seputar 6 tahun yang lalu, semasa aku berada di dalam bilik temuduga untuk masuk ke akademi, salah seorang penemuduga aku yang baik hati itu bertanya ;

"Bidang penulisan di sini ada dua cabang. Ada penulisan layar dan ada penulisan pentas dan cereka. Agak2nya awak menjurus ke mana?"

Aku pantas menjawab dalam tergagap (sebab aku ada masalah menyebut beberapa huruf terutamanya C dan H di samping aku juga sangat gemuruh orangnya)

"Oh, saya suka pentas dan cereka!"

Aku suka pentas dan cereka. Aku suka menulis novel, cerpen dan skrip drama pentas. Kadang2 aku rasa betulnya kenyataan ini ;

"Semua benda terjadi bersebab!"

Ia sangat benar. Kenapa aku fail dalam subjek mudah sehingga terpaksa mengulang dan menghabiskan diploma selama 4 tahun?

- Aku mengenali dan berkawan baik dengan si comel Mimie padahal sebelum ni aku tak sukakan budak comel ni.

- Aku berjaya memberanikan diri buat projek akhir novel sedangkan semasa di tahun 3 aku tak yakin (pasal subjek banyak dan berat. bila di tahun 4 hanya 1, 2 subjek je yang aku ambil).

Semua benda terjadi bersebab. Jadinya aku rasa mungkin inilah petandanya yang aku memang harus serius memikirkan untuk menjadi freelance sepenuh masa. Aku mungkin gagal tapi apakah kehidupan tanpa kegagalan. Aku masuk ke UPMKB selama setahun dan kemudian berhenti. Tapi hey! Tengok dari sudut baiknya. Ayah jadi lembut hati untuk memahami dan mengizinkan aku masuk ke akademi. Ini apa yang aku nak. Menjadi novelis. Aku tahu aku perlukan pekerjaan tetap tapi pekerjaan tetap bukanlah satu-satunya cara untuk menjamin masa depan. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Aku balik kampung, buat kerja sambilan untuk tolong mak, sambil2 boleh temani dia dan dalam masa yang sama serius menulis novel. Alhamdulillah, kalau betul2 ada rezeki aku, beberapa orang teman asyik minta proposal untuk drama. Jadi inilah masanya.

Kalau aku gagal, tak apa. Aku akan berusaha lagi. Aku dah berkali-kali gagal dalam hidup. Gagal sekali lagi aku kira bukan apa-apa. Tekad sudah membulat. Sekurang2nya kalau aku bangun tido 10 tahun dari sekarang, aku tak akan tertanya-tanya pada diri, kenapa aku tak buat begitu dulu?

Buat masa ini, perkara terakhir yang aku fikirkan adalah impian aku dan Mimie di sini. Terasa sedikit ralat nak meninggalkan si comel itu sendiri di sini. Tapi... mungkin ini adalah yang terbaik buat aku.

Kerja tuhan siapa tahu...? ( Teh Sofia : Tunggu Teduh Dulu )

Monday, June 27, 2011

Hati Sedang Menangis... T_T

Menyalami mak, Zawahir Salleh pada syawal yang lalu... Rabb, sembuhkanlah ibuku. T_T

DEMI Tuhan... aku sedang menimbang sebuah keputusan yang amat berat. Baru-baru ini, aku titipkan belangsungkawa buat seorang teman di pejabat di atas pemergian ayahandanya, Allahyarham ASP Zahari ke alam baqa. Aku gagahkan bertandang menemuinya di majlis tahlil. Semasa dia menceritakan detik2 pemergian ayahandanya, aku terkedu sayu. Dia berpeluang menjaga sang ayah sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Ayahnya sihat selama ini. Dan pada jumaat itu, dia memang tergerak hati untuk pulang menjenguk keluarga (dia tinggal di rumah sewa). Tak sangka, ia menjadi pertemuan yang terakhir. Sebak aku mendengar sehingga menitis airmata.

Aku perlahan merenung diri. Seumur hidup, mak sentiasa mengharapkan aku duduk bersamanya. Menemaninya. Tapi di sinilah aku. Jauh terpisah beribu-ribu batu. Perjalanan pulang memakan masa sehingga 8 jam. Aku tak tahu kenapa aku terlalu sentimental. Tetapi kepulangan Allahyarham ASP Zahari Abdullah terlalu mengacau goncang jiwaku. Aku terasa diri begitu mementingkan diri sendiri. Aku di sini mengejar cita-cita dan tuntutan hidup sedangkan mak sedang bersendiri melayani hari tua di kampung.

Terlalu mementingkan dirikah aku? Dulu aku tak begitu ralat meninggalkan mak kerana ayah dan adik ada di sisinya. Tapi kini, adik sudah bekerja jauh seperti aku juga malah ayah juga terhantar jauh bertukar balai menyebabkan mak bersendiri. Sebetulnya, mak kurang sihat. Masalah lutut dan gastrik yang teruk menyebabkan mak susah berjalan dan selalu sesak nafas. Perlu selalu diurut dengan minyak panas, sediakan tungku dan dihulurkan ubat. Semalam semasa aku menalefon pun, mak terketar-ketar menjawab. Oh, ibuku demam! T_T

Patutkah aku berkorban berhenti kerja dan balik menjaga mak di kampung. Paling tidak sehingga ayah pencen tahun hadapan. Patutkah...? T_T

Sunday, June 26, 2011

Lor, Nok Saman Puloks?!

(Ehsan Pakcik Google)

HAHAHA! Nak gelak rasanya bila baru2 nih kecoh isu sebuah pertubuhan yang pada aku sangat bersifat perkauman ni nak menyaman penerbit filem kerana adu mereka penerbit filem ni telah menjatuhkan nama baik mereka melalui dua buah filem aksi. Pertama sekali, nasihat aku kepada kawan2 yang sedang membaca entri ini perlu diingatkan dengan tegasnya ;

"Aku menulis entri ini bukan menyokong mana-mana pihak. Ini adalah pandangan aku yang paling peribadi dengan tidak mengambil kira siapa aku dan di mana aku bekerja!"

Bagi sesiapa yang tak boleh menghadam penegasan aku ini, aku syorkan supaya berhenti membaca dan sila ke blog lain. Hahaha... Aku sangat2 menyokong kalau penerbit filem ini enggan meminta maaf kepada pertubuhan perkauman ini. Tak perlu nak minta-minta maaf segala! Aku yakin, siapa yang makan cili maka dialah yang akan terasa bahang pedas pijarnya. Sepanjang aku menonton filem yang telah kononnya menyinggung dan menjatuhkan nama baik tu, aku tak nampak pun di mana bahagian menyinggungnya. Malah, masa aku menonton dulu (aku tonton dulu sebelum 1 Malaysia menonton) aku tak teringat dan terfikir langsung pun pasal pertubuhan terbabit. Apahal pula sekarang ni tetiba nak melenting?

Janganlah tambah memperbodohkan diri sendiri. Dengan buat pertubuhan yang bersifat perkauman begini pun, kau dah nampak kurang cerdik. Aku hairan. Kenapa orang kita begitu lekas melenting dan sibuk sangat2 nak mempertahankan soal ketuanan??? Agama dan bangsa adalah hal yang peribadi. Tak perlu berbalah andai kita saling mengerti dan menghormati. Ia adalah budaya dan cara hidup kita. 1001 pertubuhan untuk membela ketuanan pun, tak ada bernilai apa-apa kalau jati diri lemah dan tidak saur dengan agama yang menjadi tunjang hidup.

Terkadang aku melihat orang terlebih berbangsa dari beragama. Pada aku itu sudah jadi salah! Mereka katakan agama dan bangsa itu berbeza. Agama di hati dan agenda bangsa menjadi perjuangan. Salah! Agama itu cara hidup. Agama harus melebihi bangsa! Kita ini sebagai orang Islam, tidak mengenal warna kulit.

Aku bangga menjadi orang Melayu. Bangsaku penuh dengan sifat kesopanan dan santun. Laku dan bicara semuanya manis tersusun. Tapi dalam masa yang sama aku juga kesal dengan Melayu yang penuh dengan sifat tergugat dan iri. Kalau kita meyakini ketuanan bangsa kita, kenapa harus rasa tergugat dan takut hak-hak kita akan dicabuli oleh bangsa lain?

Mengapa...? Mengapa...? MENGAPA???

Eh, soal saman tadi dah tercicir di mana? Entahlah, di celah ketiak barangkali. Garu-garu! Terasa gatal puloks! Ahaks!

Thursday, June 23, 2011

Sakit Lagi... Sakit Lagi...!


SAKIT itu adalah kifarah yang menghapuskan dosa-dosa kecil. Aku sedar tu... aku sepatutnya bersyukur apabila dikurniakan badan yang lemah begini. Dosa yang bertimbun sedikit sebanyak dapat terhapus andai aku benar-benar syukur dan redha apabila disapa sakit. Tapi sebagai manusia biasa yang memang sering terlalai lupa, aku ini jadi sedih dan kecewa apabila tak putus asyik sakit-sakit. :(

Selain masalah sinus (yang menyebabkan aku teramat2 alah terhadap habuk, bulu kucing, debu, sesetengah minyak wangi, cili dll), badan aku juga lemah. Selalu demam, sakit kepala, pening, sakit gigi dan sakit2 badan. Urat saraf dan tulang-temulang asyik sakit dan lenguh2 (padahal aku baru berusia 24 tahun, 7 bulan). Nak kata aku ni malas bersenam. Setiap hari dah berkilometer aku berjalan kaki. Walaupun aku gemuk, tapi aku agak cergas berjalan kaki sebenarnya. Naik turun tangga lagi. Kadang-kadang berenang (rumah I ada swimming pool oke! ;p).

Seseorang pernah cakap (act, selalu cakap dan masih cakap), semua sakit2 tu sebenarnya mainan minda aku. Aku sebenarnya tak sakit pun. Tapi manja dan mengada-ngada sangat. Hurm... kadang2 aku rasa cemburu pada dia. Dia memang amat jarang sakit, jadinya aku fikir dia tak rasa apa yang aku rasa. Memang sangat mudah menilai bila kita tak duduk kat tempat orang tu. Tak apalah, barangkali kalau esok lusa dia merasa apa yang aku rasa, aku harap benda pertama yang dia akan fikir ialah ;

"Agaknya inilah apa yang N rasa..."

Dia cakap, jangan manjakan diri sangat. Kalau sakit, tak payah pergi klinik dan makan ubat. Buat macam biasa saja. Nanti lama-lama hilanglah sakit tu. Hurm.... bagusnya kalau kau betul2 tanggung apa yang aku rasa. Aku bermasalah sinus dan gastrik sejak aku berusia 10 tahun. Aku mula pakai cermin mata pun sejak 10 tahun dan mula gemuk sejak 12 tahun. Aku mewarisi banyak penyakit dari mak dan ayah termasuk darah rendah (yang selalu menyebabkan aku pening) dan gastrik (yang menyebabkan aku selalu terguling-guling menahan sakit, kena cucuk untuk keluarkan angin dan muntah). Masalah sinus aku menyebabkan aku selalu demam dan sakit kepala selain batuk dan selesema yang tak berkesudahan. Begitu juga masalah tonsil. Doktor pun dah banyak kali membebel. Katanya lagi tak buang tonsil yang membengkak tu, aku akan selalu demam. Itulah kerja doktor! Asyik nak membelah!

Baru-baru ni aku diserang sakit gigi (wisdom teeth) yang menyebabkan gusi bernanah, bengkak dan menggilakan sakitnya. Dua hari lepas pula, aku mc dua hari sebab gastrik datang menyerang. Doktor tak bagi aku makan nasi dan sebarang lauk pauk, kena makan bubur, biskut dan susu sahaja selain dari makan setiap 3 jam, 4 jenis ubat-ubatan yang bernilai 50RM serta satu suntikan. Haizz...

Aku memang sakit sikit2 saja. Tak ada sakit kanser pun. Ataupun 1001 penyakit maut yang lain. Tak... aku cuma ada masalah sinus, tonsil, gastrik, sakit gigi, tekanan darah rendah dan sakit-sakit tulang saja. Tak ada yang serius sangat pun. Tapi kalau berselang hari asyik mc sampai bos pun dah naik rungsing... hurm....... mungkin aku memang hanya lebih sesuai bekerja sendiri. Buat freelance. Susah nak bagi komitmen pada kerja dengan keadaan begini. Tapi buat masa ni, tak ada sesiapa yang menyokong untuk aku buat freelance. Haizz......

Ya, Rabb... sembuhkanlah... sihatkanlah hambamu ini... Amin!

Sunday, June 19, 2011

Berjalan-Jalan!

Ini adalah puncak bukit jirat cina yang menampakkan pemandangan bandar Kuala Kangsar. (Note : Aku makin gemuk, kelihatan sepadankan dengan Budak Bulat? Ahaks!)

Jambatan Victoria. Suka!

Bubu lagi!

HUJUNG minggu dihabiskan dengan enak. Berjalan-jalan ke Kuala Kangsar, bandar diraja yang cukup klasik buat seorang aku. Aku ini orangnya tidak urban. Aku ini orang kampung. Cukup rasi dan sukakan suasana kampung. Sayangnya, di kampung halaman yang jauh di pantai timur itu, aku gagal menemukan pekerjaan yang sesuai dengan jiwa. Kalau ada, pasti tak sudi aku hendak bertamu di bandar ini.

Satu perkara yang aku suka dengan perhubunganku dan Budak Bulat ialah dia pun orang kampung juga. Kampungnya dekat, tiga jam sahaja perjalanan dari ibukota. Jadinya untuk melunaskan rasa rindu pada kampung halaman dan semestinya pada Budak Bulat juga, hujung minggu yang lalu aku telah menjengah ke Kuala Kangsar.

Wah! Wah! Budak Bulat bermodus baik sekali! Kali ini dia benar-benar rajin membawa aku berjalan. Ke air terjun (seperti biasa) di Ulu Kenas dan ke Bubu lagi. Kemudian ke Jambatan Victoria dan banyak tempat lagi. Paling penting Jambatan Victoria!!! Aku sangat ingin ke sini. Tertarik dengan suasana dan senibina yang indah! Klasik! Suka! Hahaha... sambil-sambil tu, aku berjaya menghalau angin galau pergi jauh!

Terima kasih, Budak Bulat! Saya sayang awak! (miang)

Friday, June 17, 2011

Transformasi Blog! Wink*

(Ehsan Pakcik Google!)

BAGI sesiapa yang mengenali aku secara dekat, mereka pasti tahu yang aku ni sangat menggemari sisi hitam! Sejak aku mula berblog, dekorasi blog aku sentiasa memakai konsep 'dark'. Hal ini adalah kerana aku merasakan dunia kegelapan itu sangat elegan. Hitam, merah dan gold adalah kombinasi warna yang sangat2 aku suka! Cantik! Sementelah aku ini gemuk, jadinya bila memakai warna gelap @ hitam, aku berilusi merasa diri sedikit kurus. Wakakaka!

Aku pernah terfikir untuk mengecat dinding bilik dengan warna hitam dan merah. Aku juga percaya dengan mainan dekorasi yang baik akan menjadikan bilik aku benar2 gothic. Hahaha! Suka! Amat suka! Tapi cita-cita ini gagal terlaksana kerana agak sukar untuk mendapatkan warna hitam dan merah yang aku mahukan dengan harga yang berpatutan (kembali kepada konsep kedekut aku!).

Hari ini entah kenapa, tiba-tiba aku mendapat cahaya dari langit yang merasakan warna hitam dan kegelapan ini amat memurungkan. Aku merasa murung, kaku dan beku. Oleh kerana itulah, aku melakukan transformasi blog secara besar-besaran dari hitam merah kepada putih dan berwarna-warni! Wakakaka... tiba2 aku merasai ada aura ceria menguasai.

Mungkin sudah tiba masanya aku melalui perubahan warna. Mungkin ia boleh mendatangkan tenaga positif untuk menyingkir virus kemurungan yang sedang bermaharajalela di dalam hati sekarang ini. Oh, ya... aku masih memilih rama2 kerana aku selalu percaya, manusia dan rama-rama sama. Tidak jauh beza. Hayat yang singkat untuk menikmati seluruh hidup.

Ayuh! Kembangkanlah sayap dan berterbangan bebas... langit masih ada untuk memayungi dan bumi masih setia menanti...

Monday, June 13, 2011

Risau... Risau... Risau...!


INI adalah beberapa patah perkataan yang aku curik dari lirik sebuah lagu. Inilah juga adalah perasaan aku kala ini. Aduhai hati... 'seseorang' (anda pasti tau siapa anda) yang sangat merangsang aku dalam dunia tulis ini sedang merangka rencana indah untuk aku.

Kamil Hijrahmu bakal berubah nasib (barangkali... insyaAllah). Tetapi untuk melalui transformasi yang besar tersebut, aku perlu mengedit kembali naskah pertama dan terakhir yang aku tukangi dalam tempoh dua tahun ini. Aku tak nafikan, lampau banyak pengaruh yang aku serapkan di dalam naskah ini. Jadinya, aku perlu 'membersihkan' kembali semua pengaruh2 ini bagi memastikan Kamil Hijrahmu dapat berdiri dengan kakinya sendiri.

Rungsingnya seorang aku. Buntu... buntu... buntu... sementelah aku baru saja mengkhatami 'Ketupat Cinta' hasil buah tangan saudara Faisal Tehrani. Aduhai hati... (mengeluh lagi). Terasa kerdil benar karyaku. Aduh... aduh... aduh! Tiba-tiba terasa sungguh keyakinan diri menjunam tersungkur. Karyaku terlalu hijau amat. Hijau amat! Belum ranum, belum harum, belum ada manisnya. Aduh... aduh... aduh!

Kembara Sang Pencari Sempurna........... aku sedang karam... T_T

Monday, June 6, 2011

Peristiwa Di Bulan Jun

Gambo pertama yang kami ambil selepas bersama. Huhuhu!

BANYAK perkara yang indah-indah dan pernah menjadi indah dalam hidup aku ni telah berlaku pada bulan Jun. Tak terkecuali juga perkara-perkara yang amat menghiris dan memilukan hati. Jun adalah bulan peristiwa untuk seorang aku.

Aku tak nak cerita tentang perkara-perkara yang pernah menjadi indah dan kemudian menghiris hati tu. Aku cuma nak cerita tentang perkara yang indah-indah dan masih menjadi indah. Mungkin untuk sesetengah orang, aku ni dah jadi 'minah bunga' sejak kebelakangan ni. Dek kerana hati pun sedang berbunga-bunga ditambah pula tak banyak perkara lain yang berputar dalam mandala hidup kebelakangan ni. Jadinya, ber'rap romantika' sajalah aku ini.

Pada tanggal Jun 5'2010 yang lalu, aku buat pertama kalinya berkenal-suai dengan Budak Bulat. Aku ucapkan terima kasih kepada bakal abang iparku (ahaks!) En. Ron Izmir kerana telah bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan adiknya yang bulat tu. Hahahaha...

Apa yang boleh aku katakan tentang Si Bulat? Dia memang kasar dan selamba. Tapi betah amat berterus-terang. Agak suka memaksa tapi aku suka. Hahaha... kadang-kadang boleh jadi romantis dan membuai rasa juga. Mungkin kerana itulah hati terpaut suka. Ahaks! (miang betul... malu rasanya). Kadang-kadang aku kasihan pada Bulat. Aku ini amat suka merajuk, membebel dan melenting. Apa sajalah. Tapi dia sabar saja melayan kerenah aku.

Dalam berbaur antara sedar dan tidak, perkenalan kita telah mencecah usia setahun, cinta hatiku Si Bulat. Sebulan lagi kita akan meraikan ulangtahun yang pertama. Sebulan saja dia mengambil masa untuk memikat aku sejak hari pertama kali berkenal. Sikapnya yang berterus terang menyebabkan aku tak mampu berkata tidak.

Setahun sudah, kita berkongsi senang susah... akan terus kukira detik yang ditentukan RABB buat kita untuk menjadi yang halal... amin!

Salam Tahniah!

Senyuman manis bakal pengantin. (^_^)

Bersama anak kecilku, Puteri Ikha Kak Ct. (^_^)

MEMULAKAN entri untuk bulan Jun dengan mengucapkan tahniah buat kawan-kawan yang telah bergelar tunang, isteri dan ibu. Fuh! Berpeluh-peluh dibuatnya mengenangkan betapa banyak undangan yang diterima. Terima kasih, teman-teman di atas ingatan. Aku sangat hargai. Tapi maaf aku ucapkan, bukan semua undangan mampu aku penuhi. Maklum saja, keterbatasan aku dari segi masa dan kemampuan dengan kenderaan. Sungguh2 maaf.

Dalam melayari rasa terkilan kerana tidak berdaya memenuhi undangan sang teman, aku akhirnya berjaya menghadiri diri ke majlis pertunangan penuh gilang-gemilang Cik Hanny Esandra. :) Manisnya kakak seniorku dalam debar gembira menjadi tunangan orang. Dalam kesinambungan biru firus bersulam kuning yang menjadi idamannya, aku melihat senyuman bahagia yang terukir di bibir. Aku separuh menahan sebak di dalam dada.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, aku adalah tipikal perempuan yang selalu merasa terharu dalam majlis. Aku panjatkan setulus doa buat RABB... selamatkan dan sepurnakanlah perjuangan mereka untuk melengkap dan menyempurnakan separuh dari agama buat Cik Hanny dan tunangan. Aku doakan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya sehingga nafas yang paling akhir. Semoga berhasil mencicip cangkir bahagia. Amin...

Sambil-sambil seronok melayan sembang bersama Kak Ct dan mak buyung, Jiha. Tak sabar nak tunggu Jiha melahirkan cahaya mata sulungnya bulan 8 kelak. Semoga selamat hendaknya, sahabatku. Amin!

Tak sabar nak jadi mummy! (^_^)