Thursday, May 7, 2009

Cerita Tentang Kebakaran Dan Kesannya Terhadap Aku!


Ramai yang mengomel, dalam nak pecah kepala pun aku masih sempat berblog. Sebenarnya bukan apa, bila sedang bekerja, aku secara automatiknya hilang idea untuk berkarya. Bukan persekitaran di tempat kerja yang menjadi masalah sebaliknya kesibukan bekerja yang menjadi punca. Tumpuan aku cukup terganggu bila melayan kerenah budak2 ni. Jadinya memang tak boleh nak menulis. Maka, berbloglah aku seenaknya!

Hari ni aku cukup bengang! Mana tidaknya? Baru sejam aku masuk kerja, tiba2 orang yang buat kerja2 baikpulih minta jasa baik aku tutup cc. Seminggu yang lepas, kotak suis utama meletup dan terbakar. Hari ni baru nak baiki. Lalu satu wing aku perlu ditutup bekalan elektriknya. Sudahlah masa tu ramai budak, aku pun tengah seronok beronline dengan kawan2. Punyalah susah aku nak pulangkan balik duit budak2 tu. Lepas tu, janji nak tutup sejam (dengan nada berlagaknya mamat tu cakap yang diorang bekerja dengan pantas), alih2 sampailah masa aku menulis entri ni, masih belum sudah lagi. Aku paling tension pasal gaji. Aku ni dibayar mengikut jam. Tak ke senak aku bila hari ni aku sempat kerja sejam saja? Aduh, tekanan aku dibuatnya!

PeTA dan makin dekat. Banyak kos yang diperlukan untuk kerja2 membinding dan sebagainya. Nak harapkan ASWARA (yuks, aku masih geli menyebut ini), memang tidaklah! Awal2 lagi, pegawai IT yang 'baik budi' tu bagitahu yang printer tak akan dibaiki sampailah kami selesai PeTA. Adakah? Kepada warga2 seni di luar sana, adik2 yang bercadang nak masuk ke akademi ini, berfikirlah beratus2 kali. Bukan kerana kualiti pendidikannya... tetapi pengurusannya yang memang macam s**l! Silalah membuat keputusan yang bijak ye?

3 comments:

  1. anne..
    mmg kena guna byk kos ni utk peta..
    dengar cerita rm200 tu dimansuhkan?
    aduh rezki kita dirembat org agaknya..?

    utk novel photostat 300x6
    kulit keras dari dua tambah jd 3! hangin! meminta2 dengan kerenah...
    binding dari tiga jd 4...
    pinjaman teman2 masih di atas angin..

    aduh..

    ReplyDelete
  2. Kak (Ceh! bermanja2) aku kalau tak dapat IPTA sumpah aku fikir 2-3 nak masuk 'ASWARA' wat digree. Fening!2

    ReplyDelete
  3. Kak Afna,
    Bukan sekadar khabar...
    Dah sahih pun!
    Tekanannya saya Tuhan saja yg tau.
    Sekrang tgh ke sana sini cari tempat print yg murah.
    Nak harapkan ASK memang tidaklah!
    Aduhai...

    Jiha,
    Lupakan sahaja hasrat nak sambung di ASK!
    Percayalah...
    Lupakan saja!!!

    ReplyDelete