Tuesday, August 16, 2011

Sakitnya...... T_T

Comey giler cite nih! Menatang bebit dengan tucen ni memang kesukaan aku sangat2.

MACAM biasa, apabila puasa saja, gastrik datang menyerang tanpa bertangguh. Alhamdulillah, dengan bantuan Magnesium Trisilicate, Aztec, Nestum dan biskut oat pada setiap pagi bersahur dan selepas berbuka menyebabkan aku berjaya bertahan menunaikan ibadah puasa. Malangnya, selepas masuk ke hari yang ke-16, aduhai... perut makin menyucuk dan angin sekitar dalam perut sedang memedihkan ulu hati serta membuatkan aku selalu mahu termuntah.

Hari ni, sakitnya makin menjadi-jadi sebab aku dah kehabisan stok Magnesium Trisilicate dan Aztec. Ditambah pula aku dah semakin penat dan tak larat nak sahur... hasilnya pedih semakin menyucuk. Aku berharap sangat supaya dapat bertahan dan berpuasa sehingga hari terakhir Ramadhan. Kawan-kawan minta doakan aku ye?

Balik nanti harap sempat singgah ke Guardian atau Watsons untuk membeli stok baru. Huhuhu... tak sabar nak balik berpuasa di kampung halaman. Rindu sungguh pada juadah masakan mak. Kasihan mak, berpuasa bersendirian tahun ini. Hanya sesekali ayah dapat berpulang berpuasa bersama. Raya tahun ni pun barangkali kurang meriah. Along dan Kak Long beraya di Sungai Buloh. Tak dapat cuti. Hurm...

Sakit sungguh perut.... kifarah, alhamdulillah.

Thursday, August 11, 2011

Dapat Kad Raya Nih! Kau Ada?

Tu dia! Kad raya pun nak vouge sekarang nih! Canggih.

HARI ni waktu lunch ke Sunway untuk menemani si Doraemimie membuat pos ekspress di Pejabat Pos. Kebetulan si Skully Kin-Kin nak bayar bil elektrik. Baru saja melangkah ke tinggat bawah pejabat, si manis yang menjaga kaunter memanggil ;

"Kak N, ni Nurul Mardhiah Shamsudin... akak, kan?"

Aku angguk. Dia senyum dan hulurkan sepucuk sampul surat. Aku dah agak isinya, dan bila dibuka ternyata benar, sekeping kad raya yang rasanya sudah lima tahun aku tak terima. Terima kasih Kak Ct! Huhuhu... terima kasih daun keladi. Kalau tak mengenangkan urusan pejabat yang membengalkan dan mencuri habis-habisan masa lapangku ini, teringin juga nak kembali seperti dulu. Berkiriman kad raya. Aku memang suka.

Ucapannya manis ringkas, tapi memang benar, kak. Aku tersenyum lebar sepanjang membaca kad akak. Tahun depan jangan lupa hantar lagi tau!

p/s : Malam ni insyaAllah akan berbuka dengan Kak Ct dan Putri Ikha kesayangan kami tu. ^_^

Wednesday, August 10, 2011

Kelezz Kau, Maria...!

Cantik x? Tapi singkat sikit. Haizz...


Ini memang terbaik! Suka sangat. ;D

HAHAHA... gelak beso dulu sebelum menangis air mata berdarah di kendian hari. Kenapa, kenapakah aku bergelak sakan pada hari yang mulia ni? Kerana... hahaha... kerana... hahaha... kerana... (sewel, dush!) Kerana aku dah beli baju raya! Muhahahahaha! Over kan, noks? Puasa baru jengah hari ke-11, dah heboh beli baju raya.

Al-kisahnya bukan apa. Tau sajalah dengan hambatan kerja yang bukan main sibuknya (mengalahkan PM), bila ada sikit kesempatan tu, aku rembat sajalah. Takut bila tunggu nanti, jadi tak sempat langsung puloks macam tahun lepas. Sudahnya main beli saja yang aku tak berkenan, sebab dah tak banyak pilihan. :( Jadi, kebetulan Doraemimie mengajak ke First Lady di Summit untuk cari baju mengikut warna tema majlis anjuran syarikat, aku apa lagi? Sempat meliarkan biji mata dan memanjangkan tengkuk untuk mengesan baju raya terakhir yang aku bercadang nak beli.

Beberapa bulan yang lalu aku dah beli sehelai jubah warna peach seakan2 pink untuk beraya. Over sungguh. Bukan apa, aku berkenan betul dengan rekaan jubah terbabit menyebabkan aku tak dapat nak menahan hati untuk membelinya. Kebetulan mak di kampung pun dah menempah 2 pasang baju kurung, tapi ampun dan maaf wahai bonda, aku sungguh kurang berkenan dengan coraknya. Malah, si tukang jahit sengal + bebal + menyakitkan hati = aku takkan anto baju kat dia lagi tu, sesuka hati saja menjahit baju kurung aku secara tak semenggah jahitannya dan 1 terlajak kecik, 1 lagi puloks terlajak beso. Macam ni punya orang pun ada. Sakit puloks ati kita nih!

Tapi tak apalah, tahun ni I beraya dengan jubah u ols! Kelezz sangat. Act, aku sangat selesa berjubah. Ianya selesa dan kemas. Perut aku nih bermasalah sikit. Selain membuncit ke depan (hahaha ;p) ia juga selalu kembung dan pedih perut. Jadi kalau pakai baju kurung, aku kurang enak bila kainnya menjerut pinggang + perut. Bila pakai jubah, aku rasa selesa sebab tak perlu pakai kain. ;D Sukalah kesimpulannya.

Jadi misi saya selepas ini, tahun hadapan dan tahun seterusnya, saya akan cari jubah sahaja. Malas dah nak pakai baju kurung. Lagi pun baju kurung dah melambak2 dalam lemari kat kampung. Tak lalu dah nak nengok. Oh, lupa! Di First Lady tempoh hari, aku menyambar sehelai jubah ungu yang sungguh sederhana rekaannya tapi sangat cantik di mata aku. Harganya pun wow! Amat berpatutan. Terbaik dan saiznya menyelesakan. Puas hati!

Selamat berpuasa kawan2... ;)

p/s : Lega sikit balik kampung tahun ni, tak payah bersesak membeli tiket. Balik dengan adikku si Muhammad Mifdhal yang tersayang. ;) 1 lagi, tak ada lagi kes airmata macam raya tahun lepas (rujuk entri Sept 9, 2010, balik malam raya. Esok nak raya, hari ni masih di pejabat T_T) sebab cuti diberi lebih awal. So, aku akan balik kampung pada 25hb 8, malam. Indah! Alhamdulillah.

Tuesday, August 9, 2011

Magik!

Dapat iMac... Uuuu!

JADI gila. Hahaha... Doraemimie telah bertukar menjadi Minami kerana menonton You Tube semasa bekerja di bulan puasa. ;p

p/s : Kepala makin weng-weng akibat tekanan...

Saturday, August 6, 2011

Nak Baby... Boleh Tak?

Dania. Ramai yang cakap dia macam anak aku. Huhuhu... katanya ada iras, terutama tang hidung! ;p

HAIZZ... entri hari ni tersasar sikit dari mood Ramadhan. Aku sedang berada di pejabat, menemani si Doraemimie dan Zulhusmi De'Amour menyiapkan dekorasi banggunan sempena majlis berbuka puasa MIG meraikan anak yatim selasa ni. Jadinya sementara kebosanan menunggu mereka berdua menyudahkan kerja, aku pun berenak-enaklah menelaah mukabuku.

Baru aku sedar yang hampir 80% kawan-kawan sekolah, universiti, akademi dan kerja yang telah pun selamat bernikah dan melahirkan anak. Hurm, nampak sangat aku nih macam dah terlajak. Hahaha! Cemburu sebenarnya (dari sudut baik) apabila melihat mereka begitu bahagia ber2, ber3 dan ada dua, tiga orang kawan yang dah ber4 dan ber5. Tahniah! Produktif sungguh korang. ;D

Aku ni bukan apa, takat kahwin tu... aku boleh tahan lagi (hahaha, bunyi cam hapa! ;p) tapi yang aku dengki sesangat tu, menengok baby-baby deme yang tersangat kiut miut tuh! Nak jugak satu! Argh!!! Di sebalik sikap perengus dan panas baran aku nih, sebenarnya aku sangat suka bebudak. Sebab tu aku penah tabahkan hati kerja sambilan kat taska. Seronok melayan kerenah budak2 nih. Polos. Walaupun kadang2 mereka memang banyak kerenah, menyakitkan hati dan suka melalak, merengek dan buat perangai, tapi mereka juga pandai mengambil hati, comel dan membahagiakan.

Aku sangat teringin sangat nak baby... anak aku sendiri. Bak kata Shahrukh Khan dalam Coffee With Karan ;

"Keputusan untuk melahirkan anak, samalah seperti mengambil keputusan untuk mengeluarkan sebahagian dari hati kita dari badan. Mereka akan jadi dunia dan segala2nya untuk kita kerana mereka adalah sebahagian dari kita..."

Haizz... nak baby nih. Boleh tak?

Wednesday, August 3, 2011

Cerita Cerituk!

Boleh?
(Ehsan google)

PUKUL 1.15 pm. Aku melangkah masuk ke dalam 7-11, terus ke chiller, ambil sebotol 7-up Revive dan kemudian ke rak roti, ambil sebungkus roti pizza dan sebungkus roti ayam mayonis lalu dengan muka tabah ke kaunter bayaran. Di depan aku, seorang lelaki Melayu sedang membayar sekotak besar jus oren. Sampai giliran aku ;

Budak Kaunter : (nada biasa sambil senyum) Eh, awal beli makan berbuka, kak?

Aku : (nada biasa juga dengan senyuman manis) Nak buat macam mana, dah dapat cuti.

Budak Kaunter : Untung jadi perempuan, ada alasan yang kukuh.

Aku : Ya, memang kukuh kalau tu satu alasan. Tapi kita semua ni dah besar, kan? Kalau hidup asyik nak cari alasan, susahlah.

Budak Kaunter : Betullah tu, kak...

Aku bayar, masih senyum dan keluar.

p/s : makan dalam kereta. Parkir kat belakang opis. Bila dah kenyang, eh! Baru ternampak yang aku parkir betul2 depan CCTV. Ops! ;p

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan Yang Singgah...

(Ehsan Google)

TAHUN ni berpuasa agak rasa tak sama dengan tahun lepas. Kenapa ye? Entahlah... hati tak begitu tentang. Banyak perkara yang bersimpang-siur di dalam sanubari. Pilu dan keliru terasa bergayut di tangkai hati. Namun, terima kaseh, Tuhan... sedikit sebanyak keharmonian dan kemurnian Ramadhan banyak menjadi penawar.

Hari ke-2, aku sudah ber'cuti'. Apa boleh buat. Bulan merah. Aku dah jangka pun. Kitaran bulan merah aku jarang tersasar. Alhamdulillah, paling tidak aku dapat menyambut hari pertama berpuasa. Tak banyak perancangan aku untuk Aidilfitri tahun ini. Tak ada apa yang mengujakan melainkan dapat menciumi tangan ayah dan bonda, memohon ampun maaf atas kekhilafan. Itu sahaja. Lain-lainnya... barangkali berjalan seperti biasa-biasa. Tak ada apa yang istimewa.

Entah kenapa jauh di sudut hati, aku seakan dapat merasakan yang impian aku barangkali tidak akan kesampaian... T_T semoga ALLAH SWT memberikan aku ketabahan dan kesabaran untuk menghadapinya.

Rabb... hanya Kau yang mengerti... hanya Kau yang mengetahui.... duhai hati, redhalah... dan berhentilah berharap.....