Tuesday, September 27, 2011

Hobi Baru!

Motif gambo ialah nak menunjukkan betapa sukanya! Hahaha...
(Ehsan Google)

WAH! Wah! Muhahahaha... rupanya aku baru sedar yang kebelakangan ni aku dah mula ada hobi baru iaitu........ mengedit gambo! Hahaha. Edit bodoh2 je. Aku bukan budak grafik pun. Tapi sukalah bila tengok gambo yang biasa2 tu jadi ceria dan berwarna-warni. Huhuhu... gemo!

Kadang2 terasa jugak yang aku ni macam suka buang masa. Tapi leh buat, nilah aku. Yang sukakan perkara yang remeh temeh dan membuang masa. Hahaha! Takpelah. Dalam keadaan kerja yang serba stress dan menekan pala hotak, adalah juga benda lain yang mengalih perhatian untuk aku buat. Kih, kih, kih!

Jadi, silalah nikmati kalu suka! Hasil karyaku... hahaha!




Huhuhu! Gemo! ;D

Monday, September 26, 2011

Penutup Kepada Pemulaan

Aku semasa tahun 1 di akademi...

Aku sekarang sebagai panel skrip. Takde beza pun, kan? ;p

DAH dua tahun lebih aku bergelar graduan. Graduan basi katanya pasal tak konvo-konvo. Sedih pun ada. Tapi apa boleh buat. Tempat aku belajar tu lebih mementingkan nak buat banggunan baru, akuarium, pasang tv gedabak alam kat koridor yang orang tak tengok dan sebagainya daripada menganjurkan majlis konvokesyen buat kami para graduan ni.

Rata2 aku tengok kawan-kawan dah bekerja, berkahwin dan beranak-pinak atau mungkin ada yang dah jadi tanah pun. Masing-masing dah teruskan hidup. Ada yang sukses dalam kerjaya, ada yang sukses dalam rumahtangga. Aku sendiri, alhamdulillah. Walaupun berada di lapangan yang kurang menyelesakan atmosferanya, tapi tak apalah. Masih ada rezeki buat menyambung kehidupan. Tiba-tiba saja dalam keheningan ni, aku dikejutkan dengan khabar-khabar angin yang mengatakan kami bakal berkonvo Oktober ini. Wah! Wah!

Kawan-kawan, sila jangan percayakan khabar angin. Bukan sekali kita dipermainkan begitu saja oleh berita konvo nih!

Tapi rupa2nya sudah saheh. Bonda menelefon dari kampung. Memberitahu surat konvo aku sudah sampai. Wah! Wah! Tak sangka, sempat juga aku berkonvo dalam hayat ni. Ingatkan esok lusa bila aku dah jadi tanah, baru deme akan panggil. Masa tu tak tahulah siapa yang akan naik jadi wakil aku mengambil diploma tu. Alhamdulillah, jadi juga berkonvo rupanya. Aku lega bukan untuk diri sendiri. Tapi aku lega untuk mak dan ayah. Mereka adalah satu2nya manusia di atas muka bumi ini yang paling dan amat-amat teringin nak tengok anak perempuan tunggal mereka ni pakai jubah konvokesyen dan pegang segulung diploma. Sentimental yang indah macam tu, ko takkan dapat beli kat tempat lain. Tulah mak dan ayah. Diorang akan percaya yang diorang dah berjaya membesarkan seorang aku. Seriusnya, kalau mak dan ayah tutup mata sebelum tengok aku konvo, sampai mati aku akan berdendam dengan akademi! Tapi sekarang alhamdulillah. Hasrat mak dan ayah bakal tercapai. Aku amat bersyukur.

15 Mei 2005 adalah tarikh di mana aku mendaftar masuk ke akademi. Selain dari pihak pengurusan yang amat2 dahsyat, lain-lain hal di akademi sangat menyegar dan mengujakan. Aku berpeluang mempelajari hampir semua aspek dah jenis penulisan. Ada yang lemah, ada yang kuat dan ada yang sederhana saja. Kemahiran aku menulis masih tumpul. Masuk ke akademi hanya dipandu dengan rasa minat yang bersungguh. Aku bersyukur kerana diberikan peluang mengasah bakat dan mengumpul ilmu tulis dengan sebanyak adanya.

12 Jun 2009 ialah tarikh bersejarah di mana aku melalui proses PeTA dengan jayanya. Syukur, alhamdulillah. Dengan dorongan seorang insan yang mungkin tanpa beliau sedari, beliau amat memaknakan dunia penulisan di dalam diri aku dan sungguh, beliau banyak berjasa untuk aku. Aku melalui proses PeTA dengan amat perit. Terasa hilang arah tanpa bimbingan dan sokongan. Yang ada cuma adik kecilku si Mimie dan bantuan dari buku-buku yang menimbun di rak. Semasa duduk di kerusi tunggal demi untuk menyelesaikan proses viva, aku jadi kelu. Aku amat gemuruh. Bimbang kalau-kalau naskah kuning yang aku canai dengan sepenuh jiwa rasa ini masih amat mentah dan hijau. Masih belum melayakkan aku bergelar penulis... novelis yang tepatnya. Lidah aku mengeras. Tak tahu macam mana nak memulakan. Akhirnya aku memandang ke arah beliau. Dan sambil tersenyum memejam mata, beliau menganggukkan kepala. Aku terasa diberikan kekuatan. Alhamdulillah. Viva berlalu dengan baik walaupun prestasi aku kurang mantap.

Aku tak tahu adakah 15 Oktober 2011 ini akan menjadi tarikh penutup buat aku di akademi atau tidak. Rekod konvokesyen yang lalu amat menakutkan aku apabila pihak akademi sesuka hati sesedap rasa menangguhkan majlis selama sehari menyebabkan semua orang jadi kucar-kacir. Antara paling sedih sahabatku. Suaminya hanya bercuti sehari dan akhirnya tak dapat tengok si isteri konvo. Aduhai. Harap itu tak berlaku lagi kali ini. Kasihan ayahku yang bercuti dan datang jauh dari Terengganu.

Aku amat berharap semuanya akan berlalu dengan baik. Semua orang perlukan penutup dalam hidup ni. Konvokesyen ini adalah penutup untuk aku di akademi. InsyaAllah... amin.










*Moment2 di Akademi. :'-)

Tuesday, September 20, 2011

Perkara Yg Tak Munasabah!

Masuk akal tak?

PERKARA yang cukup tak munasabah dan tak masuk akal telah berlaku pada aku beberapa hari yang lepas. Act, benda ni kecik je dan tak logik pun untuk aku kecoh2 kat sini. Tapi aku rasa geram dan nak marah bila difikir-fikirkan balik. Baru2 ni aku ke Perak lagi. Menghabiskan cuti bersama Si Bulat. Sambil2 tu aku berayalah ke rumah bakal mentua (ahaks!). Geram menengok keletah anak2 buah Si Bulat, Amina dan Damia.

Tapi apa yang aku nak cerita di sini ialah, semasa aku berjalan lagi ke sebuah tempat di negeri Darul Ridzuan ni (nama tempat dirahsiakan, bukan Kuala Kangsar, Ipoh @ Taiping), aku dan Si Bulat menyinggah la makan di medan selera S** M*****G. Dahlah makannya tak sedap dan tak banyak pilihan (sabo jelah aku nih), tiba2 aku terasa nak terkencing. Kebetulan aku dah habis makan. Aku pun apa lagi, memecut la cari tandas. Baru je aku nak keluarkan syiling, aku ternampak papan tanda yang memberitahu bahawa bayaran masuk tandas adalah sebanyak RM 0.50!!! Gila weh! Tahap tandas 50 sen ni kat CM je. Tu berbaloi la. Tandas cantik dan bersih. Ni apa? Ada emas ke apa kat dalam tu???

Kalau tak mengenangkan tahap nak kencing aku nih dan tinggal hujung2, memang tak hingin aku nak masuk. Rela lagi aku ajak Si Bulat cari stesen minyak. Kebetulan aku ada nampak 1 tak jauh dari situ. Malangnya aku memang dah tak tahan. Dengan muka kelat, aku taruk 50 sen di kaunter dan melangkah masuk. Aduh! Duh! Duh! Duh! Dahsyatnya tandas! Ada 4 pintu tapi 2 je yang boleh pakai. Dahlah tu, tak boleh kunci pulak!!!!!! Gampang betul!!!!!!!!!! Majlis perbandaran tak buat pantauan ke? Gila macam ni. Tak munasabah langsung. Toilet gila sial, buruk, busuk pulak tu tapi kau cas masuk sampai 50 sen. Ko makan apa untuk sarapan? Gila?

Serius aku memang emo. Spoil langsung mood aku untuk hari tu. Serius aku cakap, toilet tahap tu, cas 30 sen pun tak munasabah! Isy, rasa nak bako aje! >:(


Boleh?

Hah, layak ke 50 sen?

Dahlah 2 pintu je yang boleh pakai, banyak cekadak pulak!

Tak boleh kunci! #$%@^ betul!

Mesej 'ikhlas' dari penjaga tandas.

Monday, September 12, 2011

Rompakan Masa Senggang

Tu dia! Skrip drama remaja pertama aku! ^_~ wink! (Gambar ehsan Astro Ceria)

KALI pertama nak up-date + promote produk sendiri. Huhuhu... sesaje je tak nak bagi laman blog ni bersawang. Taraa! Inilah drama yang sedang merompak habis-habisan masa lapangku. Kali ini bakal kembali untuk musim ke-2. Adik2 sila bagi sokongan ye?!

Sunday, September 4, 2011

Hikayat Kau Dan Aku


Kau lafazkan syair kata
Lalu aku simpul mati janji kita

Kau impikan bina mahligai berdua
Lalu aku hiaskan pagar taman bahagia

Kau maharkan kristal cinta
Lalu aku anyam selaksa setia

Andai di penghujung nyawa
Kita masih di istana syurga kasih bertakhta
Di situlah bakal terbentang ceritera agung selaut rasa...