Thursday, June 23, 2011

Sakit Lagi... Sakit Lagi...!


SAKIT itu adalah kifarah yang menghapuskan dosa-dosa kecil. Aku sedar tu... aku sepatutnya bersyukur apabila dikurniakan badan yang lemah begini. Dosa yang bertimbun sedikit sebanyak dapat terhapus andai aku benar-benar syukur dan redha apabila disapa sakit. Tapi sebagai manusia biasa yang memang sering terlalai lupa, aku ini jadi sedih dan kecewa apabila tak putus asyik sakit-sakit. :(

Selain masalah sinus (yang menyebabkan aku teramat2 alah terhadap habuk, bulu kucing, debu, sesetengah minyak wangi, cili dll), badan aku juga lemah. Selalu demam, sakit kepala, pening, sakit gigi dan sakit2 badan. Urat saraf dan tulang-temulang asyik sakit dan lenguh2 (padahal aku baru berusia 24 tahun, 7 bulan). Nak kata aku ni malas bersenam. Setiap hari dah berkilometer aku berjalan kaki. Walaupun aku gemuk, tapi aku agak cergas berjalan kaki sebenarnya. Naik turun tangga lagi. Kadang-kadang berenang (rumah I ada swimming pool oke! ;p).

Seseorang pernah cakap (act, selalu cakap dan masih cakap), semua sakit2 tu sebenarnya mainan minda aku. Aku sebenarnya tak sakit pun. Tapi manja dan mengada-ngada sangat. Hurm... kadang2 aku rasa cemburu pada dia. Dia memang amat jarang sakit, jadinya aku fikir dia tak rasa apa yang aku rasa. Memang sangat mudah menilai bila kita tak duduk kat tempat orang tu. Tak apalah, barangkali kalau esok lusa dia merasa apa yang aku rasa, aku harap benda pertama yang dia akan fikir ialah ;

"Agaknya inilah apa yang N rasa..."

Dia cakap, jangan manjakan diri sangat. Kalau sakit, tak payah pergi klinik dan makan ubat. Buat macam biasa saja. Nanti lama-lama hilanglah sakit tu. Hurm.... bagusnya kalau kau betul2 tanggung apa yang aku rasa. Aku bermasalah sinus dan gastrik sejak aku berusia 10 tahun. Aku mula pakai cermin mata pun sejak 10 tahun dan mula gemuk sejak 12 tahun. Aku mewarisi banyak penyakit dari mak dan ayah termasuk darah rendah (yang selalu menyebabkan aku pening) dan gastrik (yang menyebabkan aku selalu terguling-guling menahan sakit, kena cucuk untuk keluarkan angin dan muntah). Masalah sinus aku menyebabkan aku selalu demam dan sakit kepala selain batuk dan selesema yang tak berkesudahan. Begitu juga masalah tonsil. Doktor pun dah banyak kali membebel. Katanya lagi tak buang tonsil yang membengkak tu, aku akan selalu demam. Itulah kerja doktor! Asyik nak membelah!

Baru-baru ni aku diserang sakit gigi (wisdom teeth) yang menyebabkan gusi bernanah, bengkak dan menggilakan sakitnya. Dua hari lepas pula, aku mc dua hari sebab gastrik datang menyerang. Doktor tak bagi aku makan nasi dan sebarang lauk pauk, kena makan bubur, biskut dan susu sahaja selain dari makan setiap 3 jam, 4 jenis ubat-ubatan yang bernilai 50RM serta satu suntikan. Haizz...

Aku memang sakit sikit2 saja. Tak ada sakit kanser pun. Ataupun 1001 penyakit maut yang lain. Tak... aku cuma ada masalah sinus, tonsil, gastrik, sakit gigi, tekanan darah rendah dan sakit-sakit tulang saja. Tak ada yang serius sangat pun. Tapi kalau berselang hari asyik mc sampai bos pun dah naik rungsing... hurm....... mungkin aku memang hanya lebih sesuai bekerja sendiri. Buat freelance. Susah nak bagi komitmen pada kerja dengan keadaan begini. Tapi buat masa ni, tak ada sesiapa yang menyokong untuk aku buat freelance. Haizz......

Ya, Rabb... sembuhkanlah... sihatkanlah hambamu ini... Amin!

3 comments:

  1. seriussssss la tuh N...sepak kang (tambah 1 lagi ckit)

    ReplyDelete
  2. Anne kena byk makan vitamin C ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Kak Ct,
    Sampai hatimu...
    sob! sob!

    Kak Nad,
    N rasa pun camtu, kak.
    :)

    ReplyDelete