Tuesday, April 26, 2011

Hutang Dengan Tuhan


ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur dengan sebenar-benar syukur pada hari ini. ;D Hutangku terhadap YANG ESA telah berjaya dilunasi dengan jayanya selepas menangguh selama bertahun! Kejadian ini berlaku semasa aku masih menuntut di akademi. Masa cuti semester tahun 1 sem 2 kalau tak silap aku. Aku balik kampung dan menderitai sejenis penyakit misteri. :'(

Seluruh tubuh kecuali muka sahaja telah ditumbuhi biji-biji merah yang berair dan amat gatal serta pedih. Aduh! Ngeri sungguh bila diingatkan kembali. Aku sampai tak boleh pakai baju langsung. Perit. Tutup badan pun dengan kain batik lepas saja. Mulanya kami (mak ayah dan aku) ke klinik kerajaan. Doktor kata alergik. Habis semua ubat, usahkan kurang... makin bertambah sakitnya! Kami gigihkan hati ke klinik swasta. Beratus ringgit melayang terbang, sakit aku tak berkurang juga.

Akhirnya mak saudara aku (yang aku panggil 'Teh') mencadangkan supaya kami usahakan berubat secara tradisi kerana dia syak aku kena ludah dek hantu. Hahaha... macam2! Tapi dengan tawakal, kami jengah juga rumah orang tua yang berubat tu. Aku berkenan dengan cara pengubatannya kerana untuk pesakit perempuan, isterinya yang akan mengubat dengan tunjuk ajar beliau. Beliau meminta aku menyediakan limau purut, bedak sejuk dan sejenis daun yang aku dah lupa namanya. Selepas berkumat-kamit membaca sesuatu dan menghembuskan pada barang-barang yang tersedia, beliau memesan supaya aku mandi dengan air yang bercampur limau dan daun sebanyak dua kali sehari. Selepas mandi pula, aku menyapukan seluruh tubuh dengan bedak sejuk secara bersilang tangan (semasa menyapu (bersilang tangan = tangan membentuk huruf 'X')). Semasa mandi dan menyapu bedak, dia memesan lagi supaya aku mengulang baca sepotong ayat dari surah Al-Fatihah iaitu ;

5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Alhamdulillah. Baru kali pertama mandi, gatal dan pedih secara majisnya (dengan izin ALLAH SWT) hilang serta merta. Cuma biji-biji air tu masih penuh seluruh badan. Selepas mengamalkan selama seminggu, alhamdulillah. Biji-biji air mula surut dan menghilang. Cuma di bahagian tangan saja yang berparut kerana aku garu akibat terlalu gatal. Semasa inilah aku bernazar, kiranya sembuh sakitku, aku akan berpuasa selama 7 hari.

Adat manusia yang penuh dengan kealpaan. Baru seminggu lepas aku berhasil melunasi hutang nazarku. Semalam adalah hari ke-7 berpuasa. Ertinya hari yang terakhir. Syukur. Hati dan dada terasa lapang sungguh! Tuhan, Kau Maha Pengasih sesungguhnya. Terima kasih, Ya ALLAH... aku merasa sungguh gembira hari ini!

Monday, April 25, 2011

Kehilangan Yang Misteri???

Harta karun yang hilang... sob... sob! T_T

AKU pelik betul! Baru-baru ni aku telah berjaya membeli sebuah rak buku baru (setelah yang lama bersarang di rumah En. Muhamad Shamzie Shamsudin (along) selepas dia tolong aku pindah rumah 2 tahun lepas). Rak buku ini lebih gah, lebih hebat dan lebih besar dari yang sebelumnya. Hahaha (gelak bongkak)! Harganya pun dua kali ganda lebih mahal (kopak T_T)! Setelah aku melakukan acara susun menyusun mengikut sistem yang aku tetapkan... terkejut tahap gabanlah aku apabila mendapati LIMA (5) buah novel koleksi RAM aku telah HILANG!!!

Marahnya! Bayangkan... lima buah novel hilang sekaligus. Sebuah buku bernilai RM 19.90. Didarabkan dengan lima (mari belajar matematik ye, kawan2) = RM 99.50! Aduh! Itu takpe lagi. Setiap buku yang aku beli, ada kenangan masing2. Itu yang buat aku sedih sangat bila buku aku hilang tu.

Aku bukan apa. Aku rasa pelik sangat. Buku ni semua tersimpan dalam kotak bawah katil dalam bilik aku sebelum ni. Memang aku pasti, kali terakhir aku periksa dalam beberapa minggu sebelum aku beli rak buku baru tu, semuanya lengkap ada. Bila disusun, nah! Lima buah lesap. Sedihnya. Antara yang hilang : SEMANGAT HUTAN, TOMBIRUO TERAKHIR, UNGU KARMILA, MIKHAIL dan yang paling aku sayang (sebab buku pertama RAM yang aku baca dan beli T_T) RANGGAU.

Aku sungguh diselimuti rasa misteri. Macam buku ni boleh lenyap tanpa dapat dikesan? Bilik aku yang sekangkang kera tu dah berkali-kali aku selongkar. Memang tak ada! Sedangkan setiap kali aku tinggalkan rumah, aku tak pernah lalai untuk mengunci pintu bilik. Bilik aku memang Zon Larangan Masuk! Uhuk... sedih sungguh rasa hati.

Macam mana aku nak buat untuk mengesan kehilangan yang misteri ni...? Kawan-kawan ada cadangan???

Tuesday, April 19, 2011

Hampa


RAMLEE AWANG MURSHID adalah seorang penulis kategori popular yang satu-satunya sangat aku minati bermula dari zaman aku sekolah menengah. Novel pertama tulisan beliau yang aku khatam adalah RANGGAU. Aku sangat suka plot dan gaya penceritaan dalam novel ini. Bermula dari Ranggau, aku mula menjadi peminat setia RAM. Gaya psiko-thriller + islami + budaya latar dan masyarakat + ilmiah = sangat berinformasi + mengujakan + merangsang imaginasi!

Aku telah memiliki kesemua novel tulisan RAM kecuali Igauan Maut (novel pertama beliau). Aku dah tak tahu di mana aku boleh mendapatkan novel ini. Tapi untungnya, aku sempat khatami novel ini semasa menuntut di akademi dulu. Pinjam dari perpustakaan (menyesal aku tak curik je). Huhuhu...

Malangnya...... (kita dah sampai ke point utama aku menulis entri ini). Amat hampa aku rasakan kerana aku sangat kecewa dengan koleksi trilogi terbaharu RAM yang telah menjadi 'pentalogi' kerana RAM sudah menterjemahkan perjalanan Laksamana Sunan ke dalam 5 buah novel! Bermula dengan Bagaikan Puteri, seterusnya Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan yang paling muktahir sekali yang bakal dijual di Pesta Buku kelak adalah Sutera Bidadari. Aku sangat kecewa... aku tak nafikan pentalogi ini telah menjadi satu fenomena di kalangan peminat RAM. Tapi bukan aku! Aku hampa.

Ranggau, Trilogi Tombiruo (Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir), Mandatori (paling aku suka), Rahsia Perindu, Ungu Karmila dan Hatiku Di Harajuku adalah koleksi RAM yang sungguh merangsang inderia. Aku sangat teruja dan sangat puas membaca kesemua naskah ini. Aku terangsang untuk membaca hingga ke titik akhir sehingga sanggup membaca satu hari suntuk! (rekod terbaik : Rahsia Perindu = khatam dalam masa 8 jam) Lain2 karya beliau pada aku masih terbaik tapi belum sepenuhnya mantap. Tapi sungguh! Pentalogi Bagaikan Puteri adalah sangat mengecewakan!

Aku rasa (tebakan sendiri) RAM terlalu terbuai dengan fenomena Bagaikan Puteri sehingga beliau begitu terangsang untuk menyambung tulis sehingga ke 5 buah buku. Padahal kisah Bagaikan Puteri sangat biasa dan sudah banyak kita lihat di kaca tv. Lebih dari tu, kisah cinta, dunia kegelapan (sihir, iblis dll) dan sufi apabila digabungkan, ia mungkin kelihatan epik (sementelah latar masanya adalah kurun ke 15) namun sebenarnya jika diperhalusi, ia menimbulkan mood mendatar dan klise. Aku bosan dan hampa! Jujurnya antara keempat-empat novel ini (yang kelima masih belum di pasaran), aku hanya menikmati novel kedua iaitu Cinta Sang Ratu. Di sini banyak permainan emosi yang meruntun jiwa dan mampu diterima akal. Tapi yang lain2.... hampa! Secara tak sengaja juga, aku 'termembandingkan' (boleh???) pentalogi Bagaikan Puteri ini dengan karya Faisal Tehrani, 1515, 1511H (kombat) dan Manikam Kalbu misalnya. Juga membandingkan dengan cerpen underground beliau, Pengkhianat dan Nafas Terakhir Albuquerque. Hahaha... Tak adil sebenarnya. Tapi apa boleh buat. Aku tak sengaja!

Rayyan Fantasi juga antara buah tangan RAM yang menghampakan aku. Sementelah aku memang menolak kepercayaan terhadap kewujudan makhluk asing! Ini banyak mempengaruhi aku untuk tidak menyukai Rayyan Fantasi. Aduh! Aku suka RAM kerana karyanya berbeza dari novel popular yang lainnya. Tak kiralah dari segi genre, plot dan gaya tulisan. Tapi lewat kebelakangan ni aku makin berputus asa untuk terus menyokong RAM. Karyanya semakin tersasar dan tidak kena dengan selera aku. Tak macam dulu! Aku harap RAM akan kembali kepada genre utamanya yang mampu merangsang dan mengujakan segala deria.

Atau aku memang akan terus berhenti dari membeli dan membaca novel pop!

Monday, April 18, 2011

Cinta Terakhir Untuk Kali Pertama


INI adalah lirik yang aku tulis untuk sebuah lagu hasil ciptaan teman sepejabat (MIG Sound) yang bernama Khairul Airani. Kredit untuk beliau kerana telah berjaya merealitikan sebuah gita yang sungguh membuai rasa. Tapi aku tak boleh nak letak lagu tu di sini kerana ia adalah hak cipta terpelihara MIG. Lagu ini adalah OST filem 'Sekali Lagi'. Selepas filem ini menjengah pawagam, barulah lagu ini boleh diperdengarkan kepada khalayak. Lirik ini aku tuliskan khas buat Budak Bulat! Saya sayang awak (gediks)!

Beralun tinta... tersusun nada
Malamku bercahaya
Tujuh petala langit cinta
Menyihir pancaindra...

Hadir dirimu... di kala duka
Kau sentuhi nyaliku
Petikan gita indraloka
Wirama kasih kita

Fahamilah... dengarkanlah!
Hanya dirimu yang bertakhta
Ku ingin kau mengerti
Terusir sepi... terukir seri
Mekar di hati!
Cinta terakhir kali
Jadi yang pertama 'tuk selama-lama
Hingga akhir masa...

Walau kau bukan yang pertamanya
Namun aku ingin kau
Jadi terakhir kali ini
Abadi kau di qalbi...!

Thursday, April 14, 2011

Yang Datang... Dan Pergi

Aku sedang mengingini musim luruh...

SEDANG dijangkiti wabak kesialan... T_T Aku mungkin adalah seorang manusia yang ego, degil, terburu2, panas baran, kepala angin... tapi apa yang aku fahami hari ini adalah aku juga manusia yang cepat bosan dan menyampah.

Sejak semalam, aku berfikir kembali tentang banyak perkara. Macam2 benda yang ada dalam kepala aku ni. Aku sedar, sebagai seorang manusia yang ada mak bapak, kesayangan (budak bulat) dan juga kawan2, aku tak boleh terlalu tamak nak ikut kepala hati sendiri. Tapi kadang-kadang bila aku berpatah dan tengok balik kehidupan aku hari ni, aku menyedari yang aku terlalu terikat dengan kehendak orang dan bukannya kehendak sendiri. Aku macam nak maki diri sendiri ;

"Bodohlah ko ni, N! Duk fikir pasal semua orang buat apa? Duk ikut kehendak semua orang nak buat apa?? Kenapa tak nak tanya hati sendiri??? Kenapa tak nak turut kemahuan diri????"

Kita takkan selama-lamanya boleh hidup tanpa orang lain dalam dunia ni. Kalau tetiba aku sakit, terlantar... dah sah2 perlukan orang untuk jaga aku. Tu belum cerita kalau aku mati, masih perlukan orang untuk uruskan jenazah aku. Aku sedar semua tu. Tapi sejak aku menjengah usia 25 tahun ni... aku banyak mengenang. Kalau aku mati tahun depan, bulan depan, minggu depan, esok ataupun sekejap lagi... sedihnya arwah aku kerana mati sebelum capai apa yang aku nak dalam hidup.

Aku tak tahu apa 'penyakit' aku sebenarnya. Aku tak seronok nak memikirkan masa depan. Aku tak pernah sukakan duit. Aku tak nak hidup senang (tapi tak nak juga hidup susah). Mak aku pernah keluarkan kenyataan berbunyi ;

"Antara anak-anak mak... mak tengok angah nilah yang paling daif!"

Baju, seluar, tudung, selipar, jarang bertukar. Aku tak ralat membeli jeans bundle yang berharga RM 5 sehelai. Aku tak kesah pakai t-shirt yang harganya RM 10. Tudung pun RM 5 saja. Selipar kasut pun beli jualan gudang. Kerja sampai ke tengah malam, sabtu ahad tapi gaji tak mampu lagi nak pakai kereta. Hp pun biasa saja. Tak ada 'beri hitam' (tak pernah teringin pun nak beli). Kalau korang nak tahu 90% gaji aku dihabiskan untuk makan dan tambang perjalanan pergi balik kerja. Lagi 10% adalah untuk bil2 semasa. Simpanan pun tak ada. Bunyinya macam teruk sangat. Gampang pun ye. Tapi aku tak rasa ralat pun. Tak rasa hidup aku ni daif sangat pun. Aku cuma terkilan tentang hal yang lain. Hal pemahaman orang-orang yang terapat dengan aku.

Aku tak pernah bercita-cita setinggi langit. Mahu jadi ketua. Mahu jadi orang penting. Mahu gaji besar, mahu kereta besar, mahu rumah besar, mahu suami kaya. Tu semua tak pernah ada dalam senarai aku. Aku cuma mahu kehidupan yang sederhana. Bekerja sendiri. Menulis... menulis... menulis... kemudian menulis, akhirnya menulis dan terus menulis lagi! Itu saja kehendak aku. Aku nak berjalan. Aku nak menengok dunia. Aku cuma mahu kewangan aku mencukupi sekadarnya. Berlebih sedikit untuk berbelanja seadaanya dan jika terlibat dengan hal-hal kecemasan yang memerlukan wang. Alhamdulillah... aku cukup bersyukur. Adakah aku sebenarnya sedang 'sakit' tenat kerana tak pernah ingin untuk memperbaguskan kehidupan sehingga ke tahap maksima???

Aku menulis entri ini dengan perasaan yang cukup berat... inilah perasaan yang rajin singgah di nyali lewat kedewasaan ini. Perasaan yang kerap datang dan pergi... hmm....

Tuesday, April 12, 2011

Bersikap Seperti Landak

VS

Masih dalam pertelingkahan... pasal mak bersungguh2 menentang pembelian motor. T_T

HARI ni sangat seronok! Aku melepaskan gian nak merempit dengan modenas usang milik si Muhaimin. Hahahaha... kebetulan si Doraemimie nak melunaskan bil 'beri hitam'nya di Sunway. Jadi kami memelas ehsan si Muhaimin untuk meminjamkan kami motornya. Aku bawa Mimie dengan lesen 'L'! Sikap... (sila jangan contohi sikap yang kurang mulia ini)

Aku merempit semahunya. Si Mimie pula seperti biasa, setiap kali aku memecut dan menyelit, dia akan menjerit seronok. Sesekali bila kami terhimpit antara bas dan lori, barulah dia akan memeluk aku kuat2 dan menjerit lagi. Hahaha... seronok! Alhamdulillah, merempit di lebuhraya yang sibuk dan menggila berjaya dilalui dengan selamat. Syukur pada-Mu, Ya-ALLAH!

Aku jadi terkenang semasa dalam pelajaran memandu bersama cikgu Azlan (untuk memastikan aku cepat mengusahakan lesen 'P' dengan cepat dan jayanya!) pada hari sabtu yang lalu. Cikgu Lan telah memaksa aku memandu kereta di jalanraya sebenar selepas beberapa hari belajar di dalam litar. Aku takut sungguh. Menggigil dan berpeluh. Jalan di Kg M**a*u S***ng tu pulak, aduhai! Airmata. Jalan rosak, naik turun bukit, bersimpang siur dan sibuk kemain dengan lori dan bas! Cukup pakej. Aku cuak tahap gaban. Pertama kali memandu di jalanraya, menahan kencing saja aku dibuatnya.

Aku syak, orang2 dikawasan sini sudah menyampah benar dengan pemandu 'L' yang baru nak belajar ni. Langsung tak ada simpati untuk aku dari mereka. Kadang-kadang sempat aku mendamprat di dalam hati. Sakit hati sungguh! Beberapa kali aku nyaris kemalangan kerana sikap mereka yang memandu macam aku ni dah sepuluh tahun berlumba di F1! Laju kemain. Zup... sana! Zas... sini! Nasib baik di penghujung hari semuanya berjalan dengan baik. Aku dan Cikgu Lan berjaya kembali ke pangkalan tanpa kecederaan. Hahaha... Alhamdulillah!

Si Eei yang baik hati pun sudi mengajar aku dengan menggunakan Viva silvernya (yang bernama 'Cinta'). Kami pusing-pusing sekitar kawasan pejabat sambil-sambil menunggu Mimie dileter boss. Aku cuak sungguh. Kancil berbeza dari Viva. Tapi aku kena gigih sebab masa ujian dengan JPJ nanti kami akan menggunakan Viva. Kena biasakan diri dari sekarang! Berusahalah, N! Paling lucu semasa editor MIG Sound yang bernama Pa'an mengusik aku yang sedang cemas memandu, enjin Cinta terus mati. Malunya!!!!!! Pa'an jahat!

Kawan-kawan sila doakan aku cepat berjaya! Terima kaseh... aku sayang korang semua! ^_^

Monday, April 11, 2011

Kifarah... Alhamdulillah!

Ia dipanggil 'Wisdom Teeth'... aduh, tak sanggup! T_T

AKU telah mengalami kesakitan kedua terdahsyat selepas melahirkan anak iaitu 'SAKIT GIGI'. Sedihnya... amat menderita aku ini sejak seminggu yang lalu. Sebenarnya kesakitan gigi ini telah berlarutan selama tiga tahun lamanya. Aduhai sakitnya... tapi setiap kali aku dibekalkan dengan antibiotik, kesakitan ini akan sembuh untuk sementara waktu. Selama tiga tahun ini, aku telah mengalami sakit gigi ini sebanyak tiga kali. Ertinya ini adalah kali yang ke-3 dan pada kali yang ke-3 inilah kesakitannya benar-benar membunuh!

Aku memanjat tangga-tangga ke klinik gigi dengan tekad penuh untuk melakukan pembedahan minor yang akan menghilangkan sakit gigiku ini untuk selamanya. Malangnya, selepas 3 tahun, gigiku sudah semakin kronik dan kos pembedahannya meningkat kepada RM 400 lebih (anggaran paling minima) + RM 100 untuk kos x-ray = RM 500 lebih. Meninggal!

Ceritanya mudah sahaja. Gigiku yang paling bongsu, yang sepatutnya tumbuh pada tiga tahun yang lalu telah terbantut kerana ia tumbuh di bawah gigi yang sedia ada. Oleh kerana ia tumbuh pula terkeluar dari soket gusi, jadinya hukuman untuk gigi yang tak berdosa ini (tetapi telah memberikan aku kesakitan yang amat dahsyat) ialah dibedah dan dibuang! Tapi kosnya membunuh!

Aku sebenarnya amat bersyukur setiap kali aku sakit. Aku merasa dirahmati kerana ia adalah kifarah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilku. Alhamdulillah... betapa pengasihnya ALLAH... tapi kali ini aku hampir tewas. Amat derita... amat sakit. Sakitnya sehingga aku hampir menoreh pipiku sendiri untuk mengeluarkan gigi tersebut. Aduh! Untuk pertama kali aku menangis teresak-esak sebab menanggung sakit yang amat.

Di kala kesakitan mula mereda, aku berjaya memujuk hati sendiri. Ini kifarah, N... sabarlah. Bersyukurlah. Aku jadi sedar diri... duhai RABB yang sarat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.... aku bersyukur. Alhamdulillah...

p/s : Kak Shai, saya jadi faham derita akak yang sentiasa diziarahi sakit telinga. T_T

Sunday, April 3, 2011

Menjadi Ketua Untuk 2 Hari


UNTUK makluman semua, si comel Doraemimie adalah HOD atau panjangnya Head Of Department bagi panel skrip di MIG. Setelah berbulan2 gagal bercuti, si Mimie akhirnya berjaya juga mendapat cuti sebanyak dua hari iaitu pada hari jumaat yang lalu dan isnin hari ini dan berlayar pulang ke kampung halamannya di Tanah Serendah Sekebun Bunga. Hahaha... Ini bererti telah empat hari aku tak bersua dengan dia. Uhuks! Bertapa seorang diri di rumah... T_T

Hal ini telah menyebabkan aku ganti menyandang jawatan beliau sebagai HOD selama dua hari. Fuh! Berpeluh2... amat susah menjadi ketua ye, kawan2! Selama dua hari inilah aku baru memahami keletihan dan kesusahan Mimie selama ini. Huhu... kebetulan jumaat adalah hari mesyuarat untuk HOD. Aduhai, masuk mesyuarat, menguruskan kerja anak-anak buah, kerja yang ditinggalkan 'mak buah' dan kerja2 sendiri amat memeningkan aku. Anak2 buah kejap bertanya,

"Timbalan Mak Buah, macam mana dengan dubbing Zoo?" - Ikyn'z

"Kak N (memang jenis yang tak kesah), fail casting saya dah siapkan. Tadi si polan tanya itu ini, boleh ke saya jawab soalan tu?" - Bai

"Assist Mak Buah, Zarina sibuk. Tak dapat shooting dengan kita. Madam suruh saya call Seha. Boleh?" - Syirazi

"TMB (ketawa sebab dia rasa ini lucu), dah siram baby Jeremy, Wangi, Manja, Kenzo dan Cambeyl (semua ni adalah nama pokok peliharaan kami)?" - Salmonella

Aduh, kepala dah berpusing-pusing. Sekejap lagi telefon berdering ;

"Treatment skrip baru yang kita bincang hari tu kami dah email. Sila semak!"

Seketika kemudian aku terpandang sticky note yang bersepah tertampal di depanku, terpampang hal Ana Lu'Lu yang masih dalam proses tukangan. Hahaha.... dalam masa dua hari sahaja kerja-kerjaku jadi menimbun.

Cik Mimie, saya faham perasaan anda sekarang!

p/s : Masih sempat lagi mereka-semula blog dan menulis entri ini. Apakah?