Monday, June 6, 2011

Peristiwa Di Bulan Jun

Gambo pertama yang kami ambil selepas bersama. Huhuhu!

BANYAK perkara yang indah-indah dan pernah menjadi indah dalam hidup aku ni telah berlaku pada bulan Jun. Tak terkecuali juga perkara-perkara yang amat menghiris dan memilukan hati. Jun adalah bulan peristiwa untuk seorang aku.

Aku tak nak cerita tentang perkara-perkara yang pernah menjadi indah dan kemudian menghiris hati tu. Aku cuma nak cerita tentang perkara yang indah-indah dan masih menjadi indah. Mungkin untuk sesetengah orang, aku ni dah jadi 'minah bunga' sejak kebelakangan ni. Dek kerana hati pun sedang berbunga-bunga ditambah pula tak banyak perkara lain yang berputar dalam mandala hidup kebelakangan ni. Jadinya, ber'rap romantika' sajalah aku ini.

Pada tanggal Jun 5'2010 yang lalu, aku buat pertama kalinya berkenal-suai dengan Budak Bulat. Aku ucapkan terima kasih kepada bakal abang iparku (ahaks!) En. Ron Izmir kerana telah bertanggungjawab memperkenalkan aku dengan adiknya yang bulat tu. Hahahaha...

Apa yang boleh aku katakan tentang Si Bulat? Dia memang kasar dan selamba. Tapi betah amat berterus-terang. Agak suka memaksa tapi aku suka. Hahaha... kadang-kadang boleh jadi romantis dan membuai rasa juga. Mungkin kerana itulah hati terpaut suka. Ahaks! (miang betul... malu rasanya). Kadang-kadang aku kasihan pada Bulat. Aku ini amat suka merajuk, membebel dan melenting. Apa sajalah. Tapi dia sabar saja melayan kerenah aku.

Dalam berbaur antara sedar dan tidak, perkenalan kita telah mencecah usia setahun, cinta hatiku Si Bulat. Sebulan lagi kita akan meraikan ulangtahun yang pertama. Sebulan saja dia mengambil masa untuk memikat aku sejak hari pertama kali berkenal. Sikapnya yang berterus terang menyebabkan aku tak mampu berkata tidak.

Setahun sudah, kita berkongsi senang susah... akan terus kukira detik yang ditentukan RABB buat kita untuk menjadi yang halal... amin!

3 comments:

  1. anne..i like..
    bestnye saat cinta2...
    jiwang jiwa..semua bersatu dalam kalbu..hahaha

    ReplyDelete
  2. Kamu bahagia aku pun tumpang bahagia.... selamat hingga dijinjang pelamin syang.... :)

    ReplyDelete
  3. Kak Afna,
    melayan rasa...
    :)

    Jiha,
    Amin!
    Terima kaseh, sahabat...
    ;D

    ReplyDelete