Wednesday, July 7, 2010

Ingatan Yang Telah Berlalu


Ini adalah Dancing Doll. Menarilah! Lalalala~


Koleksi kereta Dash yang pernah menjadi suatu fenomena. 1997.


Ganazz! Macam biasa, aku pilih Chun Li la... pasal dia pompuan yang cool!


KRUmania! Gilek... oh, Norm! Hahaha. 1992.


Kelab bolasepak yang masih bertakhta di hati! Go, Chelsea! Terbaek!


Ji Fat yang sungguh cool! Sungguh!


Koleksi Ahadiat yang pernah menjadi kegilaan... pernah! uiks!

TIBA-TIBA sahaja, di tengah-tengah kebosanan yang sedang mengepung di pejabat, aku buka YouTube dan taip tiga huruf yang pernah menjadi kegilaan aku 17 tahun yang lalu. KRU. Huhuhuhu... rindu sungguh pada lagu2 yang dulunya enak mengisi halwa telinga. Percaya atau tidak, aku pernah senyap2 duduk dalam bilik, pasang kaset KRU yang dibeli Along dan kemudian terlompat2 menari ala2 rap gitu dengan memakai rain coat. Hahahaha! Macam bodoh bila dikenang balik.

Zaman kanak sungguh dipenuhi dengan ingatan yang muluk-muluk. Indah. Ketawa saja bila diingat-ingat. Di saat orang gilakan Yusry, aku lebih menggilai Norman! Abang Long yang cool dan manis. Huhu... Semasa mengikuti Kursus Etika dan Tatacara di tahun kedua di akademi, antara yang dijemput adalah Norman. Aduh! Nak saja aku pergi dekat dia dan cakap :

"Norm, aku minat kau dari tahun 1992!"

Boleh? Agak2nya apa yang dia akan kata. Aku tak nafikan minat aku pada KRU banyak dipengaruhi Along. Act, aku memang banyak minat semua benda yang Along minat. Pasal aku memang rapat dengan Along. Adik aku kecik lagi dan yang bongsu belum lahir pun masa tu. Jadinya dunia sepak terajang aku memang dengan Along je. Melastik, main tembak2, main layang-layang, main gasing, komik, novel, bertumbuk ala2 Street Fighter, pokoknya semua! Sejak dia masuk sekolah menengah barulah aku bawa dunia sendiri. Abang dah besar, mana nak kawan dengan adik perempuan lagi. Tapi, masa kereta Dash Yonkuro jadi fenomena, Along dan dua tiga orang sepupu aku buat satu litar kat tanah lapang sebelah umah kami. Jadinya ramai la budak lelaki berpesta kat situ. Along still amik hati aku dengan membelikan kereta Dash berwarna merah yang bernama "Dancing Doll" untuk aku. Aku ingat lagi, aku punyalah happy sebab dapat join sekali. Walaupun Dancing Doll aku tak sehebat "Shooting Star", "Emperor", "Rising Bird", "Burning Sun" dan "Cannonball", tapi aku tetap gembira.

Sekarang aku dah besar. Dah bertahun2 berlalu. Aku dah tak dengar lagu KRU, dah tak minat Ahadiat Akasyah dan novel2nya yang... erk! Aku pun dah tak layan Street Fighter. Dash Yonkuro lagilah... dah jadi sejarah. Komik Alam Perwira yang ada kat rumah tu pun semakin usang. Kadang2 bila mengenang ingatan yang telah berlalu ni menyebabkan aku senyum dalam pilu. Along pun dah kahwin. Apa lagi yang tertinggal, ya...?

Entahlah! Hidup dan berubah... tapi ingatan-ingatan ini akan tetap ada.

Suatu yang penuh misteri
Kini bermula menyelubungi
Tak tahu mengapa tapi kuterasa
Bagai sesuatu yang
aneh akan terjadi...
( KRUmania )

7 comments:

  1. hei, aku interview norman tau masa kursus LI. Hahah, nak je aku cakap kat dia - "sebab kumpulan kaulah aku kena sebat dgn bapak aku" mana tak nya, aku telefon talian 600 KRU. bil telefon sampai seribu lebih. lansung kena potong. aku ada album KRU dri Awas sampai Krumania. Street Fighter aku suka Blanka pasal dia warna hijau dan boleh keluarkan elektrik dr badan. Street Fighter aku minat sampai sekarang, kalau ada film br musti aku tgk punya!

    -Oh, zaman kereta dash yankuro aku tak terjebak langsung, sama juga dragon ball. aku pun tak tau kenapa aku x minat kedua2 fenomena kanak2 ni.

    ReplyDelete
  2. aku la org yg piling gilakan nvl ahadiat akasyah dlu, btul kta ko, msa tu mmg 1 fenomena. 1 sekolah gila bca nvl, dari sorang ke sorang, main passing2 sb tader duet nak bli nvl tuh (almaklumlah dak skolah, duet mkn pon tak ckup). tp klu yg jns nvl mania tuh, pasti saban bulan psti jer ada nvl yg baru and then tayang kat mem2.

    slh sorg tu akulah, tapi tu sume dtg dari usaha sendiri yer beb. igt aku lg ada satu msa tu aku ada bli nvl ahadiat akasyah, tajuknya 'UNTUK SEMUA PEREMPUAN YANG PERNAH KUCINTAI'(panjang gile tjuk dy). aku bwa gi skolah, tjuan nak tayang kat mem2 yg aku da ada nvl baru. abis jer bca, ada sorg mem nak pinjam, jd aku bagilah, maklumlah ati baik time tu. tpi yg jdi sakit tu bla dy gi passing2 kt org lain cm nvl tu dy yg pya. puas aku gi siasat kt mna nvl tu, spi stahun lbh gak la bru aku tau nvl tu ada kt 1 awek ni. awek ni yg tak pnh mta kbenaran aku ni buat tak tau jer bla da dpt nvl tu, angin 1 bdn.

    aku mta, tp dy buat derk jer. aku jd mrh la, hak aku, ada nma aku plak tu dlm nvl tu. aku pon pe lg, bebel lah dan akhirnya awek tu ngalah n bg kt aku blik dlm keadaan yg mneyedihkan. buruk gile buku tuh, tak mcm msa mula2 aku bg drg pinjam dulu.

    akhirnya aku tekad, pasni taknak bg sesaper lg. br r org kta kedekut pon. nak bca, kumpullah duet, yer tak??

    ReplyDelete
  3. Pool,
    Hahahaha!
    Kau memang tragis...
    sampai kena potong line!
    Kau interview Norm aku?
    Bestnya...
    Huhuhuhu!
    Kalu watak laki,
    Aku suka Dhalsim!
    Percaya tak?
    Pasal dia sangat cool dengan penampilannya!
    Dragon Ball aku pun tak suka...
    Tapi keta Dash tu penah jadi kesayangan aku la!
    Sonoknya jadi budak!

    ReplyDelete
  4. aku bukan dah tak minat Street Fighter sebenarnya...
    Tapi kebelakangan ni dah tak banyak tarikan tentang diorang.
    Game pun dah lama tak main.

    ReplyDelete
  5. Kak CT,
    Aduh, citer akak...
    tragis sungguh!
    Aku terus terang cakap.
    Bab buku aku sangat kedekut!
    Orang pinjam buat perangai macam sial.
    Pernah aku pinjamkan buku aku sampai terkoyak kulitnya.
    Sedeh aku...
    Tapi zaman aku dengan Ahadiat dah berlalu.
    Borink!
    Tapi ada koleksi dia yang aku suka.
    Matilda dan kisah yang pasal Joni tu.
    Ini kisah thriller horror ko tau.
    Best!

    ReplyDelete
  6. Dhalsim cool..tangan dgn kaki elastik, dia boleh tumbuk orang dr jauh..paling cool dia boleh sembur fire ball dr mulut dia..

    Tp paling cool bagi aku Akuma, pasal dia paling kuat dan jahat..hahaha!

    ReplyDelete
  7. Aku suka part tu la!
    Tengok tak game Street Fighter, Dhalsim Madness?
    Gempak weih skill dia!
    Kagum betul aku...

    Akuma?
    Ye, memang paling kuat dan jahat!
    Muhahahaha...

    ReplyDelete