Sunday, June 19, 2011

Berjalan-Jalan!

Ini adalah puncak bukit jirat cina yang menampakkan pemandangan bandar Kuala Kangsar. (Note : Aku makin gemuk, kelihatan sepadankan dengan Budak Bulat? Ahaks!)

Jambatan Victoria. Suka!

Bubu lagi!

HUJUNG minggu dihabiskan dengan enak. Berjalan-jalan ke Kuala Kangsar, bandar diraja yang cukup klasik buat seorang aku. Aku ini orangnya tidak urban. Aku ini orang kampung. Cukup rasi dan sukakan suasana kampung. Sayangnya, di kampung halaman yang jauh di pantai timur itu, aku gagal menemukan pekerjaan yang sesuai dengan jiwa. Kalau ada, pasti tak sudi aku hendak bertamu di bandar ini.

Satu perkara yang aku suka dengan perhubunganku dan Budak Bulat ialah dia pun orang kampung juga. Kampungnya dekat, tiga jam sahaja perjalanan dari ibukota. Jadinya untuk melunaskan rasa rindu pada kampung halaman dan semestinya pada Budak Bulat juga, hujung minggu yang lalu aku telah menjengah ke Kuala Kangsar.

Wah! Wah! Budak Bulat bermodus baik sekali! Kali ini dia benar-benar rajin membawa aku berjalan. Ke air terjun (seperti biasa) di Ulu Kenas dan ke Bubu lagi. Kemudian ke Jambatan Victoria dan banyak tempat lagi. Paling penting Jambatan Victoria!!! Aku sangat ingin ke sini. Tertarik dengan suasana dan senibina yang indah! Klasik! Suka! Hahaha... sambil-sambil tu, aku berjaya menghalau angin galau pergi jauh!

Terima kasih, Budak Bulat! Saya sayang awak! (miang)

4 comments:

  1. wahhhhhhh, syok npk jenjalan...N nak jpa akak tak?

    ReplyDelete
  2. jambatan victoria tu sesuai ambek gambar kahwinkan?3 he3

    ReplyDelete
  3. wah! aku setuju dgn jiha.. baru je terpk.. huhu..
    bestnya anne jalan2.. :-)

    ReplyDelete
  4. Kak CT,
    Syok!
    Bila nak jumpa???

    Jiha,
    Kau orang yang ke2 cakap macam tu.
    ;)

    Kak Nad,
    Best...
    Lain kali nak ikut?
    Jom!

    p/s : Nampak macam hebat sangat tapi sebenarnya kaki menggigil2 sampai kena marah dengan si bulat masa amik gambo kat jambatan tu. ngeri! tinggi dan nampak jalan raya di bawahnya. Hahaha... ;p

    ReplyDelete