Thursday, April 14, 2011

Yang Datang... Dan Pergi

Aku sedang mengingini musim luruh...

SEDANG dijangkiti wabak kesialan... T_T Aku mungkin adalah seorang manusia yang ego, degil, terburu2, panas baran, kepala angin... tapi apa yang aku fahami hari ini adalah aku juga manusia yang cepat bosan dan menyampah.

Sejak semalam, aku berfikir kembali tentang banyak perkara. Macam2 benda yang ada dalam kepala aku ni. Aku sedar, sebagai seorang manusia yang ada mak bapak, kesayangan (budak bulat) dan juga kawan2, aku tak boleh terlalu tamak nak ikut kepala hati sendiri. Tapi kadang-kadang bila aku berpatah dan tengok balik kehidupan aku hari ni, aku menyedari yang aku terlalu terikat dengan kehendak orang dan bukannya kehendak sendiri. Aku macam nak maki diri sendiri ;

"Bodohlah ko ni, N! Duk fikir pasal semua orang buat apa? Duk ikut kehendak semua orang nak buat apa?? Kenapa tak nak tanya hati sendiri??? Kenapa tak nak turut kemahuan diri????"

Kita takkan selama-lamanya boleh hidup tanpa orang lain dalam dunia ni. Kalau tetiba aku sakit, terlantar... dah sah2 perlukan orang untuk jaga aku. Tu belum cerita kalau aku mati, masih perlukan orang untuk uruskan jenazah aku. Aku sedar semua tu. Tapi sejak aku menjengah usia 25 tahun ni... aku banyak mengenang. Kalau aku mati tahun depan, bulan depan, minggu depan, esok ataupun sekejap lagi... sedihnya arwah aku kerana mati sebelum capai apa yang aku nak dalam hidup.

Aku tak tahu apa 'penyakit' aku sebenarnya. Aku tak seronok nak memikirkan masa depan. Aku tak pernah sukakan duit. Aku tak nak hidup senang (tapi tak nak juga hidup susah). Mak aku pernah keluarkan kenyataan berbunyi ;

"Antara anak-anak mak... mak tengok angah nilah yang paling daif!"

Baju, seluar, tudung, selipar, jarang bertukar. Aku tak ralat membeli jeans bundle yang berharga RM 5 sehelai. Aku tak kesah pakai t-shirt yang harganya RM 10. Tudung pun RM 5 saja. Selipar kasut pun beli jualan gudang. Kerja sampai ke tengah malam, sabtu ahad tapi gaji tak mampu lagi nak pakai kereta. Hp pun biasa saja. Tak ada 'beri hitam' (tak pernah teringin pun nak beli). Kalau korang nak tahu 90% gaji aku dihabiskan untuk makan dan tambang perjalanan pergi balik kerja. Lagi 10% adalah untuk bil2 semasa. Simpanan pun tak ada. Bunyinya macam teruk sangat. Gampang pun ye. Tapi aku tak rasa ralat pun. Tak rasa hidup aku ni daif sangat pun. Aku cuma terkilan tentang hal yang lain. Hal pemahaman orang-orang yang terapat dengan aku.

Aku tak pernah bercita-cita setinggi langit. Mahu jadi ketua. Mahu jadi orang penting. Mahu gaji besar, mahu kereta besar, mahu rumah besar, mahu suami kaya. Tu semua tak pernah ada dalam senarai aku. Aku cuma mahu kehidupan yang sederhana. Bekerja sendiri. Menulis... menulis... menulis... kemudian menulis, akhirnya menulis dan terus menulis lagi! Itu saja kehendak aku. Aku nak berjalan. Aku nak menengok dunia. Aku cuma mahu kewangan aku mencukupi sekadarnya. Berlebih sedikit untuk berbelanja seadaanya dan jika terlibat dengan hal-hal kecemasan yang memerlukan wang. Alhamdulillah... aku cukup bersyukur. Adakah aku sebenarnya sedang 'sakit' tenat kerana tak pernah ingin untuk memperbaguskan kehidupan sehingga ke tahap maksima???

Aku menulis entri ini dengan perasaan yang cukup berat... inilah perasaan yang rajin singgah di nyali lewat kedewasaan ini. Perasaan yang kerap datang dan pergi... hmm....

5 comments:

  1. sedey plak akak baca..alah N tu namanya dugaan. rasanya tak kisah kot klu N menyimpan duet tuk membeli bda yg lain. takde makna daif nya, sb daif tu ayt yg sangat subjektif..bagi akak la, N biasa2 jek bagi seseorang yg dok kat Kl..

    banyak lagi yg nak dipikir dari membeli bda yg tak perlu, yer tak??

    ps: N buang la word notification nih...sush la nk komen~~

    ReplyDelete
  2. N: btl ckp Kak ct tu... duduk di kota mmg normal gitu. Aku ngan Hubby aku pun cam tu gak duit gaji habis makan byr bill n byr loan. Tambh2 bakal sambung si kecik. Aku paham sahabat....

    ReplyDelete
  3. catatan yg bermakna!
    kalau bab menulis, walaupun hanya catatan begini, anne mmg no wahid...

    satu hari mung akan jd seseorang annne!!

    anne seorang anak kuat!

    sekian..
    smile!!

    ReplyDelete
  4. Jiha..
    Bila si kecil lahir,
    InsyaAllah kelak kalian
    akan menumpang rezeki dari si anak..
    macam kami..InsyaAllah..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. Kak Ct,
    Ntah la, kak...
    Kadang2 aku jadi konpius. ;(
    (macam mana nak buang word notification tu?)

    Jiha,
    Aku setuju dengan Kak Afna,
    Rezeki anak pasti ada.
    InsyaAllah... ;)
    (terima kaseh krn memahami)

    Kak Afna,
    Jujurnya saya selalu terharu dengan komen akak.
    Percaya atau tak,
    komen akak selalu jadi antara perangsang saya untuk menulis.
    Time kaseh, kak! ;)

    ReplyDelete