Monday, April 11, 2011

Kifarah... Alhamdulillah!

Ia dipanggil 'Wisdom Teeth'... aduh, tak sanggup! T_T

AKU telah mengalami kesakitan kedua terdahsyat selepas melahirkan anak iaitu 'SAKIT GIGI'. Sedihnya... amat menderita aku ini sejak seminggu yang lalu. Sebenarnya kesakitan gigi ini telah berlarutan selama tiga tahun lamanya. Aduhai sakitnya... tapi setiap kali aku dibekalkan dengan antibiotik, kesakitan ini akan sembuh untuk sementara waktu. Selama tiga tahun ini, aku telah mengalami sakit gigi ini sebanyak tiga kali. Ertinya ini adalah kali yang ke-3 dan pada kali yang ke-3 inilah kesakitannya benar-benar membunuh!

Aku memanjat tangga-tangga ke klinik gigi dengan tekad penuh untuk melakukan pembedahan minor yang akan menghilangkan sakit gigiku ini untuk selamanya. Malangnya, selepas 3 tahun, gigiku sudah semakin kronik dan kos pembedahannya meningkat kepada RM 400 lebih (anggaran paling minima) + RM 100 untuk kos x-ray = RM 500 lebih. Meninggal!

Ceritanya mudah sahaja. Gigiku yang paling bongsu, yang sepatutnya tumbuh pada tiga tahun yang lalu telah terbantut kerana ia tumbuh di bawah gigi yang sedia ada. Oleh kerana ia tumbuh pula terkeluar dari soket gusi, jadinya hukuman untuk gigi yang tak berdosa ini (tetapi telah memberikan aku kesakitan yang amat dahsyat) ialah dibedah dan dibuang! Tapi kosnya membunuh!

Aku sebenarnya amat bersyukur setiap kali aku sakit. Aku merasa dirahmati kerana ia adalah kifarah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilku. Alhamdulillah... betapa pengasihnya ALLAH... tapi kali ini aku hampir tewas. Amat derita... amat sakit. Sakitnya sehingga aku hampir menoreh pipiku sendiri untuk mengeluarkan gigi tersebut. Aduh! Untuk pertama kali aku menangis teresak-esak sebab menanggung sakit yang amat.

Di kala kesakitan mula mereda, aku berjaya memujuk hati sendiri. Ini kifarah, N... sabarlah. Bersyukurlah. Aku jadi sedar diri... duhai RABB yang sarat dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim.... aku bersyukur. Alhamdulillah...

p/s : Kak Shai, saya jadi faham derita akak yang sentiasa diziarahi sakit telinga. T_T

5 comments:

  1. sakit ggi bongsu mmg perit. doc pon ada surh akak bedah~~

    ReplyDelete
  2. Kak Afna,
    Seramkan...?
    Tu yang berat hati nak buat tu...
    ;(

    Kak Ct,
    Abes tu cane?

    ReplyDelete
  3. N, sakit ggigi mmg menderita. kesian ko... tak leh pg kerajaan ke?

    ReplyDelete
  4. Jiha,
    Cadangnya memang gitu.
    Tapi spital kerajaan kita yang 'baik budi' ni cuma buka waktu pejabat saja.
    Aku dah banyak cuti.
    Kesian mimie...
    T_T

    ReplyDelete