Tuesday, April 26, 2011

Hutang Dengan Tuhan


ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur dengan sebenar-benar syukur pada hari ini. ;D Hutangku terhadap YANG ESA telah berjaya dilunasi dengan jayanya selepas menangguh selama bertahun! Kejadian ini berlaku semasa aku masih menuntut di akademi. Masa cuti semester tahun 1 sem 2 kalau tak silap aku. Aku balik kampung dan menderitai sejenis penyakit misteri. :'(

Seluruh tubuh kecuali muka sahaja telah ditumbuhi biji-biji merah yang berair dan amat gatal serta pedih. Aduh! Ngeri sungguh bila diingatkan kembali. Aku sampai tak boleh pakai baju langsung. Perit. Tutup badan pun dengan kain batik lepas saja. Mulanya kami (mak ayah dan aku) ke klinik kerajaan. Doktor kata alergik. Habis semua ubat, usahkan kurang... makin bertambah sakitnya! Kami gigihkan hati ke klinik swasta. Beratus ringgit melayang terbang, sakit aku tak berkurang juga.

Akhirnya mak saudara aku (yang aku panggil 'Teh') mencadangkan supaya kami usahakan berubat secara tradisi kerana dia syak aku kena ludah dek hantu. Hahaha... macam2! Tapi dengan tawakal, kami jengah juga rumah orang tua yang berubat tu. Aku berkenan dengan cara pengubatannya kerana untuk pesakit perempuan, isterinya yang akan mengubat dengan tunjuk ajar beliau. Beliau meminta aku menyediakan limau purut, bedak sejuk dan sejenis daun yang aku dah lupa namanya. Selepas berkumat-kamit membaca sesuatu dan menghembuskan pada barang-barang yang tersedia, beliau memesan supaya aku mandi dengan air yang bercampur limau dan daun sebanyak dua kali sehari. Selepas mandi pula, aku menyapukan seluruh tubuh dengan bedak sejuk secara bersilang tangan (semasa menyapu (bersilang tangan = tangan membentuk huruf 'X')). Semasa mandi dan menyapu bedak, dia memesan lagi supaya aku mengulang baca sepotong ayat dari surah Al-Fatihah iaitu ;

5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Alhamdulillah. Baru kali pertama mandi, gatal dan pedih secara majisnya (dengan izin ALLAH SWT) hilang serta merta. Cuma biji-biji air tu masih penuh seluruh badan. Selepas mengamalkan selama seminggu, alhamdulillah. Biji-biji air mula surut dan menghilang. Cuma di bahagian tangan saja yang berparut kerana aku garu akibat terlalu gatal. Semasa inilah aku bernazar, kiranya sembuh sakitku, aku akan berpuasa selama 7 hari.

Adat manusia yang penuh dengan kealpaan. Baru seminggu lepas aku berhasil melunasi hutang nazarku. Semalam adalah hari ke-7 berpuasa. Ertinya hari yang terakhir. Syukur. Hati dan dada terasa lapang sungguh! Tuhan, Kau Maha Pengasih sesungguhnya. Terima kasih, Ya ALLAH... aku merasa sungguh gembira hari ini!

2 comments: