Monday, April 18, 2011

Cinta Terakhir Untuk Kali Pertama


INI adalah lirik yang aku tulis untuk sebuah lagu hasil ciptaan teman sepejabat (MIG Sound) yang bernama Khairul Airani. Kredit untuk beliau kerana telah berjaya merealitikan sebuah gita yang sungguh membuai rasa. Tapi aku tak boleh nak letak lagu tu di sini kerana ia adalah hak cipta terpelihara MIG. Lagu ini adalah OST filem 'Sekali Lagi'. Selepas filem ini menjengah pawagam, barulah lagu ini boleh diperdengarkan kepada khalayak. Lirik ini aku tuliskan khas buat Budak Bulat! Saya sayang awak (gediks)!

Beralun tinta... tersusun nada
Malamku bercahaya
Tujuh petala langit cinta
Menyihir pancaindra...

Hadir dirimu... di kala duka
Kau sentuhi nyaliku
Petikan gita indraloka
Wirama kasih kita

Fahamilah... dengarkanlah!
Hanya dirimu yang bertakhta
Ku ingin kau mengerti
Terusir sepi... terukir seri
Mekar di hati!
Cinta terakhir kali
Jadi yang pertama 'tuk selama-lama
Hingga akhir masa...

Walau kau bukan yang pertamanya
Namun aku ingin kau
Jadi terakhir kali ini
Abadi kau di qalbi...!

No comments:

Post a Comment