Tuesday, May 3, 2011

Hidup Berubah Dalam 2 Hari...

Budak Bulat mendukung Puteri Nur Amina, anak buahnya dan aku mendukung Nur Dinie Syahirah. Aku dan Budak Bulat sama2 mendukung bayi yang bukan kami punya. Sedih! (mengada)

CUTI hari buruh yang lepas, aku dengan tanpa bertangguh terus mengambil peluang keemasan untuk berpulang ke kampung halaman. Selain menjenguk rumah, ibu dan ayah serta adik yang dikasihi (chewah!), kepulangan aku juga membawa tujuan untuk menjenguk sahabat karib sehidup semati semasa sekolah dulu iaitu Cik Mimi Aima yang telah selamat melahirkan puteri sulungnya. Huhuhu... suka!

Rasa aneh sebenarnya bila tengok kawan yang dulunya ganas melayari dunia sepak terajang bersama aku, kini telah pun selamat jadi mama. Puterinya comel, ikut sebiji muka dia! Mata sepet. Hahaha... tapi dah jadi mama pun, si Mimi ni masih lagi ganas. Masa aku sampai, si Dinie tu tengah tidur. Bila tengok aku datang, Mimi pun kejut anaknya yang tengah lena.

"Dinie! Bangun! Aunty N datang ni... bangun! (sambil memicit-micit pipi Dinie)

Kelakar pun ada. Selamba saja dia mendukung dan mengusik-ngusik anaknya supaya bangun. Si kecil apa lagi, menggeliat protes! Manakan tidak, diganggu semasa tengah lena. Seronok menengok dia menguruskan Si kecil. Katanya Dinie tak banyak kerenah, tidur malam pun lena. Jarang berjaga dan menyusahkan mamanya. Alhamdulillah. Suka aku tengok.

Kebetulan beberapa hari sebelum Dinie lahir, bakal adik iparku (hahaha) pun telah selamat melahirkan puteri sulungnya juga. Lucu pun ada sebab bila aku tengok Dinie dan Amina, dua-dua pun bermata sepet! Macam kembar. Huhuhu... Act, ramai sungguh orang2 disekelilingku yang tengah mengandung dan melahirkan anak. Macam musim bayi. Suka! Bulan 8 ni tunggu anak angkat aku pulak lahir! Semoga semuanya selamat, Jiha! Amin... insyaAllah! ^_^

Dalam pada tu, aku ambil kesempatan memujuk mak dan ayah tentang hasrat aku. Alhamdulillah, ada perkembangan positif. InsyaAllah... 2 tahun lagi. Semoga semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Amin!

2 comments:

  1. Amin sahabat.... moga2 semuanya selamat. Ko pun aku doakan semoga sampai jodoh korg berdua Amin.....

    ReplyDelete
  2. Amin!
    InsyaAllah, sahabat...
    terima kaseh kerana mendoakan aku.
    :'-)

    ReplyDelete