Tuesday, April 19, 2011

Hampa


RAMLEE AWANG MURSHID adalah seorang penulis kategori popular yang satu-satunya sangat aku minati bermula dari zaman aku sekolah menengah. Novel pertama tulisan beliau yang aku khatam adalah RANGGAU. Aku sangat suka plot dan gaya penceritaan dalam novel ini. Bermula dari Ranggau, aku mula menjadi peminat setia RAM. Gaya psiko-thriller + islami + budaya latar dan masyarakat + ilmiah = sangat berinformasi + mengujakan + merangsang imaginasi!

Aku telah memiliki kesemua novel tulisan RAM kecuali Igauan Maut (novel pertama beliau). Aku dah tak tahu di mana aku boleh mendapatkan novel ini. Tapi untungnya, aku sempat khatami novel ini semasa menuntut di akademi dulu. Pinjam dari perpustakaan (menyesal aku tak curik je). Huhuhu...

Malangnya...... (kita dah sampai ke point utama aku menulis entri ini). Amat hampa aku rasakan kerana aku sangat kecewa dengan koleksi trilogi terbaharu RAM yang telah menjadi 'pentalogi' kerana RAM sudah menterjemahkan perjalanan Laksamana Sunan ke dalam 5 buah novel! Bermula dengan Bagaikan Puteri, seterusnya Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan yang paling muktahir sekali yang bakal dijual di Pesta Buku kelak adalah Sutera Bidadari. Aku sangat kecewa... aku tak nafikan pentalogi ini telah menjadi satu fenomena di kalangan peminat RAM. Tapi bukan aku! Aku hampa.

Ranggau, Trilogi Tombiruo (Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir), Mandatori (paling aku suka), Rahsia Perindu, Ungu Karmila dan Hatiku Di Harajuku adalah koleksi RAM yang sungguh merangsang inderia. Aku sangat teruja dan sangat puas membaca kesemua naskah ini. Aku terangsang untuk membaca hingga ke titik akhir sehingga sanggup membaca satu hari suntuk! (rekod terbaik : Rahsia Perindu = khatam dalam masa 8 jam) Lain2 karya beliau pada aku masih terbaik tapi belum sepenuhnya mantap. Tapi sungguh! Pentalogi Bagaikan Puteri adalah sangat mengecewakan!

Aku rasa (tebakan sendiri) RAM terlalu terbuai dengan fenomena Bagaikan Puteri sehingga beliau begitu terangsang untuk menyambung tulis sehingga ke 5 buah buku. Padahal kisah Bagaikan Puteri sangat biasa dan sudah banyak kita lihat di kaca tv. Lebih dari tu, kisah cinta, dunia kegelapan (sihir, iblis dll) dan sufi apabila digabungkan, ia mungkin kelihatan epik (sementelah latar masanya adalah kurun ke 15) namun sebenarnya jika diperhalusi, ia menimbulkan mood mendatar dan klise. Aku bosan dan hampa! Jujurnya antara keempat-empat novel ini (yang kelima masih belum di pasaran), aku hanya menikmati novel kedua iaitu Cinta Sang Ratu. Di sini banyak permainan emosi yang meruntun jiwa dan mampu diterima akal. Tapi yang lain2.... hampa! Secara tak sengaja juga, aku 'termembandingkan' (boleh???) pentalogi Bagaikan Puteri ini dengan karya Faisal Tehrani, 1515, 1511H (kombat) dan Manikam Kalbu misalnya. Juga membandingkan dengan cerpen underground beliau, Pengkhianat dan Nafas Terakhir Albuquerque. Hahaha... Tak adil sebenarnya. Tapi apa boleh buat. Aku tak sengaja!

Rayyan Fantasi juga antara buah tangan RAM yang menghampakan aku. Sementelah aku memang menolak kepercayaan terhadap kewujudan makhluk asing! Ini banyak mempengaruhi aku untuk tidak menyukai Rayyan Fantasi. Aduh! Aku suka RAM kerana karyanya berbeza dari novel popular yang lainnya. Tak kiralah dari segi genre, plot dan gaya tulisan. Tapi lewat kebelakangan ni aku makin berputus asa untuk terus menyokong RAM. Karyanya semakin tersasar dan tidak kena dengan selera aku. Tak macam dulu! Aku harap RAM akan kembali kepada genre utamanya yang mampu merangsang dan mengujakan segala deria.

Atau aku memang akan terus berhenti dari membeli dan membaca novel pop!

5 comments:

  1. eh yeke...humm..tapi btol lah, kekadang RAM tersasar dari landasan,rasanya mmg elok kalau dy menulis spt dulu..tekankan kpd zaman masa kini..tak plu terlalu jauh kembali ke zaman dulu~~

    tu krn kita dah terbiasa dgn penulisan dy yg selalu..

    ReplyDelete
  2. Kak Ct,
    Bosan la kak...
    N beli Cinta Sufi hari tu...
    bila baca memang rasa kecewa sangat.
    Rayyan Fantasi pun sama.
    Ntah apa2.
    Tetiba cerita pasal makhluk asing.
    Aduh!

    ReplyDelete
  3. aku suka trilogi bagaikan puteri..

    tapi bila dah meleret2 jadi pentalogi dh rasa x best.. kalau dia tamat sampai hijab sang pencinta tu dh cukup.. tak perlu sambung ke cinta sufi tu.. dah ganggu mood..

    hmm.. ape2 pun RAM mmg best.. mungkin Ram ikut kata2 Laksamana Sunan @ Saifudin :

    tiadalah ia diputuskan di dalam hati.

    p/s : setuju dgn anne.. suka Cinta Sang Ratu.. dan Mandatori my feveret too..

    ReplyDelete
  4. Mandatori juga feveret aku. Karjanya yg lepas2 lebih bermakna.

    ReplyDelete
  5. Kak Nad,
    Besederhana lebih baik.
    Huhuhu...

    Jiha,
    Setuju!

    ReplyDelete