Wednesday, November 28, 2012

Hari-hari Terakhir Novemberku...


HARI ini sudah mencecah 29 November... ertinya selepas esok, November akan berlalu meninggalkan aku. Adakah aku akan merinduinya? Ya, tentu saja aku akan merindu. Lama lagi baru aku akan berjumpa dengannya semula (kalau panjang umur). Kebelakangan ini, aku terasa seakan ingin menghentikan waktu. 

Mengapa...?


Barangkali kerana masa sudah terlalu pantas benar berlalu. Dulu sewaktu zaman kanak, aku berasakan masa lambat berlalu. Ramadhan dan Syawal dinanti seakan sudah 1001 tahun tidak ketemu. Sedangkan sekarang, sekejap saja dalam sedar dan tidak, tahun baru datang dan kemudian berlalu. Bagaikan dalam sekelip mata sahaja. Oh!


Demi November dan hari-harinya yang begitu istimewa untukku, aku telah mengambil satu keputusan. Insya-Allah, ia muktamad untukku. Semoga ALLAH SWT akan memperkenankan keputusan itu untuk menjadi kenyataan. Amin. Sesungguhnya aku hanya ingin mencari redha-NYA. DIAlah ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Mengerti, Maha Pengasih dan Maha Mengasihani. 


Insya-Allah. Selamat tinggal, November. Andai ada saki-baki usia, akan ketemu lagi kita.



Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone?
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more...
(Christina Perri - A Thousand Years)

Sunday, November 25, 2012

Sempena

Othello dan Tiramisu memang sangat lazat ye, kawan-kawan.
Cik Bella yang manis.
INI adalah sebuah catatan ringkas. Sempena ulang tahun, Cik Bella yang manis telah menemani saya berjalan-jalan semalam di Ampang Point. Lewat sehari, tapi tak mengapa. Saya tetap gembira. Diiringi dengan segelas McD McFloat dan dua biji kek cawan (Othello dan Tiramisu) dari Cupcake Chic, saya telah membeli Sunan Musafir oleh RAM dan Dracula oleh Bram Stoker sebagai hadiah hari lahir untuk diri sendiri. Sempat juga aku memasak untuk Cik Bella (ke dia yang masak untuk aku???) . Nasi goreng yang sedap! Dan pedas sangat pasal aku terlajak taruk cili.

Muhahaha! ^_^

Nasi goreng sempena ulangtahun. Pedas dan sedap! (Puji diri sendiri)
Selendang hadiah dari Cik Seyha cantik. Tq!
Pst, Dracula tu tengah sales dekat Ampang Point. Jauh lebih murah dari harga asal.

Friday, November 23, 2012

Ulangtahun Datang Lagi



ULANGTAHUN. Usia semakin bertambah menghampiri tua dan semakin berkurang menghampiri mati. Alhamdulillah. Sudah 26 tahun hari ini. Tak ada banyak yang hendak dikongsikan. Cuma mahu mengucap selamat buat diri sendiri. Semalam, kebetulan ulangtahun Pekan. Jadi aku dan seorang lagi teman sekerja, Cik Farsha gojes, sama diraikan seisi Pekan Ilmu. Syukur. Terima kasih semua atas ucapan mendoakan hal yang baik-baik. Mudah-mudahan termakbul. 

Amin.

Wednesday, November 21, 2012

Doa Untuk Gaza


"It is not WAR. It is MURDER."
- Noam Chomsky


1434H bermula dengan darah dan airmata nun di sana. Ada sebak yang tersimpan di dalam dada. Ada amarah yang membuar di dalam jiwa. Ada ketidakupayaan yang mengundang hampa. Namun, ada senjata yang dibekalkan YANG MAHA ESA. Doa.

Doa.

Dalam rasa tidak upaya, marilah kita mengangkat tangan dan berdoa untuk saudara kita di sana. Di Gaza. Doa itu senjata kita. 

Israel laknatullah is a war criminal!

Di sana ada airmata
Yang gugur kaku dan kecewa
Dimamah sang peluru dan senjata
Inikah pilihan yang harus dipinta

Di sini aku berdiri
Bumi bertuah yang aku kasihi
Di sana saudaraku terus menanti
Kemanusiaan yang hilang erti

Hantarkan segera darahku ke sana
Agar mereka bisa kembali bernyawa
Jangan kau pudarkan
Semangat yang membara
Biar insan durjana
Melutut di kaki mereka 

DOA dan semangatku tetap bersamamu
Kukirimkan selalu di dalam sujudku
Walaupun kita hanya mungkin bertemu
Darahku semerah perjuanganmu...
(Hairi - Nadi Kita)

Ya, Rabb... sejahterakanlah saudaraku di sana. Amin...

Friday, November 9, 2012

Bye Bye, KL...!


SETELAH dua minggu lebih aku bergelumang dengan demam (akibat langit basah dan berada di kilang percetakan) akhirnya aku mengambil keputusan untuk bercuti! Kira balas dendamlah sebab masa Iduladha tempoh hari aku bekerja.

Jadinya, minggu depan aku akan bercuti panjang. Dari 13 hingga 18 November. Muhahaha. Lama tak? Cik Seyha cantik dan Cik Bella manis sila jangan rindukan saya tau!

Bye bye, KL!

Sunday, November 4, 2012

Novemberku...


NOVEMBER datang lagi. Dalam 12 bulan dalam setahun, November adalah bulan kegemaranku. Aku rasa sesiapa pun boleh teka kenapa. Huhuhu. Ya, kerana aku dilahirkan dalam bulan ini. Sebenarnya, masa aku kecil dulu, aku selalu tertanya-tanya kenapa November menjadi bulan kelahiranku. Kenapa aku mesti dilahirkan di dalam bulan ini? Kenapa aku bertanya? Ketika itu ada dua sebab yang paling utama.

Pertama, November adalah bulan kedua sebelum tahun berakhir. Ini bererti aku hanya menikmati usia genabku selama kurang dua bulan sahaja memandangkan tarikhnya sendiri adalah lewat di hujung bulan. 24hb 11. Kalau masa sekolah dulu, awal November sudah mula cuti sekolah. Jadinya aku tak dapat menyambut lahirku bersama teman-teman di sekolah. Sedih!

Sebab kedua, November adalah permulaan musim tengkujuh menjadi semakin berat di Pantai Timur. Laut China Selatan mula mengganas pada bulan ini. November adalah bulan basah. Langit akan menangis setiap hari dan bumi akan mula menampung air. Lecak di mana-mana dan kedinginan akan menyelimuti. Pernah selama beberapa tahun aku menyambut ulangtahun dalam bulan Ramadhan. Tiada keraian. Hanya ucapan selamat dan masakan kegemaran yang dibikin bonda. Itu biasa. Tahun terakhir ulangtahunku semasa Ramadhan ialah sehari sebelum Syawal. Seisi rumah terlupa kerana sibuk membikin persiapan. Huhuhu. Rasanya ketika masa berbaki lagi 15 minit sebelum jam 12.00 malam 25 hari bulan, baru semua orang teringat dan mengucapkan selamat. Huhuhu. Ia adalah kenangan yang manis sebenarnya. Aku ingat lagi. Aku menerima ucapan itu ketika sedang mencuci tingkap dapur. Mak dan Mifdhal sedang masak ketupat di laman belakang. Lain-lain sedang menukar segala langsir dan alas di dalam rumah. ^_^ Dan takbir sedang sayu bergema.

Tahun ini seperti biasa. November tetap bertamu ketika langit sedang menangis. Langit KL sedang dalam kedinginan, kehujanan dan kebasahan. Seperti hatiku. Huhuhu~ Sedikit tercalar kerana November kali ini bermula ketika bumi sedang bergegar dengan amarah. Kasihan Novemberku. Permulaan yang kurang baik aku kira. Tapi tak mengapa. Bulan masih berbaki 26 hari. InsyaAllah, segalanya akan menjadi baik. Aku sentiasa percaya pada janji Tuhan. Amin.

Selamat datang, Novemberku. Aku percaya kau akan berbaik hati demi esok hari.

When I look into your eyes I can see a love restrained
But darlin' when I hold you, don't you know I feel the same? yeah
Nothin' lasts forever and we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle in the cold November rain

We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain, ooh yeah
But lovers always come and lovers always go
An' no one's really sure who's lettin' go today, walking away

And if we take the time to lay it on the line
I could rest my head just knowin' that you were mine, all mine
So if you want to love me then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin' in the cold November rain

Do you need some time on your own?
Do you need some time all alone?
Everybody needs some time on their own
Don't you know you need some time all alone?

I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal the broken heart
Wouldn't time be out to charm you?

Sometimes I need some time on my own
Sometimes I need some time all alone
Everybody needs some time on their own
Don't you know you need some time all alone

And when your fears subside and shadows still remain, oh yeah
I know that you can love me when there's no one left to blame
So never mind the darkness we still can find a way
Nothin' lasts forever even cold November rain

Don't ya think that you need somebody?
Don't ya think that you need someone?
Everybody needs somebody
(November Rain, Gun N' Roses)

Tuesday, October 30, 2012

Pembunuhan Aksara [File 002]


AKU dan Epool sampai ke kedai hardware dalam tengahari. Panas makin menyucuk tempurung kepala aku. Aku suruh Epool masuk dan beli apa yang dia nak. Malas aku nak ikut. Tanpa banyak soal, dia pergi dan kembali selepas 15 minit. Aku senyum-senyum tengok apa yang dia beli. Dia pun senyum-senyum jugak. Dia start kereta dan teruskan perjalanan.

Sampai kat tempat yang dijanjikan, Epool berhenti. Dari dalam perut kereta, kami terus memerhatikan shop lot yang terletak di seberang jalan. Menunggu. Dah seminggu aku perhatikan. Mamat tu selalu parking kereta dia tepi lorong. Punyalah bodoh. Tak tahu ke lorong tu bukan tempat parking? Tapi tulah rakyat Malaysia. Memang penuh dengan kebodohan. Parking tepi jalan, sampai jalan semua jem. Parking kat lorong, double parking plus tarik hand brake (memang babi perangai nih), tak bagi signal dan 1001 peel yang sangat menunjukkan spesies homo-sapiens ini memang sebenarnya kurang berakal. Isy, amende yang aku dok membebel nih? Kembali kat mamat tadi. Dia akan keluar dalam pukul 1.00. Lunch. Biasalah. Kalau time melantak, semua orang laju je. Eh?! Sentap plak tetiba.

Epool cuit bahu aku. Sepantas itu, anak mata aku mengekori arah yang ditunjukkan oleh jari telunjuknya yang lurus menunak ke hadapan. Mamat gemuk yang sudah lewat 40-an tu kelihatan terkedek-kedek keluar dari kedai menuju ke arah keretanya yang diparking di tepi lorong tadi. Epool bagi isyarat. Aku angguk. Seperti ninja, dalam sekelip mata kami berdua beraksi bersama kloroform, lalu si gemuk sudah berada di dalam but Proton Saga hijau milik Epool. Aku senyum-senyum lagi. Bayangan kepuasan sudah hampir menjelma dalam kepala hotak aku.

* * *

Aku menyusun gunting, cleaver, gergaji, playar, tukul dan kegemaran si Kevin iaitu skrewdriver di atas meja dengan elok. Penyakit. Aku memang suka tengok semua benda kemas dan tersusun. Sangat menjengkelkan sebenarnya tapi nak buat macam mana. Mata aku selalu sakit bila tengok sepah. Ceh, macam bagus! Aku angkat muka, pandang keliling. Si gemuk masih 'lena', terikat elok di atas kerusi. Ala, kerusi yang macam kat klinik gigi tu. Kitorang rembat masa Epool buat part time kat klinik gigi Bangsar. Tujuannya nak naikkan mood. Nak bagi ada feel bila kitorang buat 'aktiviti'. Hahaha.

Epool tak kelihatan. Dia memang macam tu. Dia takkan join sekali buat aktiviti. Dia cuma sukakan perasaan jadi CSI dan ninja saja. Maksud? Takpe, nanti korang akan faham sendiri. Aku raba poket, keluarkan kotak Sampoerna hijau yang dah hampir lunyai dan lighter cricket warna merah. Kadang-kadang aku rasa kelakar. Masa kerja 7E dulu, ramai customer yang cuma nak lighter cricket. Kalau lighter Aladdin, tak nak. Alasannya susah nak ejas. Apa gila! Tu pun susah ke? Sambil menunggu Kevin, Siti dan Farrah datang, aku nyalakan sebatang Sampoerna dan menghisap-hembusnya rakus.

"N! Woi, giler!"

Tanpa memandang aku dah cam tu suara Kevin. Sial! Datang-datang je nak memekak. Kevin dah tersengih-sengih macam gampang. Tak sabar sangatlah tu. Di antara kitorang, Kevin memang yang paling bernafsu. Farrah paling tenang dan Siti adalah yang paling ganas. Kalau dia dah beraksi, aku pun naik gerun. Aku? Aku orang seni. Aku suka bikin karya. Tapi hari ini bukan harinya untuk aku berkarya. Si gemuk ni terlalu keterlaluan. Jadi dia cuma layak jadi 'permainan' Kevin, Farrah dan Siti. Bukan aku. Hari ini aku cuma ingin jadi penonton.

"Jom! Aku dah tak sabar nih!"

Bayangan setan mula muncul di muka Kevin. Aku dah faham sangat. Si Kevin ni bukan boleh tengok lauk lama-lama. Mulalah naik gila. Aku angguk, bagi izin. Kevin menyeringai macam puaka. Dia berpaling, menapak menghampiri si gemuk yang mula menunjukkan reaksi sedarkan diri.

"Dasar jantan rakus!"

Farrah meludah. Dia memang lebih suka sabar dan menikmati acara dengan perlahan-lahan. Penuh dengan keasyikan. Aku hidupkan lappy. Mainkan lagu kegemaran aku, 'Bye Bye, Blackbird' dendangan Peggy Lee. Siapa peduli kalau lagu ciptaan Ray Henderson dan lirik oleh Mort Dixon itu kali pertamanya diputarkan pada tahun 1926? Aku suka, suka hati akulah. Lagu-lagu tahun 2012 ini kebanyakkannya crap. Langsung takde soul. Takde jiwa! Suara Peggy sedang bergentayangan memenuhi ruang bilik. Sama seperti nafsu Kevin. Sedang bergentayangan dalam benak dia.

Where somebody waits for me
Sugar is sweet, so is he
Bye bye, blackbird...

Ketika inilah Kevin merunjam skrewdriver ke peha si gemuk. Tanpa bertangguh, jeritan mula kedengaran! Kevin memulas-mulas skrewdriver yang sedang terbenam di dalam daging, menyebabkan lemak dan urat saraf turut sama memulas-mulas. Menghasilkan sensasi rasa sakit yang melampau untuk si gemuk dan rasa nikmat yang menggebu-gebu untuk Kevin. Si gemuk menggelupur namun Epool dah pastikan ikatannya cukup kemas. Kevin kemudiannya mencabut pemutar skru itu keluar, sekasar mungkin. Darah terpancut deras ke muka.

"Argggghhhhhh...!!!"

Monday, October 29, 2012

Selamat Ulangtahun

Aku ada kerana kau ada. Terima kasih.
INI merupakan sebuah entri ringkas yang penuh dengan kasih sayang. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-56, ayahku, Shamsudin Ismail. Terima kasih kerana menjadi ayah yang penuh dengan kasih sayang walaupun garang. Huhuhu. ^_^

p/s : Hari lahir ayah semalam, 29 Oktober. ^_^ Semalam juga genab setahun abangku, Allahyarham Shahrul Anuar Ibrahim kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. Semoga rohnya aman dan berbahagia di alam sana. Amin.
Sentiasa dalam kenangan dan ingatan. Al-Fatihah.

Sunday, October 28, 2012

Maka Berkatalah Si Kata-Kata...


ALHAMDULILLAH. Seketika tadi Kak Ct Nazariah telah meng'pm' (ini pun boleh?) aku untuk menyampaikan khabar bahawa cerpen aku 'Jebat, Saat Darahmu Membasahi Taming Sari' telah selamat diterbitkan di dinding Warna Kaseh. Owh... gembira saya! Bagi kawan-kawan yang kita suka dan tak suka yang sudi membaca karya aku yang tidak seberapa ini, silalah klik pada gambar cover merah di bahagian Pena Aku. Huhuhu! Sempat saja promosinya. ;p

Apa yang sebenar-benarnya yang ingin aku sampaikan di sini ialah aku sedang gembira dan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh mereka-mereka yang telah membaca karya aku. Walaupun kuantiti mereka yang menyokong ini tidaklah seramai peminat RAM (misalnya~ hahaha), namun cukup untuk membuatkan aku cukup bersemangat! Alhamdulillah dan insyaAllah aku akan terus percaya kepada rasa ingin menulis ini. Ia adalah anugerah Rabb yang penuh dengan kasih-sayang. ALLAH SWT tahu anugerah-NYA inilah yang menjadi nyawa jiwa rasa aku selama ini. Alhamdulillah. Terima kasih, Rabb.

Ini adalah entri yang penuh dengan ucapan terima kasih. Terima kasih kerana memberikan aku semangat. Terima kasih!


Antara ucapan yang sedang menyemarakan jiwa.
(Ehsan warnakaseh)

Monday, October 22, 2012

KL ~ Elegi Tangisan Langit


TANPA aku sedar, masa semakin berlalu dan musim basah telah bertamu kembali. KL sedang dalam kedinginan lewat kebelakangan ini. Aku yang sentiasa gagal menahan rasa dingin telah bermalam-malam tidur dengan memakai stokin. Sejuk. Sesejuk hatiku yang semakin membeku.

Begitukah?

Semasa di PD tempoh hari, salah seorang penceramah motivasi yang cukup handal, bernama En. Azman, ada berkongsi sebuah (?) teori. Begini kurang lebih bunyinya.

"Ada tiga jenis manusia dalam menggelumangi situasi. Pertama, manusia jenis lobak. Kedua, manusia jenis telur. Ketiga, manusia jenis serbuk kopi."

Beliau memberikan air yang sedang mendidih sebagai metafora untuk situasi. Apakah yang akan terjadi apabila lobak, telur dan serbuk kopi di dalam tiga periuk yang berisi air mendidih? Mudah. Lobak akan menjadi empuk, telur akan masak dan air kopi akan terhasil. Betul? Jadi apakah perkaitannya dengan sifat manusia?

Dapat aku perjelaskan satu-satu di sini. Golongan manusia yang pertama iaitu jenis lobak. Lobak secara fiziknya adalah bersifat keras. Namun, apabila dia masuk dan bergelumang dalam situasi yang serba menekan dan memaksa serta tidak menyenangkan, dia akan diempukkan lalu menjadi lembut dan lemah. Hasilnya, dia akan terus diinjak-injak dan diperkudakan. Situasi tidak berubah. Tetap panas dan membara.

Golongan manusia yang kedua adalah jenis telur. Sama. Tapi kali ini psikologi berbalik. Orang yang jiwanya lembut namun terjun ke dalam situasi yang serba tidak mengerti, mencabar dan menyakitkan, dia akan terdidik untuk menjadi keras. Tamsil telur yang cair dan lembut menjadi masak dan keras. Seorang diktator lahir dan dia akan cenderung menyakiti orang lain di sekelilingnya pula. Jiwa besi. Situasi tetap tidak berubah. Terus panas dan membara.

Akhir sekali golongan yang ketiga iaitu jenis serbuk kopi. Golongan ini serba mengerti diri. Tahu apa kemampuan dan kehendak diri. Tegas. Jadi bila dia masuk ke dalam situasi, dia yang akan menangani situasi dan mengubahnya. Lihat serbuk kopi di dalam air panas. Serbuk kopi tetap ada dan tetap hitam. Tetapi dalam masa yang sama air mendidih yang jernih turut berubah ke warna hitam malah menghasilkan aroma kopi yang harum dan rasa yang menyelerakan.

Barangkali aku terletak dalam golongan yang mana? Aku pernah terfikir bahawa aku adalah serbuk kopi. Kerana itulah aku tinggalkan sesuatu (seperti UPMKB dan MIG) supaya aku tidak berubah. Aku masih serbuk kopi yang sama. Cuma masih gagal menghitamkan air didih. Itukah aku? Untuk situasi lain dalam kehidupan pun sama. Aku tidak dipengaruhi oleh kehendak orang. Aku tetap mahukan apa yang aku mahu. 

Tetapi.

Kedinginan dan kebasahan yang ditangiskan oleh langit menyebabkan aku banyak berfikir. Apakah hatiku sudah semakin keras sekarang? Adakah aku sudah berubah menjadi telur? Telur yang sedang perlahan-lahan mengeras di dalam air mendidih. Hurm...

Langit, berhentilah menangis. Aku rindukan hangatnya matahari dan kepanasan yang selalu mendodoikan tidurku saban malam. KL, lenyapkanlah awan mendung dan kabus dingin yang menyelimuti dada langitmu. Aku mahu menikmati keindahan bandaraya ini.

Aku merindui...

Tuesday, October 16, 2012

Hujah Pembelaan

Pandangan yang berbeza. Pengalaman sendiri.
(Ehsan Google)

BILA memperkata tentang bahasa, aku adalah orang yang berasa senang dan bertanggungjawab untuk memperjuangkannya. Huhuhu. Aku paling menyenangi ketegasan Puan Nisah Haron yang bersungguh mahukan bahasa dieja dengan betul dan mengharamkan sistem ejaan SMS. Apatah lagi gaya remaja dewasa ini yang gemar menggunakan bahasa 'Ewww'. Apakah bahasa Ewww? Contoh adalah seperti di bawah.

"Aq sukew diew. Seyes. Tp ta taw diew sukew aq x?"

Atau

"Titew nk tidow da. Gud8!"

Maaf kalau contoh di atas tidak menepati gaya Ewww yang sebenarnya. Aku tak tahu. Tapi lebih kurang macam itulah bunyinya. Hahahaha~ Kadang-kadang aku sendiri ngeri untuk membayangkan bagaimana anak-anak muda ini akan menguasai bahasa Melayu selepas menginjak dewasa. Sungguh ngeri. Bayangkan, cucu aku kelak mungkin akan bercakap begini ;

"Granny, titew ta sukew lorgh. Titew bowink."

Pasti ringanlah tangan aku ni nak singgah ke pipinya. Sedih! Minta dijauhkan. Oleh sebab inilah, aku berfikir dengan sepanjang-panjang pemikiran sebelum memulakan penulisan cerpen bersiri terbaharu aku di blog ini yang memakai judul 'Pembunuhan Aksara'. Aku teringin nak bereksperimentasi dengan gaya sendiri yang sebelum ini terdidik dengan karya yang menggunakan bahasa yang baik. Cerpen ini sungguh tampil berbeza. Bahasa yang digunakan adalah bahasa sehari-hari yang bercampur-baur (atau pasar). 

Aku bukan sekadar suka-suka. Tapi nak kata ada agenda tersembunyi di sebalik penulisan begini pun tak juga. Jadi apa sebenarnya yang cuba aku buktikan melalui 'Pembunuhan Aksara' ini? Huhuhu~ tak lain tak bukan, adalah pendekatan. Aku sedar, tak ramai orang di luar sana yang benar-benar rajin untuk menelaah karya yang bagus, menggunakan bahasa yang tersusun dan tinggi (Pn. Ainon PTS) mahupun bersifat sastera. Tidaklah pula aku setuju dengan agenda untuk melacurkan bahasa semata-mata untuk menarik golongan ini supaya membaca. Apalah gunanya menghidangkan makanan segera kepada pengidap obesiti semata-mata untuk melariskan makanan tersebut? Benarkan?

Aku sebenarnya ingin mencuba sisi yang lain. Itu yang sebenar-benarnya. Genre slasher adalah subgenre yang selalunya jarang didekati oleh penulis. Malah, ada yang gemar melabel penulis seperti ini sebagai psiko atau ada sesuatu yang sedang rosak dalam jiwa mereka. Satu sifat yang selalunya segar dalam masyarakat pada hari ini ialah cenderung untuk menolak sesuatu yang tidak sehaluan dengan mereka. Orang-orang yang terasing jiwanya akan selalunya terus diasingkan. Aku terkenang sebuah filem yang diperankan oleh Depp berjudul 'Chocolat'. Mengisahkan dua beranak yang membuka sebuah kedai menjual aneka juadah coklat (coklat dikatakan godaan yang bersifat dosa) dan enggan ke gereja pada setiap Ahad. Mereka dimusuhi oleh seisi pekan atas hasutan dari Ketua Bandar. Hanya kerana idea mereka berbeza, mereka dipandang seperti makhluk asing yang perlu dihalau (atau dihapuskan) demi mengekalkan kesejahteraan yang sedia ada. Alangkah anehnya idea ini.

Aku selalu percaya, yang aneh dan berbeza itulah yang selalunya membawa sensasi yang menyegarkan. Jiwa akan berasa terkurung dan lemau sekiranya kita terus berpaksi pada suatu hal yang sama untuk satu tempoh yang lama. Orang-orang selalu mahukan pemikiran yang di luar kotak. Tapi secara jujur, aku melihat masyarakat sebenarnya jarang boleh menerima idea yang di luar kotak ini. 

Aku terkenang lagi seorang teman lama yang aku pernah kenali semasa di akedemi dulu. Ayam. Aku rasa ramai yang kenal dia ni. Aku tak fikir orang-orang biasa dalam masyarakat boleh menerima manusia seperti Fared Ayam ini di kalangan mereka. Ada betulnya kata Ayam ;

"Kita yang menentukan komersial. Kalau kita berani ke depankan idea kita dan bertahan, ia mungkin boleh jadi komersial dan akhirnya diterima oleh khalayak."

Malangnya, dalam dunia hari ini, orang-orang lebih senang mewarisi dan meneruskan kebiasaan. Perkara yang luar biasa dianggap tak munasabah, perlu dihentikan dan gila. Menyebabkan tak ramai yang berani bertegas dengan pendirian dan membebaskan diri seperti yang dilakukan oleh si Ayam ini. Aku tak kata dengan hanya berkelakuan pelik, berpakaian cara berbeza dan bercakap dengan hal-hal yang sukar difahami saja adalah bukti kalian boleh membebaskan diri. Interpretasi dan apresiasi setiap orang adalah berbeza-beza. Kerana itulah idea bersifat subjektif. 

Maka, dengan subjektifnya sesebuah karya itu, maka aku hasilkan 'Pembunuhan Aksara'.

I rest my case.