Thursday, July 14, 2011

2 Perkara Yang Berlaku

Belahan jiwa yang menghilangkan duka, Hadiff Mujahid Haniff


Ini gambo fav mummy n hadiff! ^_^


Wargh!!! Hadiff ngantuklah, mummy...!

PENAT! Itu perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan kondisi aku saat ini. Terasa lelah dan lejar dalam meniti hari-hari terakhir bergelar penulis skrip tetap. Ini adalah tentang perkara pertama. Aku tak ada masalah dengan Boss. Juga kurang bermasalah dengan rakan sekerja. Tapi aku terasa cukup bermasalah dengan kerja. Aduhai... menjadi penulis skrip bukan kerja mudah. Setiap hari kami para panel skrip ini bertempur dengan kekangan masa dan berjuang di antara nilai seni dengan komersial yang mampu terjual sehingga mencecah maksima angka juta kepada khalayak.

Sebagai penggiat, aku memang mengutuki khalayak Malaysia! Maksud aku, sebilangan besarnya. Sayang seribu kali sayang kerana sebuah filem yang bagus dan 'mahal' dengan nilai seni takkan laku! Ia takkan laku kerana khalayak yang mahukan filem yang sarat dengan pemikiran dan kepuasan seni hanyalah minoriti. Jadi siapa yang mahu bersusah membikin filem yang hebat2 dan menggodol puluhan anugerah di dalam dan luar negeri tanpa mendapat pulangan modal yang setimpal? Barangkali masih ada seperti saudara U-Wei Haji Saari, misalnya. Tapi lihatlah, selang bertahun-tahun baru keluar 1 filem. Nak makan apa? Melainkan kalau buat kerja-kerja dan perniagaan lain selain membikin filem.

Mengapa? Mengapa khalayak Malaysia malas nak berfikir? Cerita sampah, dialog sial, pelakon kayu, shot gampang tapi untung berjuta-juta! JUTA-JUTA!!!! Jadi kalau aku nak berlawan cakap dengan sang pengarah, apa modal yang boleh aku ketengahkan? Khalayak sudah memampuskan keindahan estetika. Sudah melampuskan kehebatan pelakon yang berbakat tapi tidak mempunyai rupa.

Aku tak pernah menyalahkan produser. Produser hanyalah peniaga yang mendambakan keuntungan maksima untuk setiap produk yang dipasarkan. Mereka mengeluarkan modal yang bukan sedikit. Pulangan modal adalah perlu untuk meneruskan kelansungan hidup. Tapi PENGARAH dan PENULIS SKRIP yang kononnya memakai nama insan seni? Tapi KHALAYAK TONTON yang kononnya menyokong memartabatkan seni??? Apa citer? Aku banyak gila terima skrip sampah dari penulis skrip yang bukan calang2 orang. Menulis dah bertahun2, filem bersusun tapi hasil kau tulis???? Aku rasa macam nak naik tingkat 8 dan terjun ke bawah. Apakah?

Kau bercerita berdegar-degar. Hebatnya research yang kau buat, telitinya bayangan kau terhadap visual skrip tapi apa yang kau tulis? Membaca ABC lebih susah dari memahami plot cerita kau. Aku tak kata cerita aku bagus sangat pun. Tapi aku sendiri baru mencuba menulis. Masih hijau dalam dunia tulis ini. Lagipun aku selalu percaya, memberi kritikan tak semestinya perlu dipanjangkan dengan membuktikan yang aku bercakap dengan seiring buat. Itu pemikiran yang dangkal. Parokial. Semua orang yang membayar RM 10 untuk menonton filem adalah berhak untuk mengkritik. Kalau semua orang perlu duduk di kerusi pengarah sebelum mengkritik baik kau buat filem untuk monyet dan ungka kat dalam hutan je. Takde telur! Tak berani nak terima kritikan.

Arghhhhh! Aku memang tengah emo!!!!!!!!!!!

RINDU. Ini adalah tentang perkara kedua. Aku sedang merindui mak... aku juga sedang merindui Budak Bulat (dah sebulan tak jumpa dan terlepas untuk meraikan ulangtahun yang pertama)... dan terkini, aku sedang amat merindui anak mummy tersayang, HADIFF MUJAHID yang manis. Sehari semalam aku membantu sahabat baikku, Jiha, menjaga Hadiff. Kasihan Jiha. Sisa keletihan melahirkan anak menyebabkan dia benar-benar lelah. Aku membantu sepenuh hati, menjaga, mendodoi, menyalin lampin dan memandikan Hadiff. Anak kecil itu cukup takut melentang. Dia akan lantang menangis. Jadi bila memandikan, aku akan terbalikkan badannya. Sesekali dia menggigit tanganku. Laparkan susu si ibu barangkali. Bahagia.

Aku juga ucapkan tahniah pada suami Jiha, Haniff. Dia suami yang baik. Ayah yang baik. Walaupun terkial-kial, dia tetap tabahkan hati dan berusaha belajar menyalin lampin dan memandikan si comel. Semuanya dibuat sambil tersenyum riang, barangkali terlalu bahagia menatap wajah sang anak. Tahniah, Nip. Semoga kau terus jadi suami dan ayah yang membahagiakan isteri dan anak kau. Amin...

Aku sedang letih dan sedang merindu...

3 comments:

  1. akak stuju ngn apa yg N ckp..film mahupun drama skrg ni klu kita tgk...musti ada konti lari, ni kan plak boom yg tetiba ada dlm shot...cam hampeh. tp leh dpt juta-juta..apakah??

    ReplyDelete
  2. yessza..suami yg baik harus kongsi suka sudah...harus belajar basuh berak bayi dan tukar diapers..mandikan anak juga harus... ;)

    ReplyDelete
  3. Kak Ct,
    apa boleh buat, kak...
    si luncai tetap tak mahu terjun dengan labu2nya!
    Macam mana kita nak biarkan?

    Kak Afna,
    tepat sekali!

    ReplyDelete