Sunday, July 24, 2011

Cuti-Cuti Malaysia Lagi...!!!


AKHIRNYA selepas bertahun merancang untuk bercuti bersama si kecik Mimie dan selepas setahun merengek dengan Si Bulat, aku berjaya juga menjalani percutian ringkas bersama mereka di lokasi yang berasingan. Bersama si Mimie (dan Ikyn'z Zahari @ lebih mesra dengan panggilan Kin-Kin) kami ke Pulau Besar, Melaka. Manakala bersama Si Bulat pula, kami ke Taiping, Perak. Melawati Bukit Larut dan berjalan-jalan pusing bandar Taiping.

Cerita 1. Demi meraikan ulangtahun yang telah terlewat seminggu, Budak Bulat dengan baik hatinya telah membuat kejutan yang manis untuk aku. Pada mulanya dia membawa aku kembali bersiar di Tasik Raban. Cuma di sudut yang lain selain dari mula2 dulu. Seronok. Tak kira dari sudut mana, Tasik Raban tetap indah dan mendamaikan. Keesokkan harinya, ribut tak ada angin tak ada tau-tau saja kami dah sampai ke Taiping. Gembira hati bukan kepalang apabila berjaya sampai ke kaki Bukit Larut (idaman aku sejak setahun lalu). Sedihnya, tiket untuk ke atas telah habis. T_T Harapan masih tak kesampaian tapi Budak Bulat berjanji akan membawa aku lagi dilain kali. ^_^

Oleh kerana tak dapat naik ke Bukit Larut, kami hanya bergambar di kaki bukit. Seterusnya dia membawa aku berjalan ke Zoo Taiping (tak menarik pun, sorry orang Taiping!) dan berjalan di Taman Tasik Taiping. Kemudian, dia mengajak ke Bukit Merah tapi aku terpaksa menolak kerana aku tengah demam. Tak larat dah rasanya nak berjalan lagi. T_T hampa lagi. Tapi apa-apa pun aku masih sangat seronok. Terima kasih, cinta! (miang lagi)

Cerita 2. Aku, Mimie dan Kin-Kin menempuh perjalanan bersejarah ke Melaka pada hujung minggu yang berikutnya! Ceritanya, kami secara kamikaze ke Melaka tanpa petunjuk yang mencukupi. Jadinya, Jumaat malam kami bertolak dari PJCC ke Puduraya tanpa membeli tiket terlebih dahulu. Mimie siap keluarkan kenyataan :

"Kalau tiket ke Melaka habis, kita beli jugak tiket ke mana2! Mimie takkan balik rumah dengan beg-beg ni!"

Aku dan Kin-Kin lekas bersetuju. Sampai di Puduraya, kami diberitahu rupanya bas ke Melaka adalah di Terminal Bersepadu Selatan (Bdr Tasik Selatan). Dengan muka kelat, kami panjat LRT dan bergegas ke sana. Akhirnya tiga tiket ke Melaka Sentral berada dalam genggaman. Bas bertolak jam 11.00 malam dan sampai sekitar jam 12.30 tengah malam. Turun saja tangga bas, teksi sudah menunggu. Kami dibawa ke rest house Armada. Rancangan kami memang begitu. Di Armada, kami check-in semalaman. Walaupun murah, ruangnya bersih, luas dan selesa. Pemandangan pun cantik.

Semasa ini aku dah risau kerana risikan yang kami jalankan kepada warga tempatan terhadap Pulau Besar (destinasi utama) adalah berbaur negatif. Terkejut beruk aku apabila mengetahui yang Pulau Besar ini rupanya pulau mistik yang menjadi tumpuan untuk 'ngangkung', dapatkan pelaris, pengasih, menziarahi makam keramat dan sembelih kambing! Mau tak berderau darah aku?

Aku cadang nak batalkan saja. Tapi melihat muka Mimie dan Kin-Kin yang teruja nak ke pantai, aku gagahkan menyoal lagi beberapa warga tempatan. Akhirnya, komen dari En. Sahak, pemandu teksi memberitahu yang Pulau Besar sudah banyak berubah. Akhirnya, jam 2.00 petang, kami menaiki feri dari Jeti Anjung Batu ke Pulau Besar. Gembira. Pulaunya cantik dan bersih dan villa tempat kami menginap juga indah. Bahagian pantainya terasing dan ada kolam renang lagi. Aku benar-benar menikmati percutian ini!

Akhir kata, mau bercuti lagi! Oh, ye... sila nikmati gambar kalau mahu. Rasa macam nak letak semua tapi terlebih sudah! ;p

Pemandangan dari villa.


Pantai di area villa. Kami berenang selama 2 jam. Macam pantai peribadi pula rasanya. Hahaha! ;p


Jeti Pulau Besar


Jeti Anjung Batu


Masjid Kampung Hulu, berhampiran dengan rest house.


Pemandangan dari rest-house Armada.


Peace!


Orang yang bertanggungjawab membawa aku berjalan : Budak Bulat! Santaikan kami?


Taiping War Cemetery. Orang Taiping jangan ketawakan aku. Aku memang suka tempat macam ni. ;p


Bergambar di kaki bukit saja. T_T (harap MPT prihatin untuk mencantikkan papan tanda ni)


"Hello, mak! Hah, tiket dah habis..." T_T

2 comments: