Wednesday, May 25, 2011

I Nak Kahwin Ni...!

Cantik gila gambo nih! Agak-agaknya camera gurl aku yang baik hati setuju nak amik gambo untuk aku secara percuma tu boleh edit macam ni tak? Huhuhu...
(Ehsan Pakcik Google)

SIGH... (memulakan entri dengan mengeluh lagi). Sebenarnya, lepas mak dan ayah bagi persetujuan untuk aku menamatkan zaman bujang lagi dua tahun, aku tak habis2 berfikir. Sebelum ni, aku cuma fikir setakat nak minta restu mak dan ayah saja. Tapi bila mereka dah setuju, tiba-tiba aku terasa macam berdebuk2 perkara lain yang jatuh dari langit untuk aku fikirkan.

Haizz... walaupun lebih kurang dua tahun lagi untuk aku melangsungkan hari bahagia bersama Si Bulat (insyaAllah, amin...!) tapi macam-macam benda dah tengah melompat-lompat dalam kepala aku ni. Runsing betul. Macam mana nak mengatur majlis (memandangkan kampung aku dan Bulat jaraknya...hurm! Jauh. Dan aku pulak mungkin tak dapat bercuti lama), hantaran, perkara-perkara kecil, jemputan dan macam-macam lagi. Itu baru perkara minor. Majornya pula, lepas kahwin nanti nak duduk mana? Subang? Perak? Terengganu? Hahaha... Si Bulat dan kawan2 cakap,

"Jangan banyak fikir sangatlah!"

Aku pun dah penat nak fikir sebenarnya. Tapi tak boleh nak suruh kepala hotak dan hati ni berhenti seketika dari berfikir. Semalam bila aku menengok cermin lama2, aku baru sedar yang mata putih aku dah naik kuning dan kedut-kedut di dahi serta bawah mata bertambah dengan banyaknya. Aduss! Badan aku pun dah makin gemuk (ingat entri yg lepas2, aku makin gemuk bila bersusah hati).

Macam-macam benda yang melompat dalam kepala. Mak suruh beli kereta, boss pun suruh beli kereta. Kata Madam Jane ;

"You nak balut besi atau besi balut you?"

Aku bukan tak nak beli kereta. Walaupun boss dah naikkan lagi gaji aku (supaya aku menerima saranannya untuk membeli Viva), tapi ekonomi aku masih belum stabil juga. Aku nak menyimpan lagi. Kata nak kahwin, kan? Sebelum fikir nak kahwin ni, aku langsung tak ada simpanan. Jadinya, sekarang terpaksalah bertungkus lumus. Kalau beli kereta, minyak lagi, servis lagi, cukai jalan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi! Lagipun bak kata ayah, mak, adik, along dan Budak Bulat, beli Viva rugi. Baik beli Saga. Haiz...

Pening! I nak kahwin ni... tapi macam-macam hal pula dalam kepala ni. Tak habis-habis berfikir. Menjelang aku berumur 40-an (kalau masih hidup lagi), agaknya muka aku ni dah berkerepot kedut seribu macam nenek 70-an akibat terlampau-lampau banyak berfikir dan bersusah hati.

I tak nak bertunang dan bersanding. I rasa buang masa dan malu nak duduk atas pelamin. Ouch! Kenduri akad nikah dan makan beradab saja sudah! Buat pelamin untuk ambil-ambil gambo dengan kengkawan dan sedara mara cukuplah. Hahaha... I ni pun kedekut orangnya. Tak payah nak banyak-banyak baju. Sepasang baju dah cukup. ^_~. Kih, kih, kih! Hantaran I pula, lain sket juga dari yang lain. Biarlah orang kata hantaran I takde kelas! Tak ada Gucci, LV, Dolce & Gabbana ataupun MAC dan so ever! I happy, you! I rasa macam ni lagi istimewa. Apa? Mestilah rahsia! Tunggu lagi dua tahun... hahaha... tu pun kalau you sudi la datang kenduri I yang penuh dengan kesederhanaan ni (pasal I memang kedekut! ;p)

Aduh, rancaknya bercerita. Kendurinya lambat lagi pun. Minta-minta la masa tu aku boleh ambil cuti lama-lama. Sebab aku kenduri sekali dengan adik (insyaAllah). Kalau tak dapat cuti lama, aku tak dapat nak tengok dia nikah. Sebab kenduri dengan aku adalah belah lelaki.

Minta-mintalah semuanya berjalan dengan lancar dan sederhana seperti yang aku impikan selama ini. Amin, Ya Rabb... amin! ^_^

5 comments:

  1. anne apa yg nak tunggu sampai dua tahun tu..

    akak dulu mmg nikah saja.. (sbb adik beradik lain dh kawen sakan) 3/4 duit hantaran bagi mak...lebihnya akak simpan..lepas kahwen relax...tak ada hutang..brg2 rumah pun beli sikit2..la nih nak habiskan hutang kereta je.. :)

    ReplyDelete
  2. N buatlah mana yg mampu dan terbaik tuk N..yang penting skrg, N da dpt restu mak ngn abah..tu yg peling penting...

    ReplyDelete
  3. ye.. aku fhm perasaan N.. kerana aku turut merasainya.. mengumpul duit.. kumpul.. kumpul.. dan kumpul.. kalau kumpul aje tak keluar2 takpe jugak.. tapi ni tiap2 bulan ada standby nak byr itu ini.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Anne aku memang setuju kalau ko pk tak nk bertunang nk wat besar2 sebb semua tu membazir ( baru rasa bila dah lalui hu3) yang penting akad nikah. Cpat2 lah kahwin takut lagi dua tahun aku sarat ngandung bby 2nd plak he3

    ReplyDelete
  5. Kak Afna,
    Saya pun harap macam tu la.
    Malas nak hidup dengan berhutang.
    Baik buat sederhana ikut poket sendiri dari fikir sedap mata orang memandang.
    Kena tunggu dua tahun lagi.
    Ayah suruh buat sekali dengan adik.
    Huhuhu...

    Kak Ct,
    N pun fikir macam tu.
    Alhamdulillah...

    Kak Nad,
    Serabutkan?
    Banyak benda nak kena fikir.
    :)

    Jiha,
    Ko tahan la dulu untuk second baby tu.
    Nanti boleh sesama.
    Ahaks! ;p

    ReplyDelete