Wednesday, May 26, 2010

Kesedihan Yang Mencekik Airmata...!


AKU pernah jadi seorang ekstrimis sejarah! Begitu mendalami seterusnya kagum dengan darah dan airmata di masa silam. Bila orang2 menyebut tentang MERDEKA, ada sejenis perasaan mengalir ke dalam dada seterusnya aku akan berpeluh2, seluruh bulu roma meremang dan jantung akan berdegup kencang. Bila ada yang mencabar, aku akan menyingsing lengan, menghentak meja, memasang muka garang lalu berdebat hebat akan nilai sebuah kemerdekaan ini. Malah ketika di dalam kelas arwah Zubir Ali dulu pun, lirik di bawah tema kemerdekaanlah yang terbaik aku hasilkan berbanding tema cinta. Betapa!

Ketika aku membaca TULANG2 BERSERAKAN yang ditukangi Seniman Negara Allahyarham Usman Awang (dalam kedua2 bentuk, puisi dan novel), aku jadi tersayat pilu. karyanya terlalu menyentuh, menyebabkan aku mula memandang sejarah ke dalam sisi lain. Aduh... selepas membaca majalah Mastika dalam keluaran yang istimewa menampilkan seorang wanita yang cukup hebat buat aku yang bergelar RATU RIMBA MALAYA, bernama SHAMSIAH FAKEH, aku jadi lebih mempercayai sebaris ayat di dalam puisi Pak Usman yang berbunyi bagini ;

"Buat mereka yang tak pernah disapa,
atas keberanian dan keyakinan,
yang tak terkalahkan,
dengan sedar menerima segala derita..."

Aku tertanya2 kepada diri sendiri. Apa yang kita faham tentang erti merdeka sesungguhnya? Wujudkah kemerdekaan yang sebenarnya? Merdekakah kita? Apa yang kita faham tentang masa silam yang penuh DARAH dan AIRMATA itu? Oh....... mencukupikah dengan apa yang kita baca di dalam buku teks semata2...? Benarkah... suatu kebenarankah apa yang tercatat di dalam buku teks sejarah di sekolah kita itu? Hanya TUNKU ABDUL RAHMANkah yang layak digelar sebagai BAPA KEMERDEKAAN? Oh... aku ingin sekali menitiskan airmata saat ini!

Apabila aku menonton WARKAH TERAKHIR yang menampilkan persoalan tentang ROSLI DHOBY adakah beliau seorang PEJUANG atau PEMBUNUH?! aku jadi terkaku melihat anak muda yang baru berusia 17 tahun itu... begitu berani dia menghayun senjata menikam Sir Duncan Stewart di Sibu. Kemudian menelan pahit maut di tali gantung pada 02 Mac 1950 seterusnya jasad disemadikan pula di sebalik tembok penjara tanpa sebarang penghormatan! Hanya selepas 46 tahun lamanya baru beliau diangkat sebagai PERWIRA NEGARA. Shamsiah Fakeh pernah mengatakan ini ;

"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita PARTI KOMUNIS MALAYA atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanah air dan untuk emansipasi wanita."

"Aku telah mempertaruhkan seluruh hidupku hanya untuk menentang penjajah dan memerdekakan tanah airku!"


MERDEKA negara ini adalah dengan air mata dan darah mereka juga sesungguhkan. RABB... aku jadi lemas dalam relung sejarah ini. Aku bertambah2 lemas menatap akhbar saban hari kini. Dahulu orang bermatian menentang penjajah. Hari ini orang bermatian menentang sesama sendiri. Memperjuangkan KETUANAN BANGSA... memperjuangkan HAK RAJA2... di mana PERJUANGAN RAKYAT...? Aku jadi sesat dalam mencari di mana negaraku yang seharusnya membebaskan rakyatnya dari belenggu kemiskinan dan ketidakadilan?!!! Ini NEGARA kita! TANAH TUMPAH DARAH kita... IBU PERTIWI kita... Selepas lebih 50 TAHUN, adakah kita masih tidak mengenal negara ini seluruhnya? Adakah kita masih perlu dipisahkan oleh perkataan BANGSA? Adakah kita masih mahu mempercayai PEMBOHONGAN dan KEBENARAN yang selama ini diSEMBUNYIkan demi kepentingan? Aduhai...!

Kesedihan ini memang mencekik air mata aku seluruhnya..........

Buat teman-temanku yang dikasihi
gelakmu hangus di hutan malam
tinggallah sedu di bilik ibu
( lihat tugu "indah"mu tegak berdiri
yang dipahat oleh tangan asing
seperti mengalirnya darahmu untuk orang lain)

Buat mereka yang tak pernah disapa
atas keberanian dan keyakinan
yang tak terkalahkan
dengan sedar menerima segala derita

Inilah kisah di bumi Tuhan
kita dan mereka bersama-sama
menggali lalu menimbuni rangka
dari tulang-tulang berserakan....

( Tulang-Tulang Berserakan
Usman Awang / 1962 )

6 comments:

  1. anne,
    pernah baca buku Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan?

    Sumpah, lepas aku baca buku tu aku rasa tertipu gila dgn apa yg diajar oleh cikgu2 sejarah aku masa kat sekolah dulu...

    sekarang kita zaman internet, zaman blog, zaman sumber maklumat dan ilmu x de batas...semua sejarah bohong telah terbogel kantoi oleh internet...

    anak muda yg masih dibodohkan lagi oleh sejarah2 yg diajar di sekoah adalah anak muda paling malang sekali!

    anak2 muda sekarang yg masih sibuk bercakap pasal KETUANAN BANGSA dan masih ada sifat perjudis pada bangsa lain adalah anak muda bodoh!

    anne, dah tgk docu
    10 tahun sebelum merdeka? kat youtube ada..tontonlah satu lagi sejarah yg disembunyikan oleh parti keris

    ReplyDelete
  2. Pool,
    Aku setuju 100%.
    Kita memang terlalu banyak dibohongi!
    Kita sudah sepatutnya berhenti memperjuangkan ketuanan bangsa!!!
    Aduhai...
    Ko ada buku Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan tu?
    Aku teringin sangat nak baca...
    Pool,
    Bila agaknya negara ni nak berubah dan para pemimpin parti keris tu nak berhenti dari membohong dan menipu rakyat????

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya byk lagi 'pahlawan yang tidak didendang' hanya terkubur sepi. Malah 'nama2 agung' yg penuh dengan kepuraan merebut pangkat dan darjat ditatang ke sana ke mari.

    Aku jua tersentuh menonton Warkah Terakhir. Masih adakah remaja 'berotak' dan berhati waja seperti Rosli Dhoby di zaman 'murtadnya' Melayu ini?

    ReplyDelete
  4. Jiha,
    Aku suka bahagian murtadnya melayu tu!
    Hahahahaha....

    Entahlah!
    rentetan masa dan kelampauan sejarah senang sahaja untuk dibenamkan.

    Try la tengok you tube tentang 10 Tahun Sebelum Merdeka tu...

    Aku tertanya,
    Bagaimana sebuah parti pemerintah yang memperjuangkan slogan HIDUP MELAYU dalam masa yang sama boleh memperjuangkan pula SATU MALAYSIA?

    Permainan dia, korang nampak tak?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. anne, buku tu byk lg dijual di kedai2 buku..carilah..mesti jumpa (alahai, berapa keratlah org malaysia ni sukakan buku dan ilmu2 kan?)

    negara ni boleh berubah bila kita buang parti keris selama-lamanya. sekarang ni bergantung pada semua anak2 muda, kalau anak2 muda tidak bikin sesuatu utk buang mereka, itu memang payah negara ni nak berubah, dan perubahan negara ni bukan utk kita anne, kita tak rasa pun nanti bila negara ni berubah menjadi lebih baik, yang rasa anak2 cucu kita, kau nak tgk anak2 cucu kita hidup dalam pembohongan dan kebodohan? cukuplah kita dan org tua sebelum kita..
    itu saja jawapan aku!

    ReplyDelete