Thursday, March 4, 2010

Perlukah Aku Menulis Ini?


DARI saat aku membaca tentang laporan CUEPACS mengenai isu yang aku yakin semua orang tahu itu, aku cuba bersikap rasional dan menahan diri dari meletup seperti Merapi yang melimpahkan kemarahan secara ganas. Aku cool! Pasal aku tahu, laporan seksis seperti itu tidak akan menjejaskan aku. Sentuh hujung kain aku pun tidak.

Tetapi! Hari demi hari, tak habis2 nampaknya orang2 sibuk memperkatakan tentang isu ini. Segala komen negatif terhambur, baik dari sikap membela diri kaum hawa bercampur dengan kutukan dan perli memerli dari kaum Adam. Tidak kurang juga dengan komen positif. Ramai yang bersikap rasional, memberi komen yang bijak dan tenang. Aku masih menyimpan perasaan dalam2. Senyap saja... nak buat macam mana. Lama kelamaan naik nipis sudah kuping telinga. Tak dapat nak tahan-tahan lagi pasal makin lama makin banyak komen-komen negatif mengatasi positif. Makin lancang mulut sesetengah orang berbicara, menyebabkan aku bertanya,

“SALAH PEREMPUANKAH KALAU MEREKA MAHU BELAJAR DAN MENDAPAT KELULUSAN YANG SETARAF? SALAH PEREMPUAN JUGAKAH KALAU LELAKI ENGGAN PERGI SEKOLAH DAN MENJAHANAMKAN MASA DEPAN MEREKA?”

Aku bukan emo... aku tenang membicarakan soal ini. Tapi aku tak mengerti. Mereka bimbang kaum wanita memonopoli sektor pekerjaan, bimbang juga lebih ramai wanita di universiti. Jadi untuk mengimbangkan angka ini, adakah wanita harus berhenti belajar dan kembali kepada bidalan orang2 tua yang gemar mengatakan ini,

“ANAK DARA TAK PAYAHLAH BELAJAR TINGGI2... NANTI KE CERUK DAPUR JUGA PERGINYA...!”

Adakah juga demi mengangkat martabat kaum lelaki setingginya, kaum wanita harus berhenti kerja lalu menjawat tugasan sebagai suri rumah sepenuh masa. Begitukah? Martabat kaum lelaki sudah cukup tinggi. Tak perlu diangkat lagi. Wanita sendiri terbina dari sebahagian lelaki. Aku tak nafikan langsung, wanita adalah bangsa yang sarat dengan sifat emosional, kurang rasional dan sebagainya... itu fitrah yang tidak boleh ditidakkan. Tetapi wanita juga adalah makhluk yang mampu menjadikan kesakitan dan kegagalan sebagai tangga ketegaran. Utuh! Wanita sanggup melakukan apa sahaja demi mereka-mereka yang dicintainya. Untuk siapa cinta wanita? Untuk lelaki! Kalau wanita-wanita ini berhenti, cukupkah tenaga lelaki untuk menggantikan tempat mereka? Kalau cukup kenapa tidak dari mula lagi lelaki-lelaki ini menjawat jawatan tersebut. Mahu jadi pegawai bagaimana kalau ramainya SPM pun tak ada?

Abang saudara aku ada PMR saja. Sekarang dia berada di England kerana menemani isterinya yang sedang menyiapkan Ph.D di sana. Kenapa? Cinta tak kenal kelulusan. Abang saudaraku itu masih seorang yang berjaya. Dia handal melukis, lalu menjadi pelukis landskap untuk syarikat milik salah seorang abangnya. Kerja sampingannya menjual burger. Bukan tepi jalan, tapi punya sebuah kedai makan ala-ala McD dan KFC yang mempelbagaikan makanan itu ke dalam bentuk yang menarik hasil kekreatifan beliau.

Apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah, tak kira lelaki atau perempuan, semua orang punya kelebihan masing2. Mengapa perlu diperbesarkan isu ramai wanita di alam belajar dan di dunia kerja? Lelaki yang tak menjawat jawatan di situ masih berjaya di mana-mana, membuka bengkel kereta misalnya. Atau membela ternakan, dan juga mungkin bertani. Kejayaan tidak dinilai dari bentuk kerjaya itu sendiri sebaliknya apa yang mampu kita capai! Duduk di pejabat, berhawa dingin, berpakaian bersih dengan berpanas terik, bergelumang minyak dan lumpur adalah sama sahaja jika mereka masing-masing berjaya di dalam bidang masing-masing.

Menyebabkan aku bertambah pilu, hal ini ditakuti kerana apabila kesemua wanita yang sedang bekerja itu mengandung dan beranak, bagaimana? Perlukah kalian mempersenda dan mempersoalkan hak seorang wanita begitu? Lupakan kesakitan dan kesengsaraan mereka selama 9 bulan demi membawa zuriat anda ke muka dunia ini? Pergi bekerja dengan kaki bengkak, tak selesa, penat itu untuk siapa? 90% dari wanita yang aku kenal meliputi teman dan sanak saudara aku, memberitahu bahawa mereka bekerja demi meringankan beban suami. Demi kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak. Semuanya lebih gemar berada di rumah, memberikan seluruh masa dan kasih sayang untuk anak-anak namun pilihan tidak menyebelahi. Jadi aku mohon, hargailah pengorbanan wanita-wanita ini... hargailah!

Aku masih tertanya-tanya, perlukah aku menulis ini kerana pasti orang2 akan mengatakan inilah entri femenisme. Lalu... terima kasih!

6 comments:

  1. Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia...sesuai sgt dengan entri ini... go wanita go...!!!!

    ReplyDelete
  2. Ya! Golongan yang mengatakan itu ini tentang wanita seharusnya diam kerana akan menampakan kebodohan mereka.
    Lupakah mereka yang mereka ada ibu yg jg seorg wanita?
    Jgn sempitkan minda, bukankah dulu wanita juga membantu suami ke sawah? Kerja yg dilakukan lelaki?
    Nah skrg zaman dah berbeza tugas lelaki wanita juga boleh lakukan.
    Tetapi aku sebagai wanita tidak sesekali menafi malah mengetepikan wujudnya lelaki dan fitrah wanita yang memerlukan lelaki. Sekadar pandangan :)

    ReplyDelete
  3. Epa,
    Ya, Selamat Menyambut Hari Wanita!
    (^_^)

    Jiha,
    Begitulah, sahabat.
    Hairan aku dengan kejadian ni.
    Patutnya semua isu ni xtimbul.
    Bukan 1 isu pun.
    Apa boleh buat.
    Memetik ayat di dalam sebuah filem yg baru aku tengok,
    "DI KALA WANITA SIBUK INGIN MENJADI LELAKI...
    LELAKI PULA BERUSAHA UNTUK MENJADI DEWA!"
    Macam mana?
    Tepuk dahi tanya hati!
    Boleh ke tidak...?

    ReplyDelete
  4. "The most mediocre of males feels himself a demigod as compared with women"

    -Simone de Beauvoir

    ReplyDelete
  5. hehehe..jgn bersetuju dgn aku..bersetujulah dgn Simone de Beauvoir ;)

    ReplyDelete