Monday, March 1, 2010

Filem Kita... Wajah Kita...! Katanya...

Filem yang aku tersangatlah nak tengok dalam masa terdekat ni!

AKU sebenarnya dah malas nak bercakap pasal filem dan drama tempatan. Bukan apa, nanti dikatakan berlagak tak tentu hala dan kerana orang2 seperti aku nilah yang menyebabkan industri filem dan drama tempatan payah nak berkembang. Aku hairan, bukan apa. Salah siapa sebenarnya filem2 dan drama kita berwajah sampah. Katanya yang bikin filem,

"Ini adalah apa yang khalayak mahukan!"

Siapa yang nak rugi bila membikin projek yang menelan angka yang bukan sedikit? Jadi, salah khalayak kitakah yang tak pernah nak membuka mata dan mahukan sesuatu yang lebih bermakna dan mencabar minda? Sebuah filem antara yang terbaharu hasil canaian pengarah yang ada kelulusan tinggi itulah misalnya, pada aku apa pun idea yang si pengarah ni ada sebenarnya memang menarik dan berpotensi menjadi sebuah karya yang hebat. Tapi sayangnya, ideanya saja yang besar, tapi jiwanya kecil! Garapan entah apa-apa, jalan cerita longgar, banyak perkara diremehkan sampai membodohkan penonton dan macam2 lagilah! Macam bikin cerita sekadar melepaskan batuk di tangga. Lepas tu nak paksa penonton pergi tengok filem kau yang entah apa2 tu! Pada aku terima kasih saja. Baik RM10 tu aku habiskan untuk melantak KFC.

Filem yang mempotretkan kehidupan seorang raja lawak itu pula. Diarahkan pun oleh bukan calang2 orang juga. Tapi apa yang ada? Bermakna sangat ke kehidupan mamat tu sampai nak difilemkan bagai! Hanya kerana si dia tu tengah laku, minah tu pun sibuk nak buat filem tentang dia. Nazak sungguh industri kita!

Khalayak kita, kalau menonton filem komedi, nak gelak sahaja kerjanya. Harus ada bahagian lucu supaya dapat mengundang tawa. Itu sahajalah! Ketawa kosong... satu isi pun tak ada jadi apa faedahnya? Kalau nak dibandingkan dengan komedi luar negara, komedi mereka cukup sinikal. Menyindir dan memperkatakan tentang sesuatu yang tersirat tetapi masih boleh ditangkap lalu mengundang tawa dalam berfikir. Itu baru bermakna! Bukan calang2 isu yang mereka bawa. Membantai isu ekonomi dan pertadbiran negara misalnya. Presiden pun boleh dihentamnya. Kita kalau buat begitu, terus jadi tahanan tanpa bicara. Demi kedaulatan dan keamanan negara, katanya! Tak ada komenlah...

Satu lagi bab drama, nak cekik air mata khalayak sahaja kerjanya. Bila dah berabak melalak sambil bengkak mata dek kerana naratif yang dipaparkan begitu menyayat dan menyiat hati, ditambah pula dengan lakonan mantap pelakon2 air mata yang terkenal... barulah drama itu akan diangkat sebagai drama terbaik yang harus dikalungkan dengan segala macam pujian yang muluk2. Begitukah? Hanya drama yang memaparkan kesengsaraan, penindasan, mati laki, merempat, anak derhaka, bini curang, laki kaki pendera dan sebagainya yang layak dikatakan sebagai drama yang baik? Itukah caranya penggiat, khalayak dan wartawan kita menilai?

Sampai ke hari ini aku masih tertanya2... kenapa aku suka benar menonton Number 23, Secret Window, The Nanny, CSI, Criminal Minds, Desperate Housewife, Ugly Betty, Long Khong, Ju-On, Devdas dan sebagainya berbanding Berek, Dunia Anita, Puteri, Cinta Medik, Potret Mistik, Trauma, Otai, Mami Jarum dan sebagainya. Kenapa agaknya, ya? Mungkin betul, aku ni memang suka berlagak tak tentu hala dan kerana orang2 seperti aku inilah industri tempatan payah nak berkembang!

7 comments:

  1. Benar shbat, aku pham maksud ko. Jom tgk Alice in Wonderland?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Jiha,
    Tersangatlah nak wahai sahabat!
    Aku dapat offer tiket free tp apakan daya.
    Masa tu tak aku lak yang tak free...
    Duh! Airmata.

    Riang2,
    Salam singgah.
    Pe citer?
    Delete lak...

    ReplyDelete
  4. entri macam ni payah/jarang yang boleh ditulis oleh budak 7-e atau kfc, :).

    ReplyDelete
  5. En.Wan,
    Wah...
    Perlilah tu!
    (Ke puji?)
    Hahahaha...

    ReplyDelete
  6. Abang dalam industri ni dah 400 tahun dik, abang tahulah macamana nak jual filem, kau simpanlah teori-teori yang kau belajar tu! kalau buat filem falsafah ni sapa nak tgk?"

    kata "abang-abang dan kakak-kakak" industri

    best kan industri filem malaysia yg dipegang abang2 dan kakak2 industri ni?

    ReplyDelete
  7. Pool,
    Tak apa...
    Abang-abang dan kakak-kakak ni akan jadi nenek-nenek dan atuk-atuk,
    Jadi lepas diorang 'jalan'...

    ReplyDelete