Wednesday, March 17, 2010

Adalah Penting Untuk Merasa Diri Penting!

Sebelum ni, aku memang tak rasa penting untuk merasa diri penting sebab kepentingan untuk merasa penting itu hanya terpulang kepada orang-orang yang penting dan dipentingkan oleh perkara2 yang penting. Penting ke untuk rasa penting? Coz aku dulu fikir penting tu subjektif. Kalau kau rasa penting, pentinglah dan kalau kau rasa tak penting, tak pentinglah jadinya. Tak gitu? Betul ke tidak?
Hahahaha... pening ke belum? Aku ala-ala nak peninglah ni. Bukan apa, aku baru-baru ni baru dapat kerja baru. Kawan-kawan baru, persekitaran baru dan BOS baru! Rumah pun baru. Jadi aku yang baru ni terkial-kial sikit yang meninggalkan diri yang lama. Risau pun ada. Boleh ke tidak aku buat kerja? Berkualiti ke tidak kerja aku tu? Boleh memuaskan hati bos ke tidak? Aku memang terkial-kial datang kerja, terperuk macam penyu tua depan Blackie (laptop mummy!) sambil berpura-pura sibuk supaya tak nampak macam goyang kaki. Tapi selepas memberanikan diri berhadapan dengan bos selepas mendapat khidmat nasihat dari Abang Hairi (trimas, abang!) aku mula menjadi yakin.
Madam pun cakap pada aku,
"Awak jangan terperuk senyap-senyap dalam bilik tu saja. Jumpa saya setiap hari, laporkan kerja awak pada saya. Jangan sampai saya lupakan awak!"
Beliau berkata-kata sambil menepuk bahu aku sebanyak dua kali. Aku terima sebagai pembakar semangat. Dengan bos lagilah. Katanya,
"Kamu, jangan takut kena tegur (marah) sebab kamu akan tahu salah kamu. Jangan jadi macam pokok yang hijau daunnya tapi akar dah berulat dan bakal reput bila2 masa!"
Bos kata, bilik beliau tak ada halangan. Aku dan pekerja yang lain boleh datang bila2 masa sahaja demi menyampaikan apa saja komen, tak puas hati, berbincang masalah, menyampaikan berita terkini... pokoknya semua! Apa saja! Jangan rasa takut atau segan atau malu atau... apa saja! Jangan. Maunya terus terang saja! Aku entah kenapa lantas magis merasa diri penting. Aku rasa pun semua pekerja di sini merasa diri mereka adalah satu kepentingan dalam syarikat ni. Satu pujian aku kalungkan. Semangat untuk bekerja membara kerana bos sendiri cakap,
"Tengok preview, lepas tu bagi komen kepada saya sendiri. Jangan melalui orang lain!"
So? Sebenarnya hari ni aku memang semakin yakin, adalah penting untuk merasa diri penting kerana apabila kita rasa kita penting, kita juga akan rasa kerja-kerja kita penting dan oleh kerana ia penting, adalah satu kepentingan untuk menjadikan ia sempurna lalu kerja-kerja yang penting itu akan mendatangkan hasil yang penting pula! Dah pening? Kalau belum sila bongkok dan letak jari telunjuk atas lantai kemudian pusing sebanyak 18 kali sampai muntah!

6 comments:

  1. Ha3 naik ting tong jap aku. weh aku rasa cam x penting di sini sayang hu3

    ReplyDelete
  2. wah, sesuatu yg agak menarik utk dipelajari ttg 'penting'...ape2 pun tahniah krn anda sudah belajar untuk mementingkan diri...bkn utk dr sndr tp mementingkan dr utk kerjaya yang sememangnya penting itu....selamat!

    ReplyDelete
  3. Jiha,
    Sahabat... kalau orang tak mementingkan kau,
    Kau HARUS mementingkan diri sendiri!
    Faham maksud aku?

    Epa,
    Betul!
    p/s : Bila nak jumpa? Huhuhu... dah 6 bulan!

    ReplyDelete
  4. nampak seronok je kerja dengan orang kaya, orang meniagalah katakan. nanti boleh hari-hari kira duit turun dari langit..., :-)

    ReplyDelete
  5. mmg kau perlu rasa diri kau penting. peduli apa kalau org lain anggap kau tidak penting. Yg penting aku kene harai diri kau sendiri. Org lain lantakla

    ReplyDelete
  6. ... yg penting kau kena hargai diri kau sendiri.....

    ReplyDelete