Thursday, May 28, 2009

Hal2 Yang Tidak Menggembirakan...


Kadang2 kita tak boleh nak mengharapkan yang terbaik sentiasa. Lebih2 lagi dalam posisi kita ni. Siapalah kita? Tapi bila aku fikirkan balik masak2, rasa tak puas hati itu semakin membengkak jadinya. Menyerahkan karya kita kepada orang, samalah seperti menyerahkan segunung harapan bersamanya. Aku tak sampai mengharapkan yang terbaik pun. Memadailah dengan baik sahaja pun, dah cukup untuk aku. Tapi tu pun tak boleh nampaknya! Susah sangat ke? Latihan tak cukup katanya. Masalah komitmen alasannya... aku bukan tak boleh terima. Boleh... cuma hati aku tak dapat nak tahan la dari mempertikaikan kredibiliti kau sebagai pengarah!

Aku mahu pelakon aku tenang dan ketawa masa dia bawa watak tu. Pelakon kau pula marah2 dan menangis. Bila aku tanya kenapa? Kau boleh jawab macam ni,

"Dia selesa macam tu!"

F**k la! Sakitnya hati aku dibuat kau. Macam mana kau jadi pengarah? Minah tu pun sama. Macam mana kau jadi pelakon kalau tak nak ikut kehendak skrip dan pengarah? Tulis skrip pastu mengarah dan berlakon sendiri la! Tak payah jadi pelakon orang lain.

Bab lampu satu hal. Memadailah dengan general dan spotlight saja. Ko pakai lampu merah masa flashback dan campur lampu hijau untuk monolog tu nak buat apa? Apa yang kau nak sampaikan melalui warna merah dan hijau yang menyakitkan mata tu? Tak faham sungguh. Aku tak sepatutnya marah2 macam ni. Aku dah bagi skrip tu kat dia. Apa lagi yang aku boleh harapkan? Tapi... tak dapat nak tahan hati dari rasa kecewa sangat2! Kalau sekali tak apa... ini dah masuk kali kedua. Mana tahan! Apa pun... benda ni buat aku terfikir balik kata2 dari dua orang kawan, Si F dan Si D,

"Kau salah pilih pengarah!"

Aku tak nak sangat fikir macam ni. Tapi secara tak langsung, kau yang buat aku setuju dengan kawan2. Barangkali memang aku yang salah. Tak apalah... aku akan berusaha membuat pilihan yang baik pada masa hadapan. Atau barangkali, aku boleh mengarah sendiri!

6 comments:

  1. Benda yg ko rasa tu aku dah cukup perit laluinya. bkn sekali, tapi entah la. satu ajer pesanan aku, penulis ada hak untuk menentukan hala tuju atau kehendak skrip dari segi naratif ataupun kekaguman teks. pengarah pula cuma boleh buat olahan mengikut kesesuaian tempat, situasi, ruang dll. bukan mengikut kehendak pelakon ataupun kehendak org2 yang bekerja dlam produksi. tapi percayalah cakap aku, bila nama dah kuat, orang takkan berani nak perlekehkan penulis skrip lagi. alhamdulillah, aku dah semakin dekat dengan title tu.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik arah sendiri dari putih mata macam tu...
    Lagipun... penulis adalah pengarah yang terbaik untuk karya dia sendiri!

    Akan datang...
    bila masa latihan dah nampak lain...
    Tarik terus skrip suruh cari yang lain...
    senang hati...
    biar orang maki kita
    jangan kita maki skrip kita
    sebab pengarah syok sendiri...!

    Akak doakan yang terbaik untuk N dan kawan2
    di PeTA akhir nanti...

    ReplyDelete
  3. samalah...aku kadang2 terkilan..bila skrip kita di ubah itu, di ubah ini..! tak kisah ubah, tapi x leh ke...tanye penulis dulu, sebelum nak ubah itu ini. wat skrip bukan senang...! hu2. sabar jelah...ada hikmah juga tu! berfikir banyak kali...nak bagi skrip kat orang!

    ReplyDelete
  4. Marah nampak? :x 'take a chill bill':) Biasalah orang teater kadang2 susah nak faham ideologi penulis. Melainkan ideologi mkn durian atas pentasnya hahahahah!

    ReplyDelete
  5. hai anne..
    lama sgt tak jenguk blog anne..
    akak nak komen panjang pn akak tak pandai bab2 pentas... tapi akak paham perasaan anne.. selagi orang x duduk dpn komputer smpi berpinar bijik mata, sampi pening muntah hijau sume, dorang takkan faham pasaan penulis.. sbb tu dgn tak ada hati dan pasaan mereka suka2 hati ubah seperti skrip itu ayahnya yang buat...~opss.. sory, terkasar plak.. ape2 pn sabar jer la... aswara tu kecik, kalau dh kuar nnt baru tau sakitnye mcmane klo skrip kite dicincang2... sbr ekh.. chaiyok2..:-)

    ReplyDelete
  6. anne, singgah blog akak, ade tag... hehe

    ReplyDelete