Monday, May 4, 2009

Mak, Makcik Atau Kakak?

Pernahkah korang mengalami desakan perasaan atau situasi di mana korang kelihatan lebih tua dari usia sebenar? Ini merujuk kepada pandangan orang lain la maksud aku. Pernahkah korang rasa kalau keluar dengan kawan2, korang akak kelihatan seperti mak diorang ataupun paling cikai sekali, kakak sulung diorang yang tak kahwin2 lagi walaupun nampak macam dah ada 3, 4 orang anak? Ataupun memang korang tak pernah berada di dalam situasi begini sebab korang dah sedia cantik, jelita, comel dan cute? Huhuhu... kalau begitu, jangan teruskan pembacaan terhadap entri ini kerana anda tidak akan memahami apa yang ditulis di sini. Sila ke blog lain. Huhuhu! ;-p Bagi yang pernah merasai permasalahan di atas, jangan risau. Anda barangkali bukan yang paling teruk.
Aku pernah naik sebuah teksi ni untuk balik ke rumah pada suatu malam. Dan mamat yang bawa teksi tu punyalah ramah dan kelihatan sangat kagum+berminat apabila tahu yang aku baru pulang dari menonton teater di stor DBP. Dia bertanya tentang pekerjaan aku dan bila aku katakan yang aku tengah belajar di sebuah akademi seni, dia cepat2 bertanyakan umur aku. Dan aku balas dengan bertanyakan umur dia terlebih dahulu, dia menjawab,
"Oh, saya baru 29 tahun, kak!"
Aku senyum saja. Tak tahu nak cakap apa. Dia pun tanya sekali lagi tentang umur aku. Sambil tersenyum aku pun jawab,
"Akak dah 21..."
Mamat tu punyalah tersentak sampai dia brek teksi tu tiba2. Aku cool saja, pasal masa tu dah pukul 12 lebih. Mana ada kereta lagi di jalanan. Kalau tak, mau ke wad kecemasan kami malam tu! Dia brek tengah2 jalan kot! Dua tiga kali dia pandang belakang sambil cakap,
"Akak cakap 21 ke 31?"
Aku senyum lagi. 21 aku ulang. Dia dengan muka merah dan penuh rasa bersalah cepat2 minta maaf dengan aku. Aku tak marah pun. Apa nak kecoh? Adik comelku Mimie tu pun pernah dianggap sebagai anak aku oleh seorang teman. Teman tu bertanya kepada Mimie,
"Tu mak awak ke?"
Budak2 sekolah menengah kat flat yang aku tinggal tu pun semuanya panggil aku 'makcik'. Malah, masa aku belajar kat UPM dulu pun, ramai yang ingat aku ni pensyarah dan panggil aku 'doktor' atau 'prof' (pasal masa tu aku kena pakai baju kurung). Percaya tak? Huhuhuhu... rasa nak gelak pun ada. Pernah juga dengan seorang pemandu teksi yang lain lak, dia ala-ala macam nak menggatal dengan aku. Dah tua orangnya! Ingat la anak bini kat rumah, pakcik oi! Macam2 dia tanya... tapi bila aku jawab yang aku dah kahwin dan ada 4 orang anak, dia terus diam. Maknanya dia percayalah, kan? Dulu masa aku ada BF, ramai orang selalu ingat BF aku tu, adik aku. Bukan sorang tapi semua ex-BF aku orang selalu ingat adik. Tua sangat nampaknya aku ni. Aku melalui satu transformasi berpakaian selepas duk kat umah sewa. Dulu, aku senang dengan t-shirt dan jeans sahaja. Selekeh betul! Tapi aku selesa. Ramai yang kritik cara aku berpakaian tapi aku peduli apa? Janji aku selesa. Bila duk umah sewa, kawan2 bagi galakan untuk berubah. Sesetengah perubahan buat aku selesa, tapi sesetengahnya tidak! Aku rindu zaman aku selekeh dulu. Sekarang pun tak adalah cantik sangat tapi bolehlah... lagipun susah nak pakai cantik2 bila gemuk macam ni! Huhuhu... ;-) Kadang2 bila aku renung dan fikir balik, tak apa2 pun jadi begini. Aku masih selesa dengan diri aku sendiri dan kalaupun tak ada orang berkenan dengan aku hanya kerana aku selekeh, gemuk dan nampak lebih tua dari usia, tak apalah! Kalau kesukaan itu harus bersandar kepada luaran, luaran akan berubah. Buat masa ini, aku masih suka pada diri aku yang begini. Tapi esok2 tak tahulah! Aku berdoa supaya masih suka... kerana aku cukup selesa! ;-)

10 comments:

  1. tak apa... saya pun selalu kena macam "KAK NURUL"... hehehe...

    ReplyDelete
  2. ~ sabar jelah... kita pulak sebaliknya... kalau kita berjalan dengan rozi, dia yang selalu dapat 'tittle' kakak tu... kadang-kadang kita rasa macam kecik sangat kita ni? budak sangat ke kita ni? sampai orang tak boleh nak bezakan kita dengan adik kita, malah ada saudara-mara yang tertukar panggil kami, sedihkan... rasa macam tak berbaloi pulak jadi kakak kalau orang asyik panggil kita adik je... tengoklah sekarang yang kahwin dulu pun adik kita, yang beranak pun adik kita, jadi apa guna kita dilahirkan sebagai kakak, bukan kita nak kata yang kakak tu akan mendahului dalam segala hal, tapi terasa diri yang tua tidak dihargai...

    nasib... nasib...
    nasib orang tua macam nilah agaknya kan...?

    ReplyDelete
  3. Saudara Zabad,
    Terima kasih sebab sudi singgah!
    Ye, kita berkongsi pengalaman yang sama.
    ;-)

    Saudari RainRose,
    Begitulah nasib kita.
    Tapi ok pe?
    Anda tetap awet muda dan cute sentiasa!
    ;-)

    ReplyDelete
  4. kelakar-kelakar

    aku dah biasa denga situasi macam tu. tapi ada kelebihan, bila aku pergi gig, ramai budak-budak pandang aku macam aku dah lama dalam scene, hahahhaha, padahal aku bukan selalu pon turun gig..

    ReplyDelete
  5. Huhuhu itu selalu terjadi padaku sahabat...
    dulu aku marah gak tapi bila dah lama2 dah lali.
    lantaklah org nak panggil kak ke mak cik ke jgn nenek sudah hahahah

    Aku pun pernah ditegur oleh seorg pemandu teksi pertanyakan di mana anak aku.
    Gaknya org teksi memang kelabu asap matanya...

    p/s; sibuk2 peta sempat jgk tulis entri.kih3

    ReplyDelete
  6. Pool,
    Memang kelakar.
    Dulu makan ati gak, tp skunk da xheran!
    Huhuhu...
    p/s : Weh, bila nak ajak aku g gig skali? ;-p

    Dik Jihaku,
    Biasa...
    Aku ni menunggu je org panggil nenek lak!
    Hahahaha!

    ReplyDelete
  7. aku bila2 leh gi, ko je la,,ajak "anak" kau tu skali..hahah..sibuk nak gi gig "anak" ko tu

    ReplyDelete
  8. hoh...
    hahaha
    akak ada anak! Zahra namanya!
    makcik pun makcik le...

    ReplyDelete
  9. nak ekut!!!! xpe la bonda...
    mimie pun slalu gak kena panggil dak form 3....
    wat besa seja!!!!

    ReplyDelete
  10. Pool,
    Aku pun bila2 on je!
    Tunggu ko la...
    Confirm bawak 'anak'!
    Hari2 merengek, camne nak tinggal?
    Huhuhu!

    Kak Afna,
    Kalu sy ada anak mcm Zahra,
    Sy cukup happy agaknya!
    Sy baru dapat anak angkat,
    Zulaikha namanya...
    Dia panggil sy 'Mama'! ;-)

    Cik Mimie Comey,
    Kehadiran anda dialu2kan!
    Okey pe form 3?
    Janji cute! ;-p

    ReplyDelete