Tuesday, April 28, 2009

Cahaya Yang Diredhai Dan Disayangi

Engkau memahkotakan aku dengan sebaris nama,
Bersama tinggi harapan dan sepotong doa,
Moga aku diselimuti cahaya
Tenggelam dalam redha Yang Maha Esa…

Aku kerdil dalam kandilmu, bonda
Aku hangus dalam dianmu, ayahanda
Aku hilang dalam lautan kasihmu
Aku diterbangkan bayu cintamu!

Nyawa taruhan bonda,
Untuk membawa aku ke atas dunia…
Keringat yang dibanting ayahanda
Demi meneruskan nafas yang kuhela

Hari ini selepas 23 tahun berlalu,
Aku mengenang duri yang kutancapkan pada sukmamu
Aku tak mampu
Mengembalikan masa lalu

Kau masih mengasihiku seperti dulu
Syurga tetap kau simpankan untukku
Seperti kasihmu yang tak tersentuh puncaknya
Membuatkan aku tunduk mengucup telapak kaki bonda!

Aku adalah cahaya yang diredhai
Permata yang disayangi diqalbi ayahanda
Hutang yang kupikul atas setiap titis keringatmu
Membuatkan aku tunduk ganti memikul bebanmu!

3 comments:

  1. Dik...
    akak boleh menangis baca puisi awak kali ni...
    tetiba teringat umi ngan abah yang susah payah besarkan akak yang memang dah besar ni...

    ReplyDelete
  2. Kak Romiku,
    Sy juga rasa nak menangis,
    Mengenangkan ayah bonda yg jauh di mata.
    Kadang2 sy rasa spt mementingkan diri...
    Semuanya demi mengejar cita2!

    ReplyDelete
  3. tapi dik...
    di kemudian hari, kita pasti bleh menebus waktu2 yang tertinggal ke belakang...
    betul tak?
    Mengejar cita2 untuk membahagiakan mereka...
    tak gitu?

    ReplyDelete