Tuesday, March 24, 2009

Salam Tahniah!

15 Mei 2005 adalah tarikh keramat di mana aku diterima sebagai mahasiswa di sebuah institusi pengajian kesenian dalam bidang yang cukup aku minati. Aku bercita-cita besar ingin menjadi seorang penulis yang sedia untuk berdiri atas keyakinannya. Di sini, aku bukan sahaja menemui impian, harapan, keinginan... malah aku mengenal setianya persahabatan. Aku mengenal seorang kakak yang tegas dan manis, seorang abang yang lucu, tiga orang adik yang manja dan riang serta seorang teman yang sentiasa bergelumang dengan persoalan. Aku berkongsi kehidupan dengan mereka. Walaupun pernah datang suatu ketika di mana persahabatan kami tercalar dengan pertelingkahan namun aku masih mengasihi mereka dengan perasaan yang paling halus. Walaupun aku sarat menanggung beban terkilan, namun aku gagahi juga untuk menapak ke Dewan Kuliah Utama untuk sama berkongsi detik mereka membentangkan projek akhir. Namun aku tewas untuk menahan beban perasaan yang maha sebak dan pilu lalu gagal menghadirkan diri semasa mereka mengecap nikmat bahagia berkonvo. Maafkan aku... kerana tak mampu melihat kalian segak dengan jubah dan menggegam segulung diploma. Salam tahniah aku bingkiskan... buat teman-teman yang tak pernah luput di ruang ingatan....
--> Shahaini Aizan Md. Zahar, Nurjihadah Baharuddin, Fatimah Sri Anas Putri, Noorisalwa Ahmad Nadzri, Roydy Anuar Eddy Sauly dan Haironizan Mohd Idris... tahniah kerana telah bergelar graduan! Maafkanlah... andai masih ada sisa kemaafan....

2 comments:

  1. Nurul Mardhiah...
    Akak sanjungi kesungguhan awak datang
    beri sokongan diwaktu kami berPeTA...
    Akak hormati ketidakhadiran awak di hari kami berkonvo...

    Tapi...
    masa bila agaknya perasaan kita pernah tercalar...?
    Akak tak ingat....

    Kalau akak dah lupakan...
    Kenapa awak perlu mengenang yang pahit tu?
    Akak harap awak faham apa yang akak nak sampaikan...

    Mungkin akak jauh...
    tapi awak dekat dalam ingatan
    sentiasa dik oi...

    Buat sehabis baik untuk PeTA...
    Doa akak iringi perjuangan awak...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak, kak... Saya ni memang kadang-kadang emo satu macam. Rindunya pada akak dan teman-teman... Untuk PeTA, insyaAllah. Saya akan berjuang habis-habisan selagi ada kemampuan. Salam sayang, kak! ;-)

    ReplyDelete