Saturday, March 28, 2009

Coretan Kecil Untuk Guru Yang Besar Jiwanya...!

Aku punya seorang guru. Namanya En. MRH. Beliau ku kenali dengan cerita-cerita negatif sehinggakan semasa di tahun pertama pengajian, melintas kamarnya pun aku geruni. Tetapi semasa terlibat di dalam pengurusan acara Malam Puisi di tahun kedua, aku mula mengenali beliau secara dekat. Ternyata, cerita-cerita yang aku dengari selama ini hanya omong kosong. Beliau seorang pensyarah yang tegas, lekas terusik namun berpendirian dan kata-katanya selalu sahaja menyentap hati. Namun aku gagahi juga menahan telinga dan menapak selalu ke kamarnya. Walaupun kata-katanya selalu kasar, namun aku dapat menangkap maksud di sebaliknya dan kadang-kadang terselit di situ penghargaan untukku ( walaupun selalunya tidak secara langsung ). Selalu juga aku mendengar sindiran dari teman-teman yang mengatakan aku anak emaslah, kaki bodeklah dan macam-macam lagi. Aku tetap tak peduli! Semuanya kerana aku tahu, apabila bersamanya, aku mengenal jiwa yang tidak bermuka-muka, suara yang tidak hanya mengatakan yang sedap-sedap sahaja dan juga cetusan yang selalunya menyemarakkan jiwa. Lalu, setelah banyak hari berlalu dan setelah bulan berganti... aku senang menyanjungnya sebagai seorang guru yang menunjukkan kepada aku suatu sudut kecil dunia yang lain. Martabatnya aku sanjung sebagai seorang abang yang memimpin adik kecilnya melangkah menuju ke hadapan. Untuk guru yang aku kenang sebagai abang besar, jasamu mengajar aku erti kehidupan dan bagaimana untuk mengejar cita. Lalu aku selitkan untukmu sebuah penghargaan kecil yang besar nilainya kerana kau menyuluhkan padaku erti sebenar lingkungan yang cuba aku pegang ini. Salam terima kasih!

5 comments:

  1. En.MRH
    memang seorang abang yang berjiwa besar...
    mengajar bukan sekadar ilmu dalam buku
    malah erti kehidupan juga...
    mengajar supaya kita jangan mengalah dan terus berusaha....

    ReplyDelete
  2. Ya, Kak Romiku...
    Beliau mengajar kita pengajaran yang tak terbeli!
    Akak juga begitu.
    Mengajar saya kasih sayang yang sejati...

    ReplyDelete
  3. Akak pun banyak belajar dari awak dik...
    Tak semua mampu bangkit semula dan melawan segala macam dugaan...
    Teruskan usahamu dik...
    Akak tahu, kejayaan pasti dalam genggamanmu...

    ReplyDelete
  4. sdr.,
    jangan terlalu mendewakan orang. Itu memang tugas dan tanggungjawabnya. Selebihnya, terpulang pada yang maha kuasa untuk menilai dirinya.
    Bukankah manusia sentiasa saja boleh berubah?

    ReplyDelete
  5. Kak Romi,
    Kita sama2 berkongsi rasa!

    Salam benua,
    Saya tidak mendewakan...
    Sekadar membingkiskan rasa terima kasih
    dan secebis penghargaan.

    ReplyDelete