Sunday, March 8, 2009

Kepulangan...

Jumaat lalu, aku disentap keras dengan berita kepulangan guruku, Tuan Haji Zubir Ali ke alam yang satu lagi. Terasa begitu walang kerana tidak sempat bersua muka dengan arwah untuk kali yang terakhir. Zubir Ali adalah seorang guru yang cukup istimewa. Sifat merendah dirinya begitu menebal dan kasih-sayangnya kepada kami terasa cukup lembut membelai, persis seorang bapa. Malah, setiap kali tibanya syawal... arwah tidak akan pernah lupa untuk membalas ucapan selamat yang dihantarkan kepadanya selain bertanya khabar. Apa yang aku pasti, syawal tahun ini pastilah sepi tanpanya... Sebak rasanya dada bila mengenang. Kepada guruku yang terhormat, hanyalah sekalung Al-Fatihah yang mampu kukirim untukmu. Doaku semoga kau tenang di alam pengabadianmu... Amin!

3 comments:

  1. Semuanya takdir...
    akak masih trauma hingga saat ni...
    macam tak percaya arwah dah tinggalkan kita...
    apa yang mampu kita buat, sedekah Al-Fatihah untuk dia di sana...
    sekurang-kurangnya...
    dia sudah ada tempat yang lebih baik dari kita di dunia ni...
    nasib kita tak tentu lagi...

    ReplyDelete
  2. kalau diputarkan masa kembali...
    kenanagan bersama arwah persis baru saja berlalu...

    ReplyDelete
  3. Kak Romiku... bingkisanmu sangat menggamit saya kembali ke kenangan kita bersama arwah... terima kasih kerana sudi bertamu di sudut sepiku...

    Adik tengahku... kita sama2 kehilangan... terima kasih kerana sudi menjengukku di sini...

    Tahniah kerana sudah bergelar graduan! Doakan untukku kelak!

    ReplyDelete