Sunday, March 27, 2011

Repekan Berterusan

Inilah Kenzo! Si Bobo telah ditukarkan nama kepada 'Mimien' oleh rakan sepejabat

BAGI kawan-kawan yang dah mula tertanya-tanya apa yang tak kena dengan aku kebelakangan ni, maaflah ye? Aku bukan apa, sekadar mahu menghiburkan hati sendiri. Pagi tadi Kak Long call aku. Saja bersembang tanyakan khabar. Sambil-sambil tu tanyakan pendapat dia, bagaimana agaknya kalau aku beli kereta. Rasa dia, aku mampu ke tak?

Kak Long memberi komen yang memberangsangkan. Aku merenung dalam-dalam komennya. Ada pro dan kontranya. Aku terkesan dengan sebaris ayatnya ;

"Daripada duit gaji tu habis tak tentu hala dan tak nampak ke mana perginya, baiklah laburkan untuk benda yang nampak."

Fuh! Berpeluh-peluh aku mendengarnya. Ada betulnya apa yang dikatakan Kak Long. Tapi tulah, risau juga kalau ada masanya aku jadi gagal untuk mengadakan duit untuk membayar ansuran bulanan tu. Risau juga.

Satu hal lagi, pokokku yang sepasu tu telah diberikan kepada seorang lagi rakan sepejabat untuk dikongsi jaga. Uh... sedih! Tinggallah sepasu sahaja untukku. Hal ini menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menukar namanya dari si Bubu kepada Kenzo! Belagak tak? Nama pokok 'Kenzo'? Huhuhu... baiklah!

Nak beli kereta ke tak ni? Aku cuma ada masa sebulan untuk berfikir... Saga SE merah? Iswara hitam? Kancil merah? Viva merah? Myvi oren? Savvy hijau? Neo silver? Ataupun Lagenda merah? Ex5 merah? Mana satu???????

5 comments:

  1. beli kreta, beli kreta....sukanyaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. Lagenda merah! Anne, sakit tau pakai kereta. ada baiknya pakai motosikal saja. Aku bukan nak lemahkan semangat kau anne, tapi aku dah rasa "sakit" nya pakai kereta ni. Tapi terpulanglah, ada pro dan kontra nya. motosikal lebih bahaya, tapi menjimatkan. kereta kurang bahaya, tapi..siap sedialah dengan tol, petrol, cukai jalan, kos selenggara, kesesakan lalu lintas dan duit parking. kalau motosikal..boleh saja start moto dan pergi je mana nak pergi. tol? traffic jam? petrol? parking? - semua takda masalah..;P fikir masak-masak anne. aku cakap ni dari pengalaman. ;P

    - epool

    ReplyDelete
  3. Ckp epool tu btul Anne. Kalau ko nk beli kete kurang2 dlam tgn (duit simpanan tak kacau gaji) ada Rm 1000 lebih (lebih baik 2 ribu) utuk sesak2 bayr insurans kos servis dan pelbagai perkara yg x diduga.

    Moto? Ok tapi kena sentiasa berjga2 n tawakal sbb kita pandu mmg cermat tapi org lain pandu cam cilanat!

    ReplyDelete
  4. pendapat epool sangat gua sokong!

    kami dah merasai pengalaman..
    dengan jualan kereta tempatan yg mahal (berbanding jual di luar negara/kualiti hampeh) + bunga bank=(ansuran bulanan) + belanja harian utk minyak + kos tambahan jika kereta buat ragam + insuran&road tax + tol dll...

    naik motor sempoi..tp kena hati2 & kena selalu bawa baju hujan...

    list pro dan kontra...jgn pening2.. hu hu

    ReplyDelete
  5. Kalau ikutkan hati N memang nak beli motor.
    Tapi tulah... mak ayah risau benar.
    InsyaAllah, akan membuat pertimbangan yang semasak-masaknya.
    Terima kaseh atas sokongan!
    ;)

    ReplyDelete