Sunday, March 13, 2011

'N' Merepek Lagi...?


AKU merasa bersemangat seperti baru lepas berak pada hari ini. Demikian adalah kerana aku telah berjaya mengedit sebuah naskah yang amat tak sesuai dengan jiwa. Jadinya saya dikira hebat kerana menjaya mengatasi perkara yang tak disukai demi tanggungjawab. (muhahaha! dah lama tak puji diri sendiri. ;p)

Aku juga merasa amat lega (juga seperti baru lepas berak) pada hari semalam kerana akhirnya aku telah berjaya melepasi ujian komputer untuk amik lesen. Markah lulus 43/50. Alhamdulillah! Syukur. Jadinya hujung minggu kelak, aku akan bertapa di Metro Driving Academy demi menghabiskan 6 jam kelas motor pada hari Sabtu dan 6 jam kelas kereta pada hari Ahad. 700RM sudah melayang. Huhuhu... aku sendiri tak percaya akhirnya aku gigihkan diri untuk mengambil lesen motor dan kereta sekaligus. Oh, ayah! Pinjamkanlah anakmu ini Yamaha Legendmu supaya aku dapat simpan duit untuk beli Saga SE merah idamanku... muhahaha! Oh, ye? Budak Bulat saya pun dah janji nak bayar separuhkan? hik...hik...hik! Sayang awak! (miang)

Selain hal-hal yang mengembirakan ini, aku... haizz...! (mengeluh) aku merasa agak hampa kerana selepas hampir sebulan berdiet dan meminimakan nasi setakat sekali sehari pada waktu tengah hari sahaja, aku masih gagal menurunkan berat badan. Hampa sungguh rasanya nih! (-.-')

Dalam masa yang sama, aku sedang mengusahakan 'sesuatu'. Kawan-kawan yang disukai sila doakan yang terbaik ye? Jasamu dikenang. Terima kasih kerana sentiasa sudi singgah di laman ini. (^_^) Oh, ya... bilangan follower dah bertambah. Tak sangka! Walaupun hanya 7 orang, aku tetap menghargai anda semua!

5 comments:

  1. saya suka tgk cik N merepek2..kihkih

    ReplyDelete
  2. wahhh..hampir bejaya mencapai impian.. bagus2..

    ReplyDelete
  3. selamat berak Anne! keh keh keh...
    cara ko merepek mmg luar biasa, tak ada ayat jiwang mawang bawang...

    walaupun akak tau dirimu sedang dalam sangkar kejiwangan percintunan.. hehe

    ReplyDelete
  4. Jiha,
    Terima kaseh, sahabat!
    (^_~)

    Kak CT,
    Saya pun suka merepek!
    Hik...hik...hik!

    Kak Nad,
    Itulah!
    Tekad dah membulat...
    Alhamdulillah!

    Kak Afna,
    Selamat kembali, kak!
    Terima kaseh atas sokongan!

    p/s : Tak sangka repekan dapat sambutan. Huhuhu! Hati memang tengah berbunga2... hahaha!
    (0_o)

    ReplyDelete