Wednesday, December 8, 2010

Pembawa Khabar Gembira


HARI ini aku menerima khabar yang cukup indah. Cukup manis. Cukup segala-galanya. Khabar yang serta merta membuatkan aku langsung mengenang. Terbang pulang ke tanggal 15 Mei 2005. Tanggal pertama aku diketemukan dengan si dia. Sahabat yang masih bernama sahabat sehingga ke hari ini... sahabat yang masih bernama sahabat selepas 5 tahun, 6 bulan dan 23 hari berlalu sejak dari hari pertama kami bertemu.

Kami bertemu di parking lot. Bersapa mesra dan kebetulan menuntut dalam jurusan yang sama. Jadinya terus seiring bersama. Sahabatku ini memesrai kehidupan yang penuh liku. Dan liku2 ini gagal menewaskan dia sebaliknya menjadikan dia tumbuh sebagai wanita yang sekeras kersani. Jiwanya kukuh. Dia sentiasa yakin dan tahu apa yang dia nak. Hal inilah antara hal yang paling aku kagumi dan cemburui. Dia tak gentar untuk berjuang mempertahankan apa yang dia mahukan. Pernah ada suatu hal yang menyebabkan persahabatan aku, dia dan teman-teman lainnya dilitupi mendung seketika... namun pada tika itu, dia tetap sudi menjadi matahari yang masih menghangatkan aku walaupun hadirnya cuma di balik awan. ^_^

Dia adalah sahabatku yang istimewa, teman yang sentiasa ada, adik yang manja dan lawan yang menguja. Huhuhu! Jangan sampai kami lawan berdebat, memang dahsyat! Terkadang orang2 keliling pandang memandang, disangkanya kami sedang bergaduh besar. Hahahaha... mengenang masa lalu yang manis menyebabkan aku nyaris gagal mengawal emosi. Serasa kolam jernih di kelopak mata sedang memberat. Sahabatku itu sudah membawa separuh dari jiwaku pergi. Dari saat dia menjadi tunangan orang... dan seterusnya menjadi yang halal untuk seorang lelaki yang bernama suami, aku sedar yang sahabatku takkan selapang dulu. Dia sudah punya tanggungjawab yang lebih besar untuk memurnikan rumahtangganya berbanding menghabiskan masa bergebang dan berseronok dengan aku. Huhuhu... aku faham tu. Tapi dia memang sahabatku yang manis! Aku mendapat penghormatan untuk menjadi pengapitnya pada hari bahagia dia melangkah ke dunia baru sebagai seorang wanita yang menyempurnakan separuh dari agamanya, dan pagi tadi, aku menjadi orang kedua (selepas suaminya) yang menerima khabar yang cukup mewarnai hati dengan kegirangan dan kesyukuran.

Alhamdulillah! Duhai RABB... Kau telah melimpahkan sahabatku dengan anugerah yang tiada tara. Aku masih belum putus mengucap syukur. Aku sungguh-sungguh mendoakan agar tempoh yang bakal berlalu ini penuh dengan rahmat-Mu, ALLAH... dan semoga Kau menyelamatkan sahabatku sehingga sampai waktunya. Amin... Sahabatku, aku sentiasa mendoakan yang baik-baik untukmu.

Terima kasih kerana menjadi sahabatku. Terima kasih untuk waktu-waktu yang telah kita kongsi bersama. Terima kasih dan semoga selamat dirimu hendaknya. Amin...!

6 comments:

  1. Ah!!! sgt terharu membaca enrti ini. Kau sahabatku dunia akhirat. Terima kasih kerana meletakkanku sebagai di antara org2 teristimewa dihatimu.
    Memang teruja, tambahan lagi berkongsi cerita dgn seorg shbt! :)

    ReplyDelete
  2. nak kepastian nih...jiha dah ngandung ker...jgn la berbunga2 sgt ayat weh...sush nak paham nih..

    ReplyDelete
  3. Sahabat,
    Kau juga adalah sahabatku dunia akhirat...
    selamat menimang cahaya mata,
    semoga lahirnya kelak mmbawa selaut bahagia!
    amin...

    Kak CT,
    Huhuhu...
    ye la!
    aku memang minah bunga.
    ahaks!

    ReplyDelete
  4. Tahniah jiha... walau di laman ini ucapannya... kerana tahniah secara sembunyi lebih istimewa berbanding sebaliknya... ;)

    ReplyDelete