Tuesday, July 13, 2010

Hikayat Sang Penderhaka Kepada Keterlupaan!


SUDAH lama rasanya aku tak berhikayat. Kui...kui...kui... hikayat longkang katanya. Aku kurang pandai bersatira. Jadi berhikayat sahajalah. Dulu ada sebuah negeri yang terletak jauh di timur. Orang2 di sini, hm... macam mana nak aku kabarkan laku duduknya, ya? Orang2nya adalah dari jenis yang sangat mencintai 'bahasa' mereka. Mereka paling pantang kalau mendengar orang bercakap dengan bahasa luar. Tak suka mereka! Silap2 hari bulan kena sembelih. hahahaha! Percaya tak?

Ada orang bijak pandai pernah mengatakan ini;

"Orang2 di negeri ini adalah seperti orang buta yang berada di dalam rumahnya sendiri. Hebat serba-serbi. Tetapi selangkah sahaja melangkah keluar dari rumah, terjelepok ke tanah!"

Aku angguk2 sahaja mendengar. Dahulu pernah ada sebuah monumen yang menjadi kebanggaan orang2 di sana. Harum gah namanya di mana2 sampaikan orang2 dari luar datang semata2 untuk menengok monumen yang indah ini. Tetapi yang lama akan berganti baru. Hutan paya tempat jin bertendang dicerahkan, dilapangkan tanahnya lalu dibina dengan monumen baru yang lebih gah. Lebih indah. Keindahan yang menenggelamkan susuk monumen lama yang semakin buruk terbiar. Lalang-lalang tinggi berdiri dan menjadi keterlupaan. Tiada lagi keindahan kerana tumpuan sudah berubah.

Kemudian sebuah gelanggang pula telah dibina untuk menggantikan gelanggang yang lama. Gelanggang baru yang indah dan canggih! Apalah yang ada pada gelanggang yang lama selain sejarahnya yang sudah terbentang sejak berzaman. Siap sahaja gelanggang baru yang memasang nama pemerintah yang baru juga, terus berenang ura2 di mana gelanggang lama yang memakai nama pemerintah yang lama sudah tidak relevan dan boleh diruntuhkan. Setelah berzaman segala keraian diraikan di situ, jasanya tidak dikenang. Ia mengenang sendirian. Barangkali kerana derhaka itu balasannya ada, belum sempat diruntuhkan yang lama, gelanggang baru yang serba canggih itu dulu yang runtuh menyembah bumi. Sedangkan yang lama, masih utuh gagah! Aduhai...

Aku hairan menengok kenapa orang2 di sana terlalu ghairah dengan benda2 semua tu. Sederet rumah kedai yang sudah ada sejak zaman Jepun lagi telah pun diruntuhkan demi membesarkan jalan yang semakin sarat dengan kesibukan katanya. Aku bukan penghalang kemajuan... tetapi aduhai sayangnya... lirih! Jangan bagi aku mulakan dengan cerita sebuah kebanggaan yang pernah menjadi yang terbesar di Asia Tenggara dan sekarang hanya terbesar di Malaysia! Itu lagi sadis. Dibiarkan buruk merekah tak bercat. Alasannya;

"Oleh kerana Ia adalah tempat untuk menyimpah sejarah, maka Ia haruslah kelihatan lama juga!"

Mari aku tanyakan satu soalan;

"Kau tahu tak apa bezanya antara lama dan antik dengan buruk?"

Kalau tahu, pergi cantikkan semula tempat yang aku tengok dah macam rumah puaka tu! Kalau tak tahu, aku cadangkan sila pergi mengulang ke tadika semula. Hahahaha... mana hikayatnya? Entahlah, sudah tercicir di mana.

Mungkin aku pun 2x5. Perlu mengulang ke taska semula!

4 comments:

  1. saya tahu dari ilham mana awak dapat idea nak tulis entri ni kehkehkeh. Oitt stadiung runtuh rantah wat malu kat ayah peng je kehkehkeh. Satu lagi sebab tu le takder rel kereta lipang. moh kalu ader jugok hmmm hari-hari le kerete lipang tergelincir gamoknyer

    ReplyDelete
  2. aku tak paham sepatah cerita pon N..im sorry..( sambil garu2 kepala, mb aku pon kna gi tadika)

    ReplyDelete
  3. SiniS sungguh, aku pun pernah ke negeri itu, ke bangunan yg di maksudkan :D

    Kak siti, ape da... kate dok Ganu...

    ReplyDelete
  4. Benuasuluk,
    En. Wan memang!
    Tak habis2 dengan teori kereta lipan.
    Tunggu saya jadi mb.
    Saya bina landasan keretapi bawah laut.
    Boleh?
    ;p

    CintaZulaikha,
    Tak pe, kak
    Kayuh pelan2!
    ;)

    Diari,
    Pahamkan?
    ;D

    ReplyDelete