Sunday, July 4, 2010

Benci Aku!


AKU paling tak suka tengok rancangan seperti Bersamamu atau yang seangkatan dengannya! Orang2 pernah mengatakan ini kepada aku ;

"Tak baik kau ni... kau tak merasa miskin macam tu bolehlah cakap!"

"Ya ALLAH... tak baiknya. Ini hari diorang, esok lusa kalu hari kau macam mana?"

Dan pelbagai lagi reaksi terkejut yang disampaikan mereka apabila aku mengatakan yang aku menyampah! Korang fikirlah sendiri... korang tak rasa ke yang rancangan macam tu hanya menggalakkan orang jadi peminta sedekah? Akan selesaikah masalah kemiskinan mereka kalau hanya menadah tangan untuk memohon simpati orang? Miskin, sampai anak2 tak mampu dihantar ke sekolah. Kemudian apa? Anak2 itu bukankah hanya akan menyambung legasi kemiskinan mereka? Aku tak faham macam mana orang boleh besarkan tiga orang anak dengan duduk bawah rumah bekas reban ayam. Aku lagi tak faham macam mana orang boleh besarkan lima orang anak dengan hanya duduk dalam van buruk dan bergelandangan.

Aku bukan kejam. Fikirlah sendiri, berapa ramai pendatang asing yang ada di negara ni? Kalau negara ni tak ada kerja, takkan sampai jutaan warga asing boleh membanjiri sektor pekerjaan kita? Kau cakap kau tak ada kerja sebab tak ada kelulusan, habis tu tak boleh kerja tukang sapu? Tak boleh kerja angkut sampah, jadi orang gaji, tak boleh? Hina ke kerja tu semua? Mak kawan aku besarkan TUJUH orang anak hanya dengan jadi tukang sapu. Semuanya jadi orang, masuk universiti. Susah jugak! Gaji tukang sapu RM300 je tau!

Kau sehat je aku tengok, tapi bagi alasan tak nak kerja. Anak2 berhenti sekolah alasan tak mampu. Nak jadi apa? Kalau yang cacat tu, aku memang simpati. Aku paling kagum dengan mak kawan aku tu. Gaji 300, anak 7, suami takde... tapi pelajaran anak2 complete! Naik turun jabatan kebajikan minta biasiswa untuk anak2 belajar. Itu baru betul!

Daripada korang sebuk2 minta sedekah dan bantuan duit dari orang, lebih baik kau cari kerja dan bantuan persekolahan untuk anak2. Pergilah beli kondom. Kalau tau ekonomi tak stabil, tak payahlah beranak ramai2. Kondom paling mudah 3 ringgit lebih. Mampu kot. Kalau tak mampu minta hospital sediakan kondom percuma! Entahlah, sesetengah orang kata aku cakap memang senang, tapi apa yang susah sangat? Takkanlah malu nak kerja angkut najis pun? Itu masih rezeki yang halal... ALLAH akan merahmati. Kerajaan pun tolonglah bantu. Kalau keluarga miskin tu, kecualikanlah yuran, seragam sekolah semua tu tak payah. Yang penting pelajaran. Pelajaran saja yang dapat memecahkan tembok kemiskinan. Janganlah malas. Kalau pendatang asing boleh cari rezeki di negara kita ni, tak mungkinlah kalau kita tak boleh!

Tolonglah jangan minta simpati orang sangat, nanti orang benci!

4 comments:

  1. Kita sokong... 100%
    Dia orang bukannya cacat atau apa pun cuma MALAS. Kalau pendatang asing boleh meraih beribu-ribu dan berjuta-juta ringgit dari bumi Malaysia, tak kan rakyat tempatan tak boleh nak meraih beratus-ratus ringgit tiap bulan... waima tak sampai seribu sekurang2nya tak adalah sampai nak meraih simpati... mmg betul pun kenyataan yang dikeluarkan oleh abang saudara kita, orang Malaysia cengeng, manja, sikit-sikit nak dibantu, sikit-sikit nak minta tolong, tak nak usaha sendiri... kalaulah tak ada sistem kerajaan di Malaysia ni pasti yang kaya makin kaya dan miskin terus melarat... dan kita mmg langsung tak suka dengan adanya rancangan itu! KAMI MEMBANTAH 100%

    ReplyDelete
  2. Epa,
    Salah singgah.
    Apa boleh buat...
    Bak perpatah yang mengatakan,
    "Ayam bertelur atas padi mati kebuluran!"
    Itulah tamsilnya.

    ReplyDelete
  3. orang kadang2 tak sedar dgn apa yg drg buat, mgkin bg drg tak salah kalau kita ckp psl hal miskin di kaca2 tv, spi ada skali tu mak mertua akak sdri pnh cakap yang knapa zmn dlu tader sumer bda camni, ngapa skrg baru ada. jd kita ni sbg org muda nak kata apa?? jd diam skjp. jadi pemikiran kita yang sihat ni sepatutnya harus berfikir yang rezeki tu semua dtg dari Tuhan..jadi walaubagaimanapun anggap ajaklah rancangan tu sbg rezeki tuk orang2 yang tidak mampu, may be...hmm

    ReplyDelete
  4. Kak CT,
    Aku paham maksud akak...
    Aku cuma mengharapkan rancangan macam tu tukar konsep.
    Dari minta sumbangan derma,
    Lebih baik tolong diorang ni dapatkan kerja dan biasiswa untuk anak2 sekolah.
    Derma cuma akan selesaikan masalah untuk seketika.

    ReplyDelete