Thursday, June 17, 2010

Tiada Agenda Tersembunyi


HARI tu aku lepak dekat kedai mamak. Makan sambil menengok apa yang patut. Mungkin sebab makan sorang2 jadinya mata meliar sikit. Depan meja aku baik punya duduk dua orang wanita dan seorang lelaki. Wanita itu berbangsa India dan Cina manakala lelakinya pula Melayu. Bersama mereka ada dua orang kanak2, yang perempuan Melayu dan lelakinya Cina. Usia aku syak empat @ lima tahun.

Mereka berlima berbual dengan sangat mesra menggunakan bahasa Melayu yang fasih dan diselang-selikan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Paling lucu apabila kanak2 lelaki Cina itu memainkan lagu Cuppy Cake Song di dalam hp ibunya dan mereka berdua menyanyikan lagu Inggeris itu dengan sebutan yang begitu baik sekali. Comel! Itu bukan bahagian yang hebat. Kerana kemajuan memang telah melakurkan etnik dan bangsa di dalam satu kawah. Namun yang mengejutkan aku adalah apabila kanak2 perempuan itu pula memainkan Asma Ul-Husna melalui hp bapanya, kedua kanak2 itu pun melagukan nama-nama ALLAH itu dengan baik sekali! Aku menjadi hairan campur kagum.

Satu meja yang menemukan tiga bangsa ini bukan salah satu adegan drama tempatan di TV yang sarat dengan agenda untuk mengampu kerajaan. Aku sentiasa percaya, kita semua sudah lama bersatu di dalam negara ini. Yang memisahkan kita sebenarnya adalah orang2 tua yang menjadi pemimpin dan memperjuangkan hak ketuanan bangsa itulah! Generasi hari ini telah lama menerima penyatuan kita. Bukan tiga bangsa ini sahaja, malah bangsa2 peribumi juga telah lama bersatu. Semasa aku menuntut di Sarawak dulu, namakan saja, Iban, Kayan, Melanau, Kadazan-Dusun, Bajau... apa lagi? Semuanya duduk semeja, bergelak, berganding bahu dan berkongsi pandangan. Tak ada masalah!

Kita kesemuanya sudah lama sedar yang kita memijak bumi yang sama, menjunjung langit yang sama, bernafas pada udara yang sama dan minum dengan air yang sama! Lalu apa sebenarnya yang membezakan kita? Jangan bicara soal agama! Agama adalah keutamaan yang peribadi. Itu kalau kita sama2 menghormati, apa masalahnya? Tidak ada satu agama pun yang mengajar umatnya berpecah-belah, sebaliknya saling menghormati, menyayangi dan harmoni.

Sedarlah, kita tak perlu disatukan oleh agenda yang mahu meraih undi. Kita telah lama bersatu. Ini tanah tumpah darah kita. Jangan terus diperbodohkan. Tanpa sedar aku turut sama menyanyi dengan kedua kanak2 ini dan ibu bapa mereka berpaling kepada aku sambil melemparkan senyuman. Dan aku membalasnya.

Tiada agenda tersembunyi di antara kami...!

4 comments:

  1. phobia terhadap kaum lain inilah permainan parti keris dr dulu sampai sekarang.

    ReplyDelete
  2. fobia....
    Hm, apa boleh buat!
    Takut pada bayang2 sendiri.

    ReplyDelete
  3. setuju!!
    kita telah lama satu bangsa..

    ReplyDelete
  4. Kak Afna!
    Salam kembali...
    betul kak, jemukan mendengar ketuanan bangsa ni?

    ReplyDelete