Thursday, June 3, 2010

Sekarang Aku Tahu Di Mana Primitifnya

Ini filem yang aku kena tonton atas sebab kerja. Entahlah, novel dulu aku pernah baca dan pernah suka... dulu...

BARANGKALI lewat untuk aku mengulas di sini tentang perkara ini. Mungkin saja keterlewatan ini disebabkan aku jarang2 sekali menonton televisyen lewat kebelakangan ni. Aku baru sahaja menonton sebuah program bual bicara yang memperkatakan tentang FILEM KITA. Aduhai... bosan sungguh isu ini sebenarnya. Sudah banyak kali dibicarakan dan sudah banyak kali dibahaskan!

Bila kita bercakap tentang filem, semua orang dalam industri akan menyebut-nyebut dan menyalahkan soal DUIT! Duit... duit... duit! Filem kita tak bagus sebab tak ada duit... filem kita PRIMITIF sebab tak cukup duit, filem kita setaraf SAMPAH pun sebab tak ada banyak duit untuk bikin filem yang bagus2. Kita tak cukup duit untuk buat PENYELIDIKAN yang mendalam untuk menghasilkan SKRIP yang baik. Adakah? Pengacara yang baik budi dan tak paham posisinya sebagai pengacara tu lantang mengambil contoh filem AVATAR yang meletup2 tu lalu mengatakan kita tak mampu untuk buat filem sehebat itu kerana tak cukup duit! Duit... duit... duit lagi! Hello! Filem itu bagus bukan dari sudut KEKAGUMANnya saja, tetapi JALAN CERITAnya juga harus diambil kira! Nampak ke tidak?

Sempurna sebuah filem bukan dari unsur kekagumannya sahaja. Bagusnya juga sebuah filem pun bukan dari sudut berapa banyak duit yang dikeluarkan untuk membikinnya saja. Alasannya kita tak mampu bayar PENULIS SKRIP dengan nilai yang banyak supaya skrip yang dihasilkan bagus2. Kita ambil PELAKON KAYU yang memang berlakon macam HAMPAS pun perlukan masa dan duit untuk latih mereka supaya jadi pelakon yang baik. Kenapa kita nak ambil pelakon kayu ni? Pasal khalayak yang mahukan pelakon2 ini kerana mereka didatangkan dengan susuk yang JELITA/KACAK dan dipercayai boleh DIJUAL! Memetik kata2 si prof yang gigih berkarya tu :

"Primitif di sini adalah bukan pada filem tetapi pada pemikiran para pengkritik yang hanya tahu mengkritik dan menilai sesebuah filem berdasarkan filem itu semata2 dan bukannya mahu mengambil tahu bagaimana kesusahan yang ditanggung dalam proses menghasilkan filem itu sendiri!"

Aduhai prof yang bijak pandai! Cuba cakap pada aku siapa yang bayar RM10 untuk ambil tahu tentang bagaimana filem itu dihasilkan. Orang2 keluarkan duit untuk mendapatkan kepuasan dengan menengok filem itu. Jalan ceritanya, unsur kekagumannya (ini dikira bonus kalau ada) dan mutu lakonan serta kualiti pengarahannya. Ada faham? SKRIP kita tak bagus. Jalan cerita mendatar dan tak ada PEMIKIRAN yang hendak disampaikan. Pakej pula dengan pelakon kayu yang bersandarkan pada rupa paras semata2.

Filem kita memang primitif! Primitif kerana penggiat tak mahu memandang kepada salah sendiri! Semua bercakap tentang duit dan kalau ada duit kita akan hasilkan filem yang MELETUP sana, meletup sini! Bawa kereta mewah, bawa jet ski kat Sungai Gombak, dan sebagainya! Itu sahaja... ada ke kita nak ambil tahu, jalan ceritanya bagaimana? PLOTnya bagaimana? Aduhai... susah! Fikir dulu apakah CIRI2 FILEM YANG BAIK yang sebenarnya dan bukannya hanya memikirkan duit... duit... duit sahaja!

Aku sebenarnya teringin sangat nak tengok FILEM MELAYU kita yang berkualiti dan boleh memuaskan aku. Bukannya aku ni terlalu menyanjung filem luar sangat. Cumanya aku masih tercari2 dan barangkali dah semakin SESAT dalam pencarian ni...

Aduhai...

2 comments:

  1. Bukan tak ada penulis skrip yang bgus di Malaysia.
    Bukan tak ada pengarah bagus di Malaysia dan bukanya tidak ada pengkritik filem yang bagus di Malaysia.

    Duit mmg tdak boleh dinafikan, penerbit selalu berkata. mereka hanyalah 'Business Man' yang hanya perlu tahu keuntunggan.

    Jadi dia akan hanya memberi 'duit' kepada pembikin filem yang boleh jadikan filemnya penuh dengan unsur kekaguman.

    sbg...

    ReplyDelete
  2. Aku sudah mula menyalahkan khalayak!

    ReplyDelete