Tuesday, February 16, 2010

Nilai Sebuah Ikatan

Bakal kak ipar aku.

AKU tertanya-tanya, bagaimana rasanya menjadi seorang isteri hanya untuk beberapa jam. Aduh, barangkali kalau diceraikan secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan pun masih belum cukup perit kalau nak dibandingkan dengan baru sahaja melihat suami yang mengambil akad nikah dan mengucup dahinya, kemudian melihatnya pula di bilik mayat untuk tujuan pengecaman. Hari di mana kenduri bersanding sepatutnya dijalankan, bertukar menjadi kenduri arwah. Pelamin, baju pengantin, hantaran yang digubah cantik, bunga telur untuk para tamu dan juga inai yang masih memerah dijari... oh, bukankah semua itu menjadi mimpi ngeri?

November yang lalu, adik sepupu aku telah selamat jadi isteri orang. Januari ini pula seorang sahabatku bakal jadi tunangan orang. Februarinya, along aku bakal jadi suami orang (perhatian : dia dan bakal kak long aku dah bercinta sejak aku darjah 6! 12 tahun, beb!). Mac pula, seorang lagi sahabat aku bakal jadi isteri orang. Sepuluh tahun kami bersahabat. Bila dia dah nak kahwin ni, teringat pula aku pada zaman budak jahat kami. Hahaha... orang pergi kelas tambahan PMR setiap petang, kami berdua pula hari-hari meronda kampung dengan motor buruk aku (aku tak ada lesen, redah je!) dan lepak kat tepi sungai sambil mengintai lelaki idaman dia. Aku anti lelaki! Hahaha... kami pernah melancarkan perang dengan sekumpulan budak lelaki semasa aktif bersilat, hari-hari bertumbuk dan berlumba motor bagi menunjukkan siapa lebih hebat. Bahagian harunya, lelaki idaman dia tu salah seorang dari musuh2 kami.

Melalut pula aku ni. Sebenarnya tujuan aku menulis entri ni adalah untuk mengucapkan tahniah kepada adik saudaraku, selamat menempuhi hari2 baru sebagai isteri selepas enam tahun bercinta. Selain itu, kepada dua orang sahabat aku yang bakal bertunang dan berkahwin, tahniah dan semoga berakhir dengan bahagia. Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang suci. Tak paham aku dengan sesetengah orang yang kahwin dan bercerai semudah membaca ABC! Kalau belum betul bersedia, jangan la gatal nak menikah. Fikir dulu masak-masak. Jangan main-main.

Aku pernah baca tentang satu suku kaum orang asli (di mana aku tak berapa ingat pasal dah lama sangat) yang akan tinggal bersama sebelum kahwin. Tak kira berapa lama pun, dan kalau tak sesuai boleh berpisah. Bunyinya macam kurang enak, dan aku tak pun suruh korang buat macam tu memandangan kita ada agama. Apa yang cuba aku sampaikan ialah perkahwinan adalah suatu ikatan yang sungguh istimewa dan tidak ternilai. Fahamilah. Bukannya cuba kahwin dulu dan kemudian bercerai bila rasa tak berapa nak rasi.
Lewat kebelakangan ni, begitu ramai orang-orang disekeliling aku yang sudah dan bakal menempuhinya. Lalu, aku doakan yang terbaik buat kalian. Kalau terasa rapuh, ingatilah kembali saat yang manis-manis dan kualiti si dia yang pernah membuatkan korang jatuh cinta dan berbahagia. Insya-Allah, semuanya akan berjalan dengan baik. Salam tahniah! Semoga bergembira dan kekal sehingga ke akhirnya. Amin.

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh,
Saat kau mulai terjatuh,
Aku datang menyelamatkanmu,
Ini syurga kita... tiada yang menguasainya,
Tempat kita bersandar dan bertakhta...!

2 comments:

  1. tenang syang ku pasti akan datang..yakinlah aku menjemputmu...sari sambung lagu ni untuk anne..:) bila mau p KL?

    ReplyDelete
  2. Czuka,
    Semakin hampir...
    Huhu.
    Terima kasih kerana sudi singgah!
    Rindulah...

    ReplyDelete