Thursday, December 24, 2009

Akhbar Porno


Kerja sebagai SA di 7-Eleven ni ada satu bagusnya. Aku boleh baca surat khabar secara percuma. Dulu masa belajar pun, dapat juga baca surat khabar percuma... tapi malas sungguh nak menapak ke perpustakaan dan berebut dengan umat yang ramai tu. Seorang teman pernah berkata,
“Lupakan saja surat khabar... semuanya dipenuhi propaganda!”
Aku bukan pembaca surat khabar pun. Menonton berita malah jarang sekali. Bapak aku selalu marah2 pasal aku selalu tengok Phua Chu Kang atau sebarang cerita lain masa waktu dia menengok berita (8-9PM). Sampai pensyarah aku masa mengajar subjek ‘Kewartawanan Seni’ dulu pun marah-marah. Sorry, En. Sukarno! Aku memang mudah jelak membaca sandiwara dunia. Sekarang ni pun aku dah mula yakin yang sejarah sebenarnya suatu pembohongan! Omongan orang dulu2... hahahaha! Makin teruk fikiran aku teracun. Begitu menurut sesetengah pihak. Racun pada orang lain, belum tentu racun juga untuk aku. Betul ke tidak?
Berbalik kepada isu asal yang nak aku perkatakan. Kebetulan dah bertimbun-timbun naskah akhbar dari pelbagai edisi tersusun cantik depan mata, jadinya ringan jugalah aku nak belek-belek sikit. Menjeling apa yang patut. Huh!
“Bapak Tergamam Lihat Aksi Anak Di’baham’ Lima Lelaki”
“Suami Terlampau Belasah Isteri ‘Tak Tahan’”
“Rumah Tangga Hancur, Suami Terlebih Power”
Wah, panas sungguh tajuk akhbar nombor satu di Malaysia ni. (Perhatian : Akhbar ini telah mencatatkan rekod jualan akhbar tertinggi di Malaysia) Ruangan faktanya lagi hebat,
“Gadis diratah oleh tiga lelaki selama dua hari”
“Isteri tak tahan suami mahu berasmara 17 kali sehari”
“Berbogel semasa Bomoh lelaki masukkan susuk ke dalam kemaluan”
Naik hairan aku. Teringat pula pada skrip drama acuan Usman Awang yang berjudul Tamu Di Bukit Kenny.
CIK PUAN : Suratkhabar sekarang ni kalau tak membesarkan berita rogol , rompak, khalwat, gambar-gambar telanjang, tak sah, bukan suratkhabar.
Skrip ini telah ditukangi seputar tahun 1967. Sekarang tahun 2009. 42 tahun! Rupanya tak ada apa2 yang berubah dalam tempoh lebih empat dekad ini. Kata mereka berita-berita ini demi kemanusiaan. Tetapi aku masih tercari-cari di mana kemanusiaan itu? Terselit di celah berita wanita berumur yang ditangkap khalwat dengan lelaki mudakah? Atau tersembunyi di sebalik berita kopi penguat tenaga sekskah? Semasa David Teoh ke akademi dulu, beliau pun pernah membela filem Remp-it dengan berkata begini,
“Apa yang kami cuba sampaikan dalam filem ini adalah mesej supaya remaja jangan jadi macam Madi yang merempit dan akhirnya mati sia-sia.”
Dan wow! Aku kagum. Mesej sebaik itu disampaikan dengan gambar-gambar yang diambil dari celah kangkang, aksi menanggalkan pakaian dan bergomol di atas katil. Mengucapkan ‘assalamualaikum’ sambil memeluk perempuan bogel yang bakal disetubuhi secara haram. Penggunaan bahasa seperti bil air tertunggak, ‘kita dah ada bf, awak dengan kita skandal saja’ (tapi masih boleh ke katil), dah bolos dan berlambak lagi aksi yang hangat2 belaka.
Jadi apa bezanya filem s*mp*h seperti itu dengan surat khabar yang menyiarkan berita yang panas2 dengan tajuk-tajuk yang hangat dan menggunakan bahasa seperti diratah, dikenduri, pesta asmara, nafsu ganas dan sebagainya. Paling lucu, ditemubual pula mufti dan pegawai2 agama bagi mengulas isu itu supaya kelihatan usaha suci mereka untuk ‘membersihkan’ kekotoran yang ada. Isu susuk di kemaluan, suami memiliki kekuatan seks luar biasa berkaitan dengan makhluk halus pula membuatkan aku melabel pula surat khabar ini sebagai Akhbar Porno dan Khurafat.
Katalah aku tak faham. Aku hanya tau menunding jari dan melihat usaha suci murni mereka sekadar di permukaan sahaja, ataupun aku hanya menilai berdasarkan judul dan gaya bahasa yang digunakan semata-mata. Katalah aku memang bebal yang tak mengerti. Namun aku ingin tanyakan kalian yang membeli surat khabar ini setiap hari sehingga ia menjadi akhbar nombor satu di Malaysia, kalau satu hari nanti anak-anak anda yang baru berusia seputar enam hingga 12 tahun bertanyakan,
“Ayah, Ibu... adakah ayah pun terlebih power dan mahukan seks bersama ibu sampai 17 kali satu malam?”
Ataupun soalnya,
“Ayah tak nak periksa handphone kakak ke, manalah tahu ada rakaman kakak diratah oleh lima lelaki juga?”
Ataupun,
“Ibu, boleh tak adik pakai susuk di kemaluan juga supaya suami adik tak tahu yang adik pernah berasmara dengan lelaki lain sebelum kami berkahwin bila adik besar nanti?”
Agak-agaknyalah, apa yang anda nak jawab?

1 comment:

  1. akhbar murahan dan sampah begitu memang org malaysia suka baca, terutama orang melayu yg tak cerah fikrahnya. cerita rogol, cerita poen, cerita hantu tetek, cerita ubat kuat memang kesukaan melayu. dan akhbar begitu selayaknya dibuat lap berak kucing saja.

    inilah akibatnya tiada kebebasan media di negara ni.kebanyakkan akbar2 arus perdana semuanya berkepentingan terhadap satu pihak.

    aku lebih mempercayai blog sekarang berbanding akbar walaupun berita2 blog tak semuanya sahih tapi masih ada kebebsan dan byk pilihan lagi.

    tgk apa jadi pada utusan melayu setelah "dibeli" oleh umno - SAMPAH!!! utusan melayu tak begitu sebelum mogok utusan.


    lihat kisah Pak Said Zahari-Ketua Pengarang Utusan Melayu pada tahun 1959 yg ditahan bawah ISA selama 17 BELAS TAHUN.

    salute pada para pemogok utusan tahun 1961!!!
    sila masuk link ni utk tahu cerita said zahari

    http://ww1.klpos.com/klpos/index.php?option=com_content&task=view&id=999&Itemid=49

    http://n32.blogspot.com/2006/02/kasihan-utusan-melayu-dah-terkubur.html

    ReplyDelete