Saturday, August 8, 2009

Mencuba Untuk Positif Dan Kisah Tomyam!

Sekadar gambar hiasan... ;-p


Dengan perasaan yang cukup tenang aku menulis kali ini. Ramai yang mendoakan, jadinya aku berjaya menenangkan fikiran dan sedang mencuba pula untuk berfikiran positif. Pensyarah terbaik aku mengirimkan sms yang bagiku cukup bererti walaupun cara penyampaian beliau sungguh.... sungguhlah! Hahahaha... Aku akui yang aku sungguh emo. Pasal itulah si Mimie melabelkan aku sebagai Kak N Emo! Adakah? Aku akan balik kampung dengan tenang dan nyali yang sarat dengan nekad iaitu tidak akan menjadi puteri UMNO dan akan meneruskan perjuangan sebagai seorang penulis. InsyaAllah... ingatan oleh pensyarahku tentang kisah TOMYAM entah kenapa menyebabkan aku tersedar kembali. Terima kasih En. W! Kisah tentang TOMYAM adalah sebuah kisah lama yang istimewa. Huhuhu... mana2 budak penulisan taulah! Lagipun aku ada sokongan teman-teman dan si dia yang aku kasihi. Hahahaha! Jadinya, aku akan ucapkan selamat tinggal dengan riangnya. Jangan lupakan aku, ya? ;-)

p/s : Salam tahniah dan terima kasih kepada rakan2 seperjuangan iaitu, Epool, Kak Afna dan Zahid yang tahu bagaimana merasai empat tahun ini. Kita dah buktikan yang empat tahun kita bukannya sia2! Alhamdulillah... kalian teman2 yang hebat!

3 comments:

  1. Moga berjaya tak kira di mana berada...
    moga terus saling ingat mengingati...
    Kawen jgn lupa inform...:)

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya di mana kau berada.....
    Ingat tak kita pernah angan2 nk buka kafe sblahnya kedai buku? :)

    ReplyDelete
  3. Kak Afna,
    Terima kasih banyak...
    Kalau ada jodoh, insyaAllah!
    Huhuhu...

    Dik Jiha,
    Salah tu!
    Bukan bukak kafe sebelah kedai buku...
    Tapi bukan kafe sekali dengan kedai buku.
    Ala, 2 in 1.
    Macam nescafe, milo dll yang 3 in1 tu!
    Huhuhuhu...

    ReplyDelete