Wednesday, August 12, 2009

H1N1 Dan Kisah Kuno Tentang Hospital!


Aku mula muak! Nak salahkan 100% pun rasa macam xkena juga. Maklum sahajalah, dalam kegilaan wabak mengganas ni, mesti masalah selaut jadinya. Tapi aku jadi geram. Berpuluh2 kali sehari tv duk menyiarkan iklan tentang bahana H1N1. Paling muak aku dengar,

"Sila dapatkan rawatan segera apabila anda mempunyai tanda2 berikut... bla...bla...bla!"

Aku dengan mimie mempunyai hampir kesemuanya. Demam, sakit tekak, batuk, selesema, sakit2 badan dan macam2lah. Jadinya, dalam kerisauan yang memuncak, menapaklah kami ke HUKM untuk buat pemeriksaan. Yalah, kalau tak ada alhamdulillah... kalau ada, sempat dapatkan rawatan awal. Sampai2 sahaja di HUKM (selepas membayar tambang teksi sebanyak RM6.50, cekik darah naikkan tambang teksi!), bertanyalah kami berdua pasal mamat yang duduk kat kaunter pertanyaan.

"Tumpang tanya, dekat sini boleh buat ujian H1N1?"

Dia kata boleh, lalu tunjukkan kami arah ke ruangan kecemasan. Selepas ucapkan terima kasih (menyahut seruan kerajaan untuk berbudi bahasa... macamlah selama ni aku tak berbudi bahasa! Setakat senyum dan ucap terima kasih tu, mak ayah aku dah ajar dari kecik lagi!) Hospital tu punyalah horror! Mimie pun menyucapkan kata2 ini,

"Kalau macam nilah, takde penyakit pun boleh jadi ada!"

Seluruh umat kat situ memakai topeng muka. Sesak. Yang kelihatan hampir arwah pun ada. Tersidai di bahu2 bf, gf, mak, ayah, kawan dll. Ada yang tersadai di dinding (lagi sadis). Ada pula yang batuk tak henti2! Cuak betul aku dan mimie! Sampai di ruangan kecemasan, aku tanya la pada akak kat situ. Jawabnya...

"Bukan kes kritikal, jadi kena tunggu dalam 5, 6 jam!"

Hampir tercekik aku dibuatnya. Hospital kerajaan, apa yang aku harapkan? Aku pujuk hati sendiri. Demi kesihatan, beraturlah aku dan mimie. Sampai saja kat depan kaunter yang ketiga, mamat tu cakap macam ni,

"Kat sini tak ada buat ujian H1N1! Yang ada dekat HKL dan Hospital Sg. Buloh saja!"

P*k*m*k betul! Buang masa betullah! Tekanan betul aku dibuatnya... Mimie dah buat muka tertekan. Demi Mimie yang dah ambik cuti, aku gagahkan menapak ke HKL. Di sana lagi dahsyat pemandangannya. Aku dengan Mimie serba tak kena. Nak duduk tak sudi, nak berdiri pun tak kena. Orang batuk sebelah kiri, orang bersin sebelah kanan, orang buang kahak belah belakang, orang duk menggigil belah depan. Aduh la! Akhirnya nama Mimie dipanggil. Tak sampai 5 min masuk, dia keluar. Katanya dr. tu periksa lebih kurang dan kemudiannya kata dia cuma demam biasa. Ada ke? MC pun tak sempat nak minta kerana dr. tu dah panggil orang lain. Aku lagi best! Langsung tak dipanggil. Habis muak, aku ajak Mimie blah.

Sejak dari semalam, aku jemu betul bila tengok iklan pasal H1N1 ni. F**k la! Suruh orang ambil langkah berjaga2 tapi bila orang pergi, macam ni pula jadinya. Bosan, jemu, muak dengan janji2 kerajaan! Topeng muka pun tak disediakan kat hospital tu. Langkah berjaga2 apa macam ni? Sudahlah! Jemu... aku jemu!!!

10 comments:

  1. anne mmg runsing giler dgn situasi skarang ni...
    pulak tu kat swasta tak ade buat pemeriksaan H1N1...
    akak dgn zara duduk diam2 di rumah saja skarang ni...

    ReplyDelete
  2. sila baca ini dan kalau boleh sebarkan..

    http://tukartiub.blogspot.com/2009/08/satu-pandangan.html

    memang betul kata afna, swasta x de buat pemeriksaan selsema babi...

    Hmmm..bila Malaysia nak mempunyai sistem perubatan seperti di Cuba?

    Kalau boleh cuba tengok sebuah dokumnentari oleh Michael Moore, nama doku tu SICKO, selepas tgk, cuba fikir, malaysia juga sekarang cuba untuk menjadi kearah sistem perubatan sama seperti Amerika dimana semuanya mesti dibayar Mahal jika anda sakit!!!

    ReplyDelete
  3. Kak Afna,
    Balik kg ni saya pun nak duk diam2 saja di rumah.

    Pool,
    Paling tambah tekanan bila tengok berita hari ni.
    Rakyat d nasihatkan supaya tidak cemas.
    44 orang da mati.
    Gila ke suh tak cemas?
    Aku paham maksud ko dan aku pun setuju.
    Bayaran yang mahal saja yang menjanjikan rawatan yang sempurna.
    Thx utk link tu, nanti aku jenguk!

    ReplyDelete
  4. Memang sialanlah mcm tu
    Aku pun dah 1-2 hari ni tak sihat, hari ni tak masuk kerja. Risau plak. uHuk
    Hospital kerajaan memang layanan kelas F

    ReplyDelete
  5. hopsitla kerjaan layana kelas f kerana kerjaan mahu kita pergi hospital swasta, dan bila byk org pergi hospital swasta, maka makin byklah hospital swasta di negara ini dan akan menguntungkan"sesetngah pihak"..cuba teka siapa yg bg dasar penswsataan di negara ni?..jeng jeng jeng!!!

    ReplyDelete
  6. Jiha,
    Aku doakan ko sehat2 saja.

    Pool,
    Aku tak pasti siapa...
    Yang aku tau, pada pertengahan tahun 1983, Dasar Persyarikatan Malaysia dilancarkan yang menyentuh peranan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.
    PM masa tu ya?
    Tak hairanlah kalu betul...

    ReplyDelete
  7. apa namaaaaaaaa

    hahahha..cuba teka siapa yg terkenal dengan ayat tu..kehkehkeh

    ReplyDelete
  8. Hospital kerajaan memang cam gitu...
    mementang tak bayar mahal dorang buat kerja sambil lewa aje...

    Nampak tak persamaan hospital kerajaan Malaysia dengan India?
    Takde bezakan?
    Kat India keadaannya cam gini sebab orang terlalu ramai dan yang lain2 tu makan suap...
    Malaysia?
    Paham-paham ajelah....

    ReplyDelete
  9. Pool,
    Sudah terang lg bersuluh!
    Hahahaha...

    Kak Romi,
    Memang tak ada beza!

    Encik Moshared,
    Ya...
    Hidup H1N1!

    P/s : Rindunye....

    ReplyDelete