Tuesday, May 12, 2009

Sentimen Sebuah Pasar...!

Aku masih ingat. Seputar tahun 1996, kali pertama aku membaca novel hasil karya Ahadiat Akashah. Masa tu aku masih anak2... baru berusia 10 tahun. Abang long aku, peminat setia Ahadiat. Aku banyak diserap pengaruh Along. Kegemaran dia bererti kegemaran aku juga. Kalau dia suka KRU, aku pun suka KRU. Kalau dia suka komik aksi dari Hong Kong hasil karya Tony Wong terbitan Jade Dynasty, aku pun suka juga. Komik 'Alam Perwira' yang paling aku suka. Watak utamanya si Ji Fat tu memang cool! Jadi kalau Along sukakan Ahadiat Akashah, aku pun suka juga (masa tulah! Sekarang tidak lagi...)! Aku masih ingat tajuknya, 'Budak Rap' edisi 1 dan 2 yang kemudiannya dijadikan kompilasi 'Aku, Rapsody Dan Blues'. Kisah tentang budak2 rap di jalanan yang kotor dan berdebu tetapi rupa2nya di sebalik semua itu, mereka adalah remaja penyandang ijazah di luar negara. Bahasanya memang dahsyat. Aku sendiri keliru, apa yang cuba Ahadiat sampaikan dalam novelnya? Lupakan Ahadiat... biar dia tenggelam dengan labu2nya...
Aku cuma mahu sampaikan. Melalui buku itu, aku mengenali Central Market (CM) dan Lot 10. Aku mengenali remaja jalanan sebelum aku dewasa. Bila aku diterima belajar di akademi, percaya atau tidak, tempat pertama yang aku nak pergi adalah kedua-dua tempat ni. CM dan Lot 10. Tak tahulah kenapa... Jiha pernah bagi tahu, dulu pernah ada kes budak meninggal patah tengkuk pasal menari kat bumbung CM. Aku diam sekejap. Masa tu, aku tahulah dari mana Ahadiat dapat idea nak buat Razlan mati patah tengkuk dalam cerita 'Budak Rap' tu. Si Razlan ni meninggal pasal menari rap kat bumbung CMlah!
Hujung minggu lepas, aku temani adik comelku si Mimie buat dokumentari di CM. Kami berjumpa dengan seorang pelukis yang cool bernama Pak Ghani. Beliau tak lokek langsung. Ringan sahaja mulutnya bercerita itu dan ini. Susah payah dan jerit perih beliau dari menjadi pelukis jalanan di Masjid India sampailah berhijrah ke CM seputar tahun 1986! Oh, Pak Ghani... aku baru lahir masa tahun tu. Pak Ghani melihat transformasi CM dari sebuah pasar basah kepada sebuah pasar seni. Pak Ghani juga mengajak kami melihat bagaimana seorang penyanyi jalanan yang menjaja suara, pelukis yang melakarkan pengalaman, penjaja yang menjual kehidupan dan juga orang2 yang sekadar lalu lalang.
Aku tertarik dengan si penyanyi jalanan ini. Bakatnya aku kira jauh lebih bagus dari produk2 AF, OIAM, Mentor dan macam2 lagilah program realiti yang muak untuk aku sebut. Namun, disebalik bakat yang begitu besar... mereka sekadar menghiburkan orang2 di jalanan. Untuk aku, ini bukti rakyat Malaysia tidak sensitif! Pemilih dan tidak peka. Jangan marah ya? Itu sekadar pandangan aku.
Pak Ghani yang cool berpesan kepada aku dan Mimie... jalan ini tidak akan pernah mudah. Jatuh berkali-kali itu pasti tetapi barangkali tidak apa2 kerana pedih kekalahan akan memandu perjalanan melangkah ke hadapan. Jiwa kami harus kukuh dan tabah. Jangan pernah kenal putus asa... lalu dengan itu, pada suatu masa kami pasti akan berjaya. Terima kasih, Pak Ghani! Aku akan ingat itu. Untuk Pak Ghani dan seniman jalanan yang lain2nya... syabas aku ucapkan! Kerana kalian lebih mengenal dan memesrai kehidupan. ;-)
Singgah di Masjid Jamek

Pasar Seni... terjualkah kehidupan?

Pak Ghani yang cool!

Sempat menyibuk bersama Pak Ghani! ;-)

10 comments:

  1. Aku dah lama nak jumpa Pak Ghani bila lalu lalang di CM tapi tak berkesempatan....

    ReplyDelete
  2. MM..akak lebih mesra dengan novel2 creative...masa awal2 dulu...

    ReplyDelete
  3. Jiha,
    Kita kena pandai amik kesempatan.
    huhuhu...
    Pak Ghani ni memang cool gile.
    Kalau ko nak tegur, jgn fikir 2, 3 kali.
    Tegur seja! ;-)
    Gerenti dilayan...

    Kak Afna,
    Kalau akak nak tahu...
    Remaja saya dihabiskan dengan membaca semua novel Ahadiat.
    Jumlah yang memenangi Malaysia Book Of Record tu!
    Semuanya saya khatam!
    Bila mengenal novel sastera,
    terasa sayangnya masa yg telah dihabiskan utk baca novel karut-marut si Ahadiat!
    Dia ada sesuatu yg nak disampaikan...
    Sayangnya keterlaluan!

    p/s : Contohnya begini ya? Watak2 hero dan heroin harus cantik/tampan tahap dewa. Pastu, pandai gila+lulusan luar negara. Kaya melampau-lampau (hasil ijazah luar negara). Cool dan tak mementingkan norma kehidupan normal. Cinta mati (pasal cinta dlm novel mamat ni memang membawa ke mati! Suka2 hati je bunuh watak). Jgn mulakan soal bahasa. Gua, Lu, ek e la, blah ar, dan banyak lagi. Alasannya mudah diterima pembaca remaja. Boleh?

    ReplyDelete
  4. pak ghani cool la dgn beret merah tu, macam Hugo Chavez,

    Central Market, teringat tahun 1999 dulu masa tingkatan dua, situlah port ponteng aku selain Kotaraya dan The Mall, kihkihkih..

    mmm..Bau-Bau cafe dah tutup,
    kat Annexe takleh buat gig dah
    yg cool tinggal kedai ricecooker je

    sejak cm dah "esklusif" ni..cm dah hilang soul dia tersendiri la ann

    ReplyDelete
  5. saya sudah lama tidak jumpa pak ghani.dia dan ayah saya teman pelukis.

    ReplyDelete
  6. Alam Perwira antara komik hong kong kegemaran saya... selain watak Ji Fat... bapak dia pun power gak...

    ReplyDelete
  7. Pool,
    Hugo Chavez, huh?
    Huhuhu...
    Aku xmelihat revolusi CM...
    Aku dtg KL je, CM dah mcm skunk.
    Tp aku rasa CM dan ASWARA sama saja!
    Kehilangan jiwa bila dah semakin gah...
    Nak buat mcm mana?
    Nilai "esklusif" terlalu mahal harganya. ;-)

    En. Wan Azriq,
    Terima kasih kerana sudi singgah!
    ;-)

    Saudara Zabad,
    Owh, kita berkongsi minat yg sama rupanya!
    Huhuhu...
    p/s : Oit, aku simpan lagi komik2 tu semua! ;-D

    ReplyDelete
  8. Tahniah pemilik blog. Cantik sungguh judul blog ini.

    Satira+Kacau

    ReplyDelete
  9. Akak pernah jatuh cinta dengan karya 'Aku, Rapsody Dan Blues'...
    Bagus N,
    awak dapat peluang berkongsi pengalaman dengan mereka yang serba tahu...
    Satu pengalaman yang sukar dibeli...

    ReplyDelete
  10. Satira,
    Salam terima kasih kerana sudi singgah!
    ;-)

    Kak Romiku,
    Alhamdulillah...
    Rezeki!

    ReplyDelete