Saturday, May 9, 2009

Lagenda Sebuah Kerajaan Seni!


Seorang teman yang aku suka lakonan dan cara dia berfikir berpendirian seperti ini, “Manusia ialah haiwan sosial!” Itu kata dia... kata aku? Mari persetankan kata2 aku. Hm, apa pandangan kalian tentang pandangan temanku? Barangkali tak perlu kita bincangkan kerana bukan soal itu yang hendak aku perkatakan hari ini. Apa yang aku hendak bicarakan adalah mengenai sebuah hikayat. Bukankah kalian suka mendengar sebuah hikayat? Kalau tak suka, sila beralih ke blog lain. Di sini bukan ruangan anda!
Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah kerajaan besar yang diperintah dan ditakluki oleh organisasi yang terdiri daripada golongan monyet atau beruk. Kerajaan ini sebenarnya kecil sahaja pada awal kewujudannya seputar tahun 1994 namun diterajui oleh orang2 yang besar jiwanya (ketika ini belum lagi terdiri daripada golongan monyet). Namun setelah beranjak ke alaf yang baru seputar tahun 2006, kerajaan ini berubah secara besar-besaran menjadi begitu besar dan perkasa, kononnya! Malang sekali, orang2 yg besar jiwanya itu telah digantikan dengan sekumpulan beruk2 bodoh dungu tolol yang hanya tahu menjilat bontot orang atasan demi mendapat nama dan kedudukan yang lebih menjanjikan. Rakyat jelata melarat dan dipinggirkan, malah dilayan sesuka hati seperti sekalian rakyat jelata ini tidak berperasaan ataupun berhak mendapat pembelaan serta penghargaan. Bukan rakyat sahaja, malah sesetengah pembesar dan orang2 atasan yang masih besar jiwanya turut diperkotak-katik semahu hati. Mereka dilayan seperti sampah sarap yang tiada nilai. Paling teruk sekali tentulah BAPAK BERUK yang duduk di atas singgahsana. Tahunya angguk2 dan geleng2 sahaja... sekali-sekala garu2 bontot tanda tak tahu apa2! Sudahlah asal usulnya bukan dari golongan atasan, tiba2 sahaja jadi pemerintah di sini. Bingai!
Pada suatu hari, sekalian rakyat jelata dipanggil bersidang. Bukan sidang sebenarnya sebab pihak pemerintah sudah pun berkeputusan dan rakyat dipanggil mendengar sahaja. Begini, pihak pemerintah mendapati rakyat jelata sudah banyak menghabiskan duit kerajaan dengan bayaran elaun akhir sebanyak RM200 dan belanja makan dan minum yang terpaksa ditanggung setiap kali sebarang aktiviti dijalankan. Pihak pemerintah membuat keputusan yang tiada lagi elaun yang akan diberikan kepada rakyat, berkuatkuasa serta merta. Malah, mereka mengatakan yang mereka sudah cukup berperikemanusiaan dengan memberikan makan minum kepada rakyat. Dasar beruk bebal yang berhidung tinggi! Sombong benar kata2nya... Hey, beruk pemerintah! Selama ini pun, sekalian rakyat jelata tak pernah mati kebulur kalau tak makan di istana. Kalau berkira sangat, tak payah bagi makan terus! Rakyat boleh hidup juga.
Selama ini, kalau istana mengadakan keramaian, terutamanya gema merdeka yang ada setiap tahun tu, rakyat inilah yang bertungkus-lumus demi menggemilangkan nama kerajaan. Setiap titis keringat dan susah payah yang rakyat korbankan pernahkah dibalas? Sesen pun rakyat tak dapat! 3 tahun berturut-turut! 1 SEN PUN TIDAK! Lagi 1, kalau istana anjurkan keramaian dan tak ada orang yang datang, rakyat dikerah ke istana dengan kata2 yang cukup menyakitkan telinga dan jiwa. Dikerah seperti lembu dan kambing ke panggung. Tapi kalau ada tamu yang diundang datang, rakyat dihalau seperti kucing kurap. Adakah?
Cakap banyak pun tak guna (waima memang dah banyak)! Tak habis kalau nak diwartakan duka rakyat di sini. Kepada sekalian beruk2 terutamanya BAPAK BERUK, janganlah terlalu meninggi hidung dan melayan rakyat seperti sampah sarap. Kami pun ada perasaan ingin dihargai sebagai mahasiswa. Kami menuntut di sini dengan hasrat menggapai cita2 dan dikalungkan dengan gelaran graduan yang berjaya. Jangan melayan kami sepertimana anda tidak mahu dilayan kerana pada suatu masa, anda akan merasa apa yang kami rasa!
Sekianlah apa adanya...

9 comments:

  1. em..
    manusia adalah haiwan sosial..menurut kata sigmund Frued..
    menurut kata al-Ghazali, manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah...
    Dan kata Affandi Hassan, Sigmund telah menjatuhkan manusia sehina-hinanya apabila dia menyamakan manusia dengan haiwan yg dicipta tanpa akal..

    rujukan: Pendidikan estetika daripada Pendekatan Tauhid!

    Annn..cerita2 hang memang kena dan tepat..!

    ReplyDelete
  2. ann..
    temanmu itu tentu si merahputih...
    ayat2 dia dlm blog pun blh tahan...
    bahasa dia menarik..kan?

    kalau salah tak payah betulkan..
    :)

    ReplyDelete
  3. he2...kerajaan dulu ok, kerajaan skrang...hu2. memang TAK LAH.

    ReplyDelete
  4. kahkahakah...

    inilah akibatnya jka tempat meuntot ilmu di istanakan

    mungkin aku akan dituduh sesat lagi menyesatkan bahwa aku percaya akan teori charles darwin yang menyatakan manusia daripada berok..bukankah entri kau ini sudah membuktikannya?..kahkahkah...lagi satu..sila perhatikan perangai mat rempit..bukankah sama seperti hyena?

    ReplyDelete
  5. ini paling tepat dengan entri kau...



    http://tukartiub.blogspot.com/2009/05/mengenal-bahasa-melayu_09.html

    ReplyDelete
  6. epol..
    aku percaya perbicangan begini akan jadi panjang..
    kalau perhatikan betul2 mmg manusia yg masuk dalam teori yg dicipta..menawarkan diri untuk membenarkan teori..
    ya..mcm yg ko ckp mat rempit mmg mcm beroook!

    wey..geng jom mengopi..gebang2 sosialis moralis kapitalis
    dan akhirnya manusia jadi absurd!

    ReplyDelete
  7. Wah... berok2 skrg dah naik tocang...
    dasar kudung dapat cincin... dasar beruk dapat bunga! bOdoh bahalul! Tolol!

    Klau berterusan macam ni aku percaya kerajaan negeri beruk akan punggah, gulung tikar dengan raja2 bahalulnya skali.

    P/s : Dgr Fakulti penulisan dpt 4 org pelajar je utuk sesi 09/10 hah! Nasib ko dah final, bakal nak melingkuplah tu!

    ReplyDelete
  8. Wah, betul punya marah kawan tu yek!!! Aku pun marah jugak ni...

    ReplyDelete
  9. Kak Afna,
    Ye, memang si merahputeh!
    Tepat sekali...
    Memang panjang kalu nak diperdebatkan.
    Kita memerlukan ruangan yg lain utk itu!
    Apa2 pun...
    Beginilah nasib kita!
    Kadang2 terasa cam anjing menyalak bukit.
    Bukit x apa2, anjing mati habis suara!

    Czuka gadis manis,
    Tahi kambing masih bulat2!
    Huhuhu... ;-p

    Jiha,
    Simpan saja mimpimu utk sambung d ASWARA...
    Sebelum bontot ko dikokak beruk2 nih!
    Huhuhu...

    Saudara Roy,
    Mana x marah?
    Kita ni mcm bola.
    Boleh ditendang sesuka hati!

    Epool,
    Thx utk link tu...
    Aku akan belayar ke sana!
    Owh, ye!
    Pasal beruk2 ni...
    Seperti kata2 ko dan kak Afna yg aku saring.
    Sesetengah manusia membenarkan kejadian mereka dari beruk!
    Pilihan masih di tangan kita, bukan?!

    ReplyDelete