Sunday, May 3, 2009

Ingin Menjadi Protege?

Beberapa minggu lewat kebelakangan ini, blog teman-teman yang aku singgah rata2nya berkongsi cerita tentang PeTA. Projek akhir yang sedang kami usahakan dengan keringat yang mencurah2 dan otak yang semakin nak pecah! Aku sendiri bagaimana? Sudah berapa bab? Sudah berapa muka surat? Itulah persoalan yang sering berlegar2 d sekeliling aku sekarang ni. Nampak saja muka aku, itulah soalan yang ditanya sampai aku jemu menjawab. Aku senyum saja. ;-) Mental block la, bingung la, tak tahu nak tulis apa lagi la, takut tak cukup page la... macam2 masalah yg timbul menambah beban perasaan. Tapi aku masih tenang. Kalau tertekan sampai nak bersepai otak pun apa faedahnya? Kerja tak siap juga. Dalam tenang2 aku pun, aku terpaksa pantas bergerak memandangkan kerja aku masih banyak sedangkan masa yang tertinggal hanya berbaki lagi sedikit. Kadang2 sayu hati melihatkan kerja2 yang dah aku siapkan namun masih belum diselia. Aku tahu aku salah tapi aku ada alasan aku. Sayu lagi rasa hati melihatkan kerja2 teman yang sudah diselia. Yang sudah dibetulkan di sini-sana. Yang sudah ditegur kuat lemahnya... apa boleh buat. Sudah nasib badan. Beberapa menjak ni, aku galak benar bereksperimen dengan bahasa. Galak bertukar ghairah, melambak-lambak perkataan eksperimen yang aku gunakan. Bila dibaca kembali, ghairah aku bertukar takut. Bimbang sungguh kalau aku salah menafsir erti perkataan2 yang aku gunakan sekaligus salahlah juga ayat2 aku jadinya. Maklumlah, semua urusan PeTA aku di tangan aku 100%. Malang sungguh! :-( Bila macam ni, aku dah terbayangkan semasa viva nanti aku akan ditembak dengan M16 bertalu2 sampai hancur berderai jasad ni... Aku sebenarnya tenggelam dalam jeladari kesmaran tulisan seorang penulis yang ku anggap sebagai mentor aku. Tapi penulisan eksperimen aku ni jauh la kalau nak dibandingkan dengan penulisan mentor aku yang memang dah superb tu! Kerdil benar aku ini... Aduh la! Macam nak hilang akal juga aku dibuatnya... Aduh la!

3 comments:

  1. sian gadis yang seorang ni! tak apa..yang penting SEMANGAT..! Walaupun bila2 masa boleh rebah, apalagi jika tiada penyelia yg membantu...hu2. apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat.

    ReplyDelete
  2. Dik... kuatkan semangat
    akak pasti awak boleh...
    awak pun tahu,
    akak salah seorang peminat awak...
    bahasa yang awak guna... kadang2
    menampar akak...
    adus... bila agaknya akak mampu ke tahap itu...

    ReplyDelete
  3. Czuka gadis manis,
    Ya, tahi kambing bulat2!
    Apa boleh buat...
    Huhuhu!

    Kak romiku,
    Saya sedang menguatkan hati dan emosi...
    Semoga dapat bertahan sehingga ke akhirnya!
    Akak jangan puji saya,
    Nanti kembang!
    Huhuhu....

    ReplyDelete