Friday, May 22, 2009

Hal-Hal Yang Menggembirakan!

Sebagai seorang penulis, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dari dapat melihat karyanya tersiar, diterbitkan ataupun dipentaskan. Siapa yang tak suka, setelah usai bersusah payah menukangi sebuah skrip drama pentas, ianya bakal dipentaskan pula? Transformasi dalam bentuk tulisan itu apabila divisualkan ke atas pentas pastilah akan berbeda kalau tak banyak sedikit berbanding dengan apa yang dibayangkan penulis. Di tangan pengarah, ianya akan menjadi apa yang dibayangkan oleh pengarah itulah!
Ada mulut-mulut jahat yang mengatakan begini, seorang penulis itu terlalu sensitif! Eh, hello! Siapa yang tak sensitif dalam dunia ini? Aku jenis yang tak kisah kalau skrip aku tu dicanai mengikut kemahuan pengarah, tetapi kalau sampai melenyapkan maksud asal skrip itu ditulis, bukankah memang tak patut? Aku tidak menyekat kebebasan pengarah, terpulang asalkan apa yang cuba aku sampaikan di dalam skrip itu masih ada dan boleh disampaikan pula kepada khalayak yang datang menonton. Huhuhu… terima kasih ya kepada sesiapa yang pernah menyaksikan skrip aku dipentaskan. ;-)
Malam ini pada jam lapan setengah, skrip pendekku bakal dipentaskan di Blackbox, ASWARA. Kalau sempat datanglah, ya? Ada sentimen emosi sebenarnya dengan skrip ini kerana inilah skrip pertama yang aku tulis di akademi. Skrip pertama yang dihasilkan dengan format yang betul di bawah tunjuk ajar Zakaria Ariffin. Salam terima kasih, En. Z! Salam terima kasih juga kepada Hanis Kamal, pengarah mudaku. Terima kasih ye, Along sebab sudi pentaskan skrip akak awak ni... ;-)
Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin!
Skrip pertama aku yang dipentaskan tahun lepas.

Skrip aku yang bakal dipentaskan malam ini! ;-)

6 comments:

  1. Tahniah atas skrip ko yg dipentaskan tu..sama2 la kita menyokong industri penulisan yang semakin susut ni..ahaks..jgn lupa plak mai tengok skrip aku dipentaskan pada 27hb Mei ni kat blackbox 8.30mlm 'kulat.cepat.melekat'.

    ReplyDelete
  2. tahniah. Saya tak sempat datang, baru balik dari Melaka. Melaka pun seronok, bayak cerita dan isu.
    Harap-harap skrip awak tidak membodohkan orang seperti skrip makan durian misalnya atau cerita gay misalnya.
    :)

    ReplyDelete
  3. Roy,
    Terima kasih daun keladi!

    Jiha,
    Bukan tak nak bagi tahu awal2...
    Tapi, masa tak mengizinkan!
    Apa pun...
    Catatan anda tetap dihargai.

    Benua Suluk,
    Terima kasih.
    Saya sempat menjeling entri en. wan.
    Memang panas di Melaka!
    Insya-Allah...
    Saya cuba untuk tidak memperbodohkan orang!
    ;-)

    Saudara Mohamad,
    Terima kasih kerana sudi singgah!
    ;-)

    ReplyDelete
  4. nmpk nama hanis kamal kt situ, teringt plak pelakon hanis kamal kt tv tu...org yg same ker??
    huhu..

    anyway..tahniah..:)

    ReplyDelete