Monday, April 13, 2009

Tukar Nama Lagi... Lagi2 Tukar Nama!

Semalam aku duduk minum2 dengan member2... dalam duduk2 tu, adik comelku ni tanyalah pasal timbalan PM sekarang ni. Aku cakap tak tahu siapa! Aku tak nafikan, aku memang macam katak bawah tempurung. Tak baca surat khabar... tengok Buletin Utama pun tidak! Bila PM bertukar pun aku tak tahu! Sedar2 muka Najib dah terpampang sebagai PM ke-6 Malaysia. Aku bukan apa, dulu kalau korang tengok berita jam 8, mesti macam2 hal-ehwal semasa yang tersiar... Seronoklah juga hati! Ambil tahu hal rakyat jelata... susah kat sini atau senang kat sana. Tapi sekarang ni, setengah jam yang pertama saja dah cerita pasal politik. Orang parti ini buat itu, orang parti itu lancarkan ini... Orang parti sana buat rusuhan kat sini, orang parti sini pula buat kebajikan dekat sana! Bosan sungguh!!! Aku bukan haluan kanan... kiri pun tidak! Duduk atas angin saja. Mak ayah dan kawan2 kata aku tak ada pendirian, tapi biarlah! Dua2 pun aku rasa tak betul!
Aku bacalah kabinet Malaysia 2009... saja nak ambil tahu. Kalau MHI atau Wakenabeb datang tanya aku tiba2, aku taulah juga nak jawab tanpa malukan diri sendiri. 1 benda yang aku suka ialah, Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dah kembali ke kementerian kami. Yalah, aku rasa beliau je yang serasi dengan kementerian ni. Tapi yang aku berbulunya... kementerian ni tukar nama lagi! Aduh, tak ada kerja lain ke selain dari duduk tukar nama kementerian saja! Dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan jadi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Lepas tu jadi Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Sekarang ni dah jadi Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan pula! Macam cut and paste. Macam2 hal... bosan betul!
Apalah yang ada pada nama? Macam akademi kami juga... dulu dah elok2 namanya Akademi Seni Kebangsaan. Perkataan 'seni' itu sendiri dah cukup kuat! Tapi tukar pula ke Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan... panjang berjela! Nak bawa sangat nama kementerian. Apakah? Dekat Malaysia ni, budaya tukar menukar nama dah jadi satu trend! Tak tahulah apa tujuannya... kualiti dulu yang penting! Nama bukan soal... setujukah anda?

8 comments:

  1. pas ni ASWARA nak tukar nama apa lagi
    ? KOSWARA pula ke?

    ReplyDelete
  2. rais yatim je yang serasi dengan kementerian nih?
    Pungkok hangpa.

    ReplyDelete
  3. Adik Jihaku...
    Apakah KOSWARA?
    Dunia penuh pura2kah?
    Huhuhuhu...

    Salam Benua,
    Salah teknik!
    Tak apalah...
    Sekurang2nya yang buta dah celik!
    ;-)

    ReplyDelete
  4. pm yang ke 6 tu kau rasa dia kenal tak siapa wanita chun melechun bernama Altantuya Shaaribuu?

    hohohoho ;P

    ReplyDelete
  5. Owh, Pool!
    Aku rasa bkn takat kenal...
    Lebih dari tu mungkin!
    Bukan dia je yg kenal, owg rumah dia pun mungkin kenal wanita yg chun melechun tu.
    Tutup mata dan mulut saja!
    Org yg tau ttp tau!
    Betul?

    ReplyDelete
  6. stop thinking bout the past, look forward for da future.

    ReplyDelete
  7. Dik...
    kalau adik kata bawah tempurung...
    akak tak tahulah tersorok bawah apa...
    selagi tak baca entri ni,
    selagi tulah tak tahu tentang kementerian di bawah Rais Yatim....

    Lembap benar den ni...

    ReplyDelete
  8. Kak Romiku,
    Begitulah nasib kita b2...
    Sama saja!
    Kalau si teman tu tak tanya sy,
    pun sy tak amik tau!
    Huhuhu...

    ReplyDelete