Sunday, February 20, 2011

Perkara2 Yang Menghairankan!


AKU sungguh hairan. Kehairanan ni semakin memuncak sungguh sejak aku semakin kerap menggunakan pengangkutan awam jenis ini. Soalan yang kerapkali melompat-lompat dalam benak aku sekarang adalah :

"Kenapa pemandu teksi tak kaya-kaya?"

Huish! Jangan ketawa. Aku sungguh2 tengah tenggelam dalam kehairanan. Kenapalah pemandu teksi tak kaya-kaya sedangkan setiap hari duk cekik duit orang? Aku bukan apa. Kalau minta lebih setakat seringgit dua, tak ada aku terkilan sangat. Ini sampai 9 - 10 ringgit! Percaya tak? Aku duduk di USJ 1, Subang Jaya dan bekerja di PJCC. Adakala, teman kami si Ard Donivia Don Jaxx tu membentang aral di pertengahan jalan, lalu gagal menjemput kami (terima kasih Ard kerana selalu hantar dan amik kami setiap hari. Jasamu dikenang! ;p). Hal ini menyebabkan teksi terpaksa menjadi pilihan kerana bas tak lalu.

Jadinya kami selalu ditekan sampai RM 20 untuk perjalanan sehala dan pemandu teksi sama sekali enggan menggunakan meter. Pernah sekali, aku dapat pemandu yang cukup baik, dan menggunakan meter, total tambang kami cuma RM 12 sahaja! Dari USJ 1 ke Subang Parade, RM 16 tak lari diorang ni minta. Tapi kalau pakai meter, dalam RM 8 - 9 sahaja. Sedih tak? Dulu masa duduk Serdang, aku pernah kena cas RM 7 dari Komuter Serdang ke Mines. Gila tak? Bila aku jumpa laluan jalan kaki, pergh... berhari2 juga aku menyumpah seranah! Gila dekat minta sampai RM 7??? Samalah kejadiannya dari USJ 1 ni ke Summit pun minta sampai RM 8. Belum masuk cerita dari Central Market ke Zoo Negara, RM 40. Semua tak ada telur! Tak berani nak pakai meter. Aduh, parah! Memilih pulak tu, sana tak nak pergi, sini tak lalu. P*k*m*k hang la! Kadang2 terdetik dalam hati ni nak bakar je semua teksi tu. Tapi nanti masuk penjara pula. Isy2... tak jadi bakar!

Aku memang pengguna bas sejati. Teksi memang pilihan yang tak masuk dalam buku pun sebenarnya. Tapi masalahnya, bas memanglah lembab yang amat. Kadang-kadang aku tengah kunci pintu rumah, masa tulah basnya sampai tercatuk kat bus stop. Manalah sempat nak kejar. Kena menunggu lagi untuk 45 minit yang seterusnya.

Semalam aku naik KTM, menjengah tanah Serdang. Melawat sahabatku yang sedang hamil 3 bulan. Huhuhu... waktu nak balik sekitar jam 6 petang tu, duh... duh! Aku nyaris gagal bernafas. Semua orang dah jadi gila. Tolak menolak dan tarik menarik berlaku. Maki hamun jangan cerita. Semua orang hilang akal. Mengucap panjang aku dibuatnya. Kesimpulannya, apa lagi pilihan yang paling ampuh melainkan teksi? Tapi harga yang perlu dibayar juga... hm...hmmm! Aduh!

Radio tv sibuk menempik melalak menyeru seisi negara menggunakan pengangkutan awam. Tapi tengoklah! Macam mana kualiti pengangkutan awam kita? Semalam juga satu lagi tragedi berlaku di stesen KTM Kuala Lumpur. Kaunter ditutup dan mesin bodoh yang disediakan untuk membeli tiket itu juga memang bodoh. Syiling... syiling... syiling! Hei, siapalah yang simpan syiling sebanyak segenggam dalam beg masing-masing? Tekanan... tekanan aku dibuatnya! Hal2 seperti inilah yang menyebabkan aku cukup bengkak dan malas nak keluar setiap hujung minggu.

Tapi aku masih hairan, dengan tambang menggila yang diminta oleh para pemandu teksi ni, sampai sekarang kenapa mereka masih tak kaya-kaya???

3 comments:

  1. hahhahhha..kalakor la. sama je la kejadiannya kat cni. klu naik taxi besa dari padg luas ke jerteh, depa kenakan rm8 1 keta.

    tp beza ngn keta sapu, dy kenakan sorg rm2, bukn 1 keta. bley thn la.

    tp klu nak gi jaub sket, cth lata tembakah, lain plak kiranya, klu naik taxi sapu, mampos dy kenakan rm40 pegi, rm40 balik.

    beza plak ngn taxi besa, dy kenakan rm50 tuk pegi dan balik, siap tgu kita mandi manda lagi, huhu..

    jadi bak kata N tadi, hidop drg tak kaya2 gak..apa kes??

    ReplyDelete
  2. Diaorg tak kaya sbb dok cekik duit orang, duit tak halal la tu... Opsss!

    ReplyDelete
  3. Kak Ct,
    Kita senasib....

    Jiha,
    Aku penah terfikir macam tu!
    Ops...

    ReplyDelete